Sunday, November 11, 2018

SIRI 1 - TRAVELOG UMRAH NOVEMBER 2018



Insya Allah pada 20hb. November 2018 ini, aku dan en. Suami akan menngerjakan umrah pertama kami bersama kakak ipar.  Moga persiapan berjalan lancar, diberkati Allah perjalanan kami dan dipermudahkan urusan kami di sana, diberikan keselamatan pergi dan balik.  Amin.
Perasaan hanya Allah yang mengetahui teruja, takut dan macam-macam perasaan yang bermain dalam fikiran.  Bukan senang yang kumpul duit untuk ke sana tapi alhamdullillah tercapai juga hasrat untuk menjadi tetamu Allah sebab inilah impian aku selama ini samada menunaikan umrah atau haji dahulu.


PERSIAPAN AWAL

PASSPORT  
Kali ketiga ke pejabat imegresen baru boleh buat.  Kali pertama bulan March 2018, pegawai imegresen kata rugi dekat 8 bulan kalau buat bulan ni.  Kali kedua bulan Ogos, pukul 2.30 petang ambil nombor giliran, pukul 6.00 pun masih ramai lagi so balik dulu. Kali ketiga bulan September barulah selesai, alhamdullillah.

CUCUK UNTUK UMRAH
Ingatkan dalam 20-30.00 saja rupanya rm130.00.  Expired 3 tahun lagi.

SIJIL NIKAH
Disebabkan aku pergi dengan en. suami so kena sahkan sijil nikah kat pejabat agama.

GAMBAR UNTUK VISA
Masa nak ambil gambar utuk visa ni, kakak ipar bagitau background colour merah sebab dia pernah pergi umrah tapi tauke kedai kata colour putih. So ambil la colour merah.  Akhirnya dapat tahu backgorund colour putih, kena ambil lain.  4 keping – RM15.00 tapi tak puas hati sebab tak berkenan dengan cara photographer tu ambil ambil tapi akhirnya kami diberitahu gambar macam tu la yang dibenarkan. Tak apa tempoh visa hanya sekejap saja.

KURSUS UMRAH
Syarikat Umrah Zuhud Holidays menyediakan 3 kali kursus umrah
.
KURSUS UMRAH PERTAMA  -  8HB. September 2018
Peserta diperkenalkan dengan Kaabah.
Tempat-tempat mustajab doa
Waktu berlepas dari AOR – KUL dan KUL – JED
Cara memakai ihram
Amalan-amalan yang boleh dilakukan ketika di Masjidil Haram

Kursus dibuat di Surau Az Zaharah, Taman Mergong Jaya, Alor Setar


KURSUS UMRAH KEDUA -  13hb. Oktober 2018
Kami para peserta diberi penjelasan mengenai Rukun Umrah
1.      Niat
2.      Tawaf
3.      Saie
4.      Tahalul
5.      Tertib

Sepatutnya plan asal ialah flight dari KLIA ke Jeddah pada pukul 4.00 petang 19hb. November tapi telah ditukar ke pukul 10.00 pagi, jadi bermakna kami perlu naik flight dari Alor Setar pada petang  18hb. November .   

Pada 31hb Oktober kami diberitahu flight MAS tidak mendapat kebenaran untuk mendarat di airport Jeddah pada 19hb. November.  Pihak MAS telah mengubah tarikh flight pada 20hb. November dan perlu mendarat di airport Madinah. So plan untuk buat umrah dulu terpaksa ditukar kepada ibadat di Madinah. Apa-apa aku redho atas apa jua perancangan Allah, mesti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin ada baiknya kami boleh ziarah Rasullallah pada hari kelahiran baginda 12 Rabiulawal. 
Manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan.


KURSUS UMRAH KETIGA – 10hb. November 2018
Semua peserta kursus diajar praktikal tawaf dan saie



Hari ini kami semua peserta umrah dah bersetuju untuk mengadakan kenduri doa selamat dan bacaan yassin di surau tempat kami berkursus. Moga semua dipermudahkan.  Amin








Wednesday, November 7, 2018

DESTINASI BARU PERCUTIAN DI KEDAH

PULAU BUNTING adalah satu destinasi baru percutian di Utara Kedah.  

Ada sebuah jambatan sepanjang 2.5km yang menghubungkan antara tanah besar dengan pulau iaitu di Jalan Sedaka, Yan, Kedah.  Perjalanan hanya mengambil masa 10 minit untuk ke pulau. 
Sebelum ini jambatan tersebut hanya boleh dilalui oleh motosikal sahaja di tutup untuk laluan kereta.

Untuk kaki pancing, inilah tempat yang menarik untuk memancing, tak perlu ke laut hanya memancing dari atas jambatan sahaja.  

Tak banyak kemudahan yang disediakan di Pulau Bunting, cuma ada perkhidmatan mengelilingi pulau dengan bayaran RM13.00 seorang selama 45 minit.  

Tempat parking juga terhad, jadi banyak juga kenderaan yang parking di atas jambatan.

Pulau Bunting ini kalau dibangunkan boleh menjadi salah satu destinasi menarik untuk dilawati, kalau nak bina chalet tu mungkin tak berapa sesuai dengan keluasan pulau ini tapi kalau disediakan tempat untuk "camping" ia akan menarik lebih ramai lagi kaki-kaki pancing dan pengunjung untuk menikmati suasana malam di pulau.

Pihak Majlis Daerah juga perlu menyelenggara jambatan dan kawasan sekitar pulau supaya lebih bersih ditambah sikap pengunjung yang suka membuang sampah.


Gunung Jerai kelihatan dari kejauhan 





Kawasan di tengah-tengah jambatan