Umur 35
tahun – 40 tahun ialah umur dimana kebanyakkan kita mula diuji.. Ujian boleh
datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian) atau dari pasangan hidup
(penceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat
remaja.
Memang
bermula umur 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat
kepada Nya. Panggilan dari Allah
selalunya berbentuk ujian kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh
dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang
bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli
keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di
syurga nanti.
Orang kurang
bijak tetap leka dan langsung tidak membuka deria terhadap panggilan Allah
malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan
kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak.
Usia 35 -40
ini menjadi lebih menarik apabila Al-Quran di dalam surah Al-Aqraaf ayat 15
ada menyebut tentang itu. Allah berfirman
yang bermaksud
“Dan kami
wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah
payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa
yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun
berdoalah ia dengan berkata “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap
bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepada ku dan kepada ibu bapaku,
dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah
sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya
aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)”
Ada segelintir
golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun malah 70 tahun masih memikirkan
kereta sportnya, tanaman duriannya, ternakan kerbaunya, harta-hartanya,
anak-anak dan cucu-cucunya. Alangkah baiknya
jika apabila berumur, masa diisi untuk mendengar kuliah agama, ibadat di
masjid, umrah, haji dan sebagainya.
Ada yang
masih merasakan diri muda belia. Melayan
nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar sedangkan
rumahtangga yang halal dibiarkan berantakan.
Ada yang
rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, sedara-mara ramai yang sudah
meninggal , kadangkala tanpa disangka.
Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa...muda lagi,
sihat je nampak, boleh meninggal..”
Amatlah
menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai
perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang
tak pernah tua, Ia sentiasa muda dan galak.
Yang makin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita
Rasanya jika
Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka,
lebih degil untuk menyahut panggilan pulang
Sehinggalah
tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Allah.
Kita hidup
di dunia tidak lama. Rasulullah telah
bersabda
“Umur umatku
antara 60 hingga 70 tahun dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut
Kalau
sekarang kita rasa 35-40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam
barzah atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat
lama SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN
Ingat,
ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita
Oleh kerana
itu, lihatlah diri kita, sudahkah kita mempersiapkannya ?