Saudaraku,
Allah SWT berfirman
dalam Al Fajr: "Demi fajar (waktu Subuh)". Kemudian dalam Al Falaq Allah
mengingatkan: "Katakanlah! aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai
waktu subuh ".
Apa sebenarnya disebalik
waktu Subuh? Mengapa Allah berfirman demi waktu Subuh? Dan mengapa pula
kita harus berlindung kepada yang menguasai waktu Subuh? Adakah waktu
Subuh itu sangat berbahaya?
Ya, waktu Subuh
sebenarnya sangat berbahaya! Waktu Subuh itu lebih kejam dari sekawanan
perompak bersenjata api. Waktu Subuh lebih menyengsarakan dari derita
kemiskinan. Waktu Subuh lebih berbahaya dari api yang marak disiram
petrol!
Saudaraku,
Jika ada sekawanan perompak menceroboh masuk kerumah kita, dan merompak kesemua barang yang kita miliki. Emas, wang tunai ribuan ringgit dan semua
perhiasan dirompak. Laptop yang mengandungi data-data penting dirampas.
Kereta yang belum habis ansurannya juga dicuri. Bolehkah anda bayangkan
bagaimana pedihnya hati kita menerima musibah itu?
Tapi ketahuilah,
sebenarnya waktu Subuh lebih kejam dari perompak itu. Sebab jika kita
'culas waktu Subuh', sehingga melalaikan solat subuh, maka kita akan
mengalami kerugian yang jauh lebih besar dari sekadar kehilangan laptop
dan kereta. Bahkan kita juga akan kehilangan dunia dan segala isinya.
Ingat, "Dua rakaat fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya," (HR
Muslim).
Waktu Subuh juga boleh
menyengsarakan kemiskinan di dunia. Sebab bagi orang-orang yang 'culas
waktu Subuh', sehingga mengabaikan solat Subuh berjamaah di masjid, maka
pada hakikatnya, merekalah orang-orang miskin sejati yang hanya
mendapat upah 1/150 (0.7%) sahaja dari pahala solatnya.
"... Dan barangsiapa yang solat Subuh berjamaah, maka ia bagaikan solat semalam suntuk" (HR Muslim).
Saudaraku,
Solat semalam suntuk
adalah solat yang dikerjakan mulai dari tenggelamnya matahari hingga
terbit fajar. Hebat! Solat selama sepuluh jam, atau lebih kurang 150
kali solat! Jadi, betapa agungnya fadilah solat Subuh berjamaah ini,
khususnya bagi Kaum Adam. Dan betapa malangnya orang yang 'culas waktu
Subuh', orang-orang yang mengabaikan solat subuh berjamaah di masjid.
Waktu Subuh juga lebih
berbahaya dari api yang marak disiram petrol. Mengapa demikian? Kerana
Rasulullah telah bersabda, bahawa orang yang tidak mampu melaksa-nakan
solat Subuh berjamaah, kedudukan-nya bersamaan dengan orang munafik.
"Sesungguhnya tiada yang
dirasa berat oleh seorang munafik, kecuali melaksanakan solat Isyak dan
solat Subuh. Sekiranya mereka tahu akan keagungan pahalanya, niscaya
mereka bakal mendatanginya (ke masjid, solat berjamaah) sekalipun harus
berjalan merangkak-rangkak "(HR Bukhari Muslim).
Saudaraku,
Orang yang 'culas waktu
Subuh' sehingga tidak mampu datang ke masjid untuk solat berjemaah,
sesungguhnya adalah orang yang dalam keadaan terancam bahaya kerana
dirinya sama dengan orang munafik. Sebab, ancaman bagi orang munafik
adalah neraka Jahanam. "Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang
munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" (An Nisa: 140).
Bukankah Jahanam lebih berbahaya dari sekadar api yang marak disiram petrol?
Supaya kita tidak
merasakan 'culas waktu Subuh' yang lebih kejam dari kejadian rompakan,
agar kita tidak terkena 'culas waktu Subuh' yang lebih menyengsarakan
dari derita kemiskinan, dan agar kita tidak terkapar 'culas waktu Subuh'
yang lebih berbahaya dari sambaran api, maka : "Katakanlah! Aku
berlindung kepada Tuhan yang menguasai waktu Subuh "(Al Falaq: 1) .
Iaitu dengan memanfaatkan waktu Subuh sebaik-baiknya. Lakukan solat
sunnah (solat subuh) dan solat berjemaah di masjid terutama bagi
lelaki.
Saudaraku,
Tapi ada satu soalan
yang tinggal, iaitu mengapa waktu Subuh boleh menculaskan kita? Jika
diperhatiakn sesungguhnya waktu Subuh adalah waktu yang paling berat
buat kita yang ingin beribadah. Mengapa? Kerana waktu Subuh adalah saat
paling tenang, sehingga sangat baik untuk menenggelamkan diri dalam
tidur nyenyak dan bermimpi indah. Ditambah lagi, umumnya suhu dingin
waktu Subuh lebih sejuk berbanding waktu lain sehingga mereka yang
sedang tidur semakin merapatkan selimutnya.
Tapi yang paling
berbahaya ialah, kalau kita dikepung oelh pasukan iblis yang akan
kencing di telinga kita, agar tidak boleh mendengar panggilan "Solat itu
lebih baik daripada tidur!" Dari speaker masjid, dan meniup-niup mata
kita sehingga mata kita seperti digam atau kelopaknya bagaikan ditindih
dengan beban berjuta-juta tan.
Suasana waktu Subuh dan
hasil daya usaha pasukan iblis itulah yang akan "menculaskan" niat kita,
tekad kita untuk bangun dan mendirikan solat. Sehingga kita terus
terkapar tanpa daya di atas katil empuk dan mimpi indah dan melalaikan
solat subuh serta solat Subuh berjemaah di masjid. Jadi, jangan anggap
remeh kekuatan waktu Subuh dalam mematahkan atau mengugat iman kita
sehingga iman kita tidak boleh bertumbuh dengan subur oleh siraman
fadilah solat subuh dan solat berjemaah.
Wallahu A'lam.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
No comments:
Post a Comment