Sunday, August 30, 2015

PABILA KITA TELAH KEMBALI

Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......
.
Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
.
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
.
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
.
Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....
.
Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.
.
Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.


AllahuRabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Tuesday, August 25, 2015

Sebagai Pengajaran "Mak... adik dah jadi cikgu. adik dah ada kerja"

Saya nak kongsikan satu kisah ni untuk kita jadikan sebagai pengajaran. Hidup tak selalunya susah.  Setiap ujian itu akan mematangkan diri kita dan hanya orang-orang yang sabar saja akan berjaya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj74yoBY_vfWoE6DNb9UEAYyAJlE8HSBKD-lnGKo7lR4G3zPtfv3Mq7TkL-Rja8JtybiqjnyTVzWem2cxt0zmKNTQvxbySOhSshx23s20kCfqCCxajg63dsp1FJ-QV91EjZMMZ56nCzdmY/s640/berdikari.jpg

 14 tahun dah aku hidup sendiri.. berdikari.. Sejak mak ayah meninggal semasa aku masih di tingkatan 1.. Sakit aku.. Gembira aku.. Sedih aku.. Semua aku tanggung sendiri.. Ambil report card sendiri.. Dapat anugerah pelajar melayu terbaik stpm di sekolah pun aku raikan sendiri.. Dapat top 5 pelajar terbaik upsi batch aku.. Tapi tak mng.. Pun raikan sendiri.. Hehe .. Ingat lagi dulu.. Masuk asrama.. Cuba utk berdikari.. Sebab kakak bukan orang senang.. Anaknya ramai.. aku tak nak susahkan dia..

Aku dengan tekad dan matangnya.. mohon asrama kat sekolah.. isi borang sendiri.. dan bermulalah kehidupan aku di asrama..kat asrama best.. ada kawan.. tapi sedih sebab tak ada family datang melawat.. Kakak adalh dtg. Tp dis pun busy... sabtu ahad bila kawan2 keluar dengan family.. aku hanya pandang dari tingkap sambil menyapu air mata.. bila mereka pulang.. aku tgk mrk bawa kotak kfc.. bag baru.. baju baru.. macam macam lah.. aku hanya pandang dari jauh.. panjang lg kisah di asrama.. namun.. aku stop disini shj.. Kalau nak cerita lagi.. Pasti aku akan menangis..

Alam remaja ku bermula.. Dapat masuk universiti.. Persediaan nak masuk UPSI .. Semua aku uruskan sendiri.. Naik turun bas.. Nak pergi beli barang.. Excitednya.. Paling aku banggakan.. Aku Bayar yuran pertama UPSI guna duit keje cuci pinggan.. Siang malam aku basuh pinggan.. Tekad sebelum masuk upsi.. Aku nak belajar betul2.. Nak dapat first class.. tak nak bayar ptptn.. Yes.. Aku berjaya lakukan.. Rm34000 tak perlu bayar 1 sen pun.. Waktu Kat sekolah aku tak akan cari pasal.. Org buli aku.. Ejek aku.. Kacau aku.. Aku biarkan je.. Nape? Sbb tak ada orang nak backup aku lau aku bergaduh. Cikgu akan panggil parent.. Mak ayah mrk akan dtg sekolah.. Mak ayah aku mana boleh dtgkan.. Sejak sekolah lagi Tinggal di asrama.. Bila Masuk u.. Sewa bilik. Dah kerja skrg pun Menyewa bilik sendiri.. Ramai tanya nape tak kahwin? Maaf.. Jodoh saya belum sampai..

Bila tak ada parent.. Macam ni lah.. tak ada orang nak uruskan.. Nak tolong fikirkan majlis ku.. In sya Allah.. Jodohku dalam perjalanan.. Sejak di bangku sekolah.. Aku Dah pandai kerja.. Sapu sampah... Cabut rumput.. Cuci pinggan.. Cuci sayur.. Bancuh air.. Jual kerepek.. Nak cari duit untuk belajar.. Makan tak boleh memilih.. Kalau memilih... Pasti lapar.. Pernah dimarahi kerana membuka tutup saji di dapur.. Aku tidur dengan kelaparan.. Aku tidak marah.. Cuba be positif.. Pujuk diri.. Menumpang orang yang susah.. Mereka pun tak cukup makan .. Sbb tu mereka marah.. Aku sayang mereka.. Tiada dendam.. Masih berhubungan baik hingga ke hari ini.. Anggap peristiwa tutup saji tidak disengajakan.. Dan aku rasa tenang beranggapan begitu..Aku tak dimanjakan.. Aku tak dimewahkan..

Apa aku nak.. Aku kena usaha sendiri.. Itu dugaan dan cabaran hidup aku.. Menjadikan aku seseorang pada hari ini.. Hari ini aku seorang guru.. Aku gembira.. Itu cita-cita aku.. Bila dikenang Apalah sangat kesusahan lalu.. Susah payah aku dahulu.. Mendewasakan aku .. menjadi kan aku insan yang tabah.. Terima kasih semua sebahagian dari kenangan hidup ku.. Maaf andai ada menyakiti.. Ber tabah lah kita.. Allah menguji insan yang mampu sahaja.. Itu tandanya kita insan yang kuat..

Setiap kali pulang ke kampung.. aku melawat pusara ibu dan ayah.. Pernah aku titipkan satu kata "mak.. adik dah jadi cikgu.. adik dah ada kerja.. maaf sebab tak dapat jadi doktor.. adik tak minat fizik bio kimia.. tapi adik janji.. adik akan ajar murid murid adik.. moga ada antara mereka menjadi doktor.. mak sehingga kita berjumpa lagi".. mak Al-fatihah.. moga adik menjadi kebanggaan mak.. sayang mak ...

Jangan di kira harta orang.. Rezeki orang.. jangan peduli kemewahan orang lain.. itu rezeki mereka.. rezeki kita in sya Allah.. akan ada lah.. lambat atau cepat je.. lau tak ada.. in sya Allah.. kat akhirat pasti ada nanti.. sentiasa belajar merasa cukup.. in sya Allah pasti bahagia dan gembira..

Pada yang terjatuh.. Bangun lah.. Dihadapan ada sesuatu yang indah.. Coretan ini untuk semua yang rasa hidup mereka malang.. Bukan untuk aku banggakan.. Ingatlah hidup ini sangat indah.. Kita yang pilih.. Mahu tersenyum ke.. Mahu menangis ke..

U can angry.. But until when.. U can sad.. But until when? Every second is ur change to be someone.. To Get what u want., rather than cry.. Better i smile.. Rather then look back better i run to my future.. Go go.. Life is wonderful..

Monday, August 24, 2015

TIKA DUNIA TIDAK ADIL...

Semakin lama dunia semakin bercelaru. Semakin sesak dan menyesakkan. Jiwa semakin kacau dengan berbagai masalah kehidupan. Kadangkala kita tidak tahu di mana kebenarannya. 

Saat mana hati kita tersentap. tika mana jiwa kita terluka dengan luka yang sangat dalam, bila mana hati kita jatuh berderai bak kaca terhempas ke batu,…saat itulah kasih Allah sangat besar pada kita.
itulah saat pembuka jalan , saat penentuan jalan yang mana akan kita bawa diri kita.

Samada kita terus hanyut dalam fatamorgana dunia yang fana ini atau kita mampu membawa kaki kita melangkah ke jalanNYA yang lurus dan diredhoi.

Hati nan sekeping, bila sentiasa dibuai bahagia, hanya sekali sekala disengat sendu, tidak akan mampu memecahkan tembok kepalsuan dunia.

Hanya apabila hati itu tersentap hebat, jatuh berkecai dan tidak mampu disambung kembali baru hati tercari2 jalan keluar. Baru diri tertatih2 mencariNYA. Baru nampak betapa dunia ini tidak adil.
Kita sentiasa kejar dunia, kejar isinya, kasih dan cinta insan pelakon di dalamnya, berkorban jiwa dan raga mencari dan mengumpul harta dan bagai, tetapi dia , dunia itu, sewenang2nya meninggalkan kita, Sewenang2nya menghancurkan hati kita, dengan mudahnya beralih arah. dengan cepatnya melupakan segala jasa dan penat lelah yang telah kita korbankan. senang sekali meletakkan kasih dan sayangnya kepada yang lain. Itulah dunia. Maka tika itu berlaku, baru kita nampak lakonan hebat dunia. baru hati tersedar. tersentap. terjaga dari mimpi , terbangun dari tidur lena.

Maka syukurlah kepada Yang Maha Mengatur perjalanan hidup semua makhlukNYA kerana diberi nikmat kesedaran. Diberi nikmat merasa warna warni perasaan. sedih, gembira, sayu, sendu, kebahagiaan yang paling syahdu atau keperitan yang paling menjerut rasa. Maka hati belajar mengenalNYa. Lalu, tiba2 nampak betapa indahnya musibah dan ujian yang diberi, kerana musibah inilah pembuka jalan sebenar menujuNYA dan kita tidak terus hanyut dalam tipu daya dunia kerananya mata hati kita terbuka, dan kita nampak dunia hanya sementara dan nampak matlamat sebenar kita adalah akhirat sana nantinya..
Namun, perlu diingat jalan ke syurga Allah penuh ranjau dan duri, perlu pengorbanan.

Pengorbanan masa yang juga melibatkan masa tidur malam kita, berkorban untuk ibadah menujuNYa, berkorban masa kita untuk tafakur dan  muhasabah diri..
berkorban tenaga kita,
berkorban perasaan kita.
korban rasa marah utk belajar sifat sabar.
telan dendam untuk wujud sifat memaafkan.
dan bagai,..

Semua emosi negatif perlu kita korbankan dengan proses hati kita untuk wujud sifat mulia.
inilah jalan tuju ALLAH melalui sunnah Rasulullah tercinta.
untuk ini kita perlukan kekuatan, kekuatan ilmu. Carilah ilmu yang mampu bawa kita keluar dari rasa dunia ini membelenggu. carilah ilmu yang mampu membawa kita menujuNYA.

inshaallah

RENUNGAN UNTUK SUAMI/ISTERI

KALAU BERCINTA…..
 
Untuk suami, renungkanlah pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…
Pernikahan mengajar kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT,
kerana memiliki isteri yg tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
 Kamu bukanlah Rasulullah SAW 
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah!
Kamu cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh..amin
 
Untuk isteri pula, renungkanlah…
Pernikahan membuka tabir rahsia
Suami yg menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
Ataupun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
 Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman 
yg punya cita-cita membangun keturunan yg soleh
Pernikahan mengajar kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yg nakal, kamu adalah penonton kenakalannya

Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT
Kerana memiliki suami yg tak segagah mana

Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yg begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yg begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yg berusaha menjadi solehah..amin

Justeru itu, wahai para suami dan isteri
jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya 
Suami & isteri ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, 
andai diri tidak semulia Rasulullah SAW 
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis, 
andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, 
seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim, 
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah…
KALAU BERCINTA..... Untuk suami, renungkanlah pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah Pun tidak setabah Fatimah Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah... Pernikahan mengajar kewajipan bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
KALAU BERCINTA..... Untuk suami, renungkanlah pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah Pun tidak setabah Fatimah Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah... Pernikahan mengajar kewajipan bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT, kerana memiliki isteri yg tak sehebat mana Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah SAW Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah! Kamu cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh..amin Untuk isteri pula, renungkanlah... Pernikahan membuka tabir rahsia Suami yg menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub Ataupun segagah Musa Apalagi setampan Yusuf Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yg punya cita-cita membangun keturunan yg soleh Pernikahan mengajar kewajipan bersama Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya Suami adalah nakhoda kapal, kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yg nakal, kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT Kerana memiliki suami yg tak segagah mana Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yg begitu sempurna di dalam menjaga Pun bukanlah Hajar yg begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhir zaman yg berusaha menjadi solehah..amin Justeru itu, wahai para suami dan isteri jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya Suami & isteri ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, andai diri tidak semulia Rasulullah SAW Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, seandainya kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim, andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah...

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
KALAU BERCINTA..... Untuk suami, renungkanlah pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah Pun tidak setabah Fatimah Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah... Pernikahan mengajar kewajipan bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT, kerana memiliki isteri yg tak sehebat mana Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah SAW Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah! Kamu cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh..amin Untuk isteri pula, renungkanlah... Pernikahan membuka tabir rahsia Suami yg menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub Ataupun segagah Musa Apalagi setampan Yusuf Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yg punya cita-cita membangun keturunan yg soleh Pernikahan mengajar kewajipan bersama Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya Suami adalah nakhoda kapal, kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yg nakal, kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT Kerana memiliki suami yg tak segagah mana Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yg begitu sempurna di dalam menjaga Pun bukanlah Hajar yg begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhir zaman yg berusaha menjadi solehah..amin Justeru itu, wahai para suami dan isteri jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya Suami & isteri ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, andai diri tidak semulia Rasulullah SAW Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, seandainya kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim, andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah...

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Nasib wanita kalau tidak jaga badan


http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.317975.1411084604!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg

Lelaki memang cukup mahu menjaga pemandangan matanya. Dan hajat mereka amat disokong kuat oleh wanita.

Untuk mengindahkan pemandangan mata lelaki, ramai wanita sanggup ikat perut, makan tengah hari hanya kulit epal dan makan malam hanya kulit pau.

Segala nafsu makan dikorbankan demi memuaskan mata lelaki. Lelaki jangan sesekali dibiarkan melihat karot (lobak merah) berjalan apabila berselisih  di jalanan. Manakala di rumah pula, suami jangan dibiarkan menyangka dirinya bermimpi melihat almari berjalan tatkala melihat isteri melangkah ke bilik air awal pagi.

Itulah sebesar-besar pengorbanan oleh wanita untuk lelaki.

Sebab itu, sudah jadi lumrah bagi kebanyakan isteri untuk menyediakan peruntukan khusus beli jamu, tonik, susu atau apa sahaja yang dikhabarkan boleh bantu mereka jaga bentuk badan.

Apa sahaja yang diiklan, mereka sanggup telan asal mata suami tidak berasa bosan. Ada juga yang sanggup berbelanja lebih masuk kelas aerobik, yoga atau tai-chi kerana bimbang apabila pir sudah bertukar jadi epal, akan timbul rasa benci dalam hati suami.

Alangkah mulianya hatimu wahai isteri!

Bagi yang tidak bekerja, tidak ada pendapatan sendiri, duit belanja dapur disimpan sedikit demi sedikit untuk beli acai beri!

Buatlah apa sahaja asal badan kekal langsing, perut jangan buncit. Buatlah apa sahaja asal suami memandang berasa ghairah, matanya tidak sakit!

Itu pada isteri, suami bagaimana pula?

Itulah sikap kebanyakan suami. Hanya cenderung untuk memerhati isteri, diri sendiri tidak dipeduli. Mari kita perhatikan di sekeliling, berapa ramai suami yang berjalan membawa labu sayung ke sana ke sini setiap hari, apakah mereka pernah mengadu susah hati?

Ada atau tidak mereka diberi kata dua oleh isteri, sama ada mahu pilih dia atau labu sayung itu?

Rasanya tidak. Itulah sebabnya ramai suami yang tidak kisah akan perubahan bentuk badannya tatkala usia semakin meningkat. Ini kerana dia tahu bagaimanapun rupanya berubah, isteri akan tetap setia, tetap sayang

Dan menepati polisi ketidakadilan dunia, apabila perut lelaki buncit, mereka tidak pernah dipersalahkan sebaliknya dikatakan kerana isteri pandai masak, pandai jaga selera suami. Namun apabila perut isteri pula yang buncit, dia sendirilah puncanya, tidak pandai jaga badan.

Aduhai isteri, sudah nasib kalian!

Thursday, August 20, 2015

Cara lipstick dibuat


Baru tahu macamana lipstick yang kita dok pakai hari-hari dibuat.
Kalau boleh buat sendiri ---jimat belanja

Tuesday, August 18, 2015

22 Penyebab utama Malaikat jijik untuk memasuki rumah kita

Antara Sebab KENAPA Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah anda
1- Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2- Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3- Rumah yang memelihara anjing.

4- Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5- Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8- Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12- Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14- Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16- Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Monday, August 17, 2015

PERINGATAN UNTUK DIRI KU JUA.....






https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtp1/v/t1.0-9/s480x480/11295597_887993057929168_3484338141430609321_n.jpg?oh=f98e6ae4d55b15c78b2aa77bc9a36823&oe=5637DEA2&__gda__=1446533429_d2adab1322469cb3a538f3df817973d9 
Kiriman drpd Ustazah Nurhafizah.

Tengok Pertandingan 90 minit...
Tengok Drama bersiri 60 minit...
Tengok Movie 130 minit...
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja...
Di dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat...

Untuk akal yang maju!!
Renungkanlah...

Di Whatsapp 300 kawan...
Di Blackberry 500 kawan...
Di Contact phone 80 kawan...
Di Kampung 50 kawan...

Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan...

Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya.

Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini...

Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...

Pada Hakikatnya:
"Tidak ada yg dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu"...

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla.

Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.

Thursday, August 13, 2015

AWAS!! Sila Jangan Pernah Sesekali Lakukan 4 Larangan Ini Ketika Haid Atau Anda Mungkin Akan Mengalami Kesan ..




Sharing untuk para wanita (bila lelaki terima tolong di sebarkan ke wanita di sekitar anda). Untuk berhati-hati agar hal yang tidak kita inginkan, jangan lakukan hal berikut ketika haid!

1. Jangan minum air yang memunyai ketulan ais, air soda dan kelapa semasa haid.


2. Jangan keramas kerana pori kepala sedang terbuka pada saat haid kerana boleh menyebabkan sakit kepala. (kepala dimasuki angin), sangat berbahaya kesan ini biasa dirsakan semasa muda dan semasa tua nanti.


3. Jangan makan timun semasa haid kerana getah yang ada pada timun menyebabkan sisa haid melekat di dinding rahim.


4. Selain itu, saat sedang haid, tubuh tidak boleh terluka, terjatuh dan terpukul oleh benda keras terutamanya bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, dan menyebabkan rahim luka. (luka dalaman)


Ini membuktikan, minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid terkumpul pada dinding rahim, setelah 5-10 tahun dapat menyebabkan "KETUMBUHAN & KANSER RAHIM". Tolong sebarkan info ini kepada wanita yang anda sayangi, samada isteri, kakak, adik rakan dan sesiapa sahaja yang bergelar wanita. kerana mereka la yang perlu mengetahui hal yang sangat serius ini.


Selama ni dok minum ais semasa period, lepas ni kena beringat.................

Tuesday, August 11, 2015

5 Hak Isteri dalam Duit Suami



http://pesonapengantin.karangkraf.com/polopoly_fs/1.257260.1394023507!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg 

Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini

1) makan minum isteri.
��duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami )
��duit belanja dapur.
 
2) peralatan mandian
 
3) ubat ubatan / medical
 
4) pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
 
5) rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.

~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~
 
 
Kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.

Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.

Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.

Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.

Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.

Semoga bermanfaat.

Wallahualam.

*sumber peribadirasulullah.wordpress.com