Thursday, July 29, 2021

PERINGATAN UNTUK DIRI KU JUA

Umur 35 tahun – 40 tahun ialah umur dimana kebanyakkan kita mula diuji.. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian) atau dari pasangan hidup (penceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula umur 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepada Nya.  Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya.  Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti. 

Orang kurang bijak tetap leka dan langsung tidak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak.

Usia 35 -40 ini menjadi lebih menarik apabila Al-Quran di dalam surah Al-Aqraaf ayat 15 ada menyebut tentang itu.  Allah berfirman yang bermaksud

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung  susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.  Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.  Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun berdoalah ia dengan berkata “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepada ku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.  Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)”

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun malah 70 tahun masih memikirkan kereta sportnya, tanaman duriannya, ternakan kerbaunya, harta-hartanya, anak-anak dan cucu-cucunya.  Alangkah baiknya jika apabila berumur, masa diisi untuk mendengar kuliah agama, ibadat di masjid, umrah, haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia.  Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata.  Sibuk mencari cinta diluar sedangkan rumahtangga yang halal dibiarkan berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, sedara-mara ramai yang sudah meninggal , kadangkala tanpa disangka.  Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..”

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua, Ia sentiasa muda dan galak.  Yang makin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Allah.

Kita hidup di dunia tidak lama.  Rasulullah telah bersabda

“Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut

Kalau sekarang kita rasa 35-40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzah atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita

Oleh kerana itu, lihatlah diri kita, sudahkah kita mempersiapkannya ?

 

 

No comments: