Saya terjumpa sebuah buku mini di dalam kereta suami
bertajuk “Mudahnya Menjemput Rezeki” karangan Fathuri Salehuddin. Buku yang
comel ini menarik perhatian saya untuk terus membacanya. Saya akan berkongsi dengan anda agar ianya
menjadi pedoman untuk kita semua bagi memperolehi rezeki yang halal dan
diberkati, insyaallah.
Kaitan Antara Usaha
dan Rezeki
Kita pernah mendengar seseorang mengatakan “Benarlah rezeki
itu daripada Tuhan tetapi kita kena usaha”.
Kita juga pernah dengar kata-kata “Benarlah kita kena usaha
tetapi rezeki itu daripada Tuhan”.
Ternyata kedua-dua ayat di atas bukanlah untuk memilih betul
atau salah. Tindakan dan kata-kata kita
cenderung mewakili apa yang kita rasa dan percayai.
Ada orang yang memang mempercayai rezeki itu dari
Tuhan. Namun melihat caranya berusaha,
Tuhan dijadikan nombor dua pula.
Maksudnya apabila bertembung dengan situasi yang memerlukan dia membuat
satu pilihan, keputusannya adalah Tuhan diletakkan nombor dua. Contohnya apabila sedang asyik dengan sesuatu
perkara, sedang waktu solat sudah pun tiba, maka solat dikemudiankan, malah
dikerjakan hujung-hujung waktu.
Allah menyatakan dengan jelas
melalui firmaNya didalam Al-quran bermaksud
“Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya
dengan tidak terhitung jumlahnya (Ali-Imran ayat 37)
Oleh itu usaha paling berkesan agar mudah menjemput rezeki
tentulah dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Berusaha sehingga Allah kasih dan redha kepada kita.
Menjemput Rezeki
Dengan Mengutamakan Solat
Sesetengah ulama berkata bahawa sesiapa yang menjaga
solatnya maka Allah akan mengurniakan lima keistimewaan :
- Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya
- Mudahnya Menjemput Rezeki
- Akan dihindarkan daripada azab kubur
- Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan
- Akan melintas Titian Sirat sepantas kilat
- Akan memasuki syurga tanpa hisap
Allah berfirman dalam surah Thoha ayat 132 bermaksud “Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat. Kami tidak meminta rezeki kepada kamu. Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertakwa”.
Menjemput Rezeki dengan Tekun BerusahaAllah mengikat rezeki kita mengikut pekerjaan masing-masing. Justeru tiada pekerjaan yang lebih utama dari lainnya. Masing-masing mempunyai fungsi yang tersendiri. Tiada pekerjaan yang namanya pekerjaan besar dan pekerjaan kecil.Begitu juga dengan rezeki. Banyak atau sedikitnya rezeki bukanlah bergantung kepada jenis pekerjaan tetapi bagaimana kita bersikap terhadap pekerjaan tersebut. Kata kuncinya KESUNGGUHAN.Siapa sahaja yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapati rezeki yang melimpah dalam pekerjaannya. Sebaliknya orang yang tidak bersungguh-sungguh maka ramailah orang yang akan berpaling darinya.Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka merubah diri mereka sendiri”.Kadang-kadang ada juga antara kita yang berusaha bermati-matian dan segala upaya dikatakan tetapi hasilnya tetap terbatas. Rezeki yang diterimanya tetap sebesar gayung. Dalam hal ini, rezeki sebesar gayung inilah bahagian rezeki kita. Namun jangan bimbang kerana apabila niat dan cara kita berusaha adalah benar, ganjarannya pasti melimpah ruah. Semuanya adalah rezeki dari Allah. Andai kita mencari rezeki dengan niat yang salah dan cara yang tidak benar, rezeki tetap diperolehi tetapi statusnya berubah daripada halal kepada haram dan tidak ada keberkatan sama sekali.Menjemput Rezeki Dengan SedekahMenjemput rezeki dengan sedekah ternyata paling mudah untuk dimulakan. Ia boleh dilakukan hari ini. Anda boleh mulakannya serta-merta.Rasullullah s.a.w telah bersabda “Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t dengan 4 jenis pembalasan iaitu:1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan AllahSesungguhnya menjemput rezeki adalah lebih mudah daripada mencari rezeki
No comments:
Post a Comment