Wednesday, October 1, 2014

Konspirasi Dengki

Dalam program Tanyalah Ustaz di TV9 pagi ni ada membincangkan tajuk "Konspirasi Dengki".
Memang sifat manusia tak terlepas daripada sifat dengki.  Ada manusia yang dengki dengan kejayaan orang lain, dengki dengan kekayaan orang, dengki dengan kecantikan orang dan tak boleh lihat kebahagian orang lain. Tetapi ingatlah bahawa semua kelebihan yang kita atau orang lain miliki itu adalah kurniaan dari Allah swt, maka jangan lah dengki dengan Allah.  Kata ustaz orang yang mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang "sakit mental". Hidup mereka tak tenang kerana asyik mencari kekurangan orang.

Mungkin anda pernah menjadi mangsa dengki? Ya... memang ianya pedih sekali kerana aku pernah mengalami situasi ini sehinggakan disingkirkan daripada pekerjaan dan terpaksa bermula dari bawah semula.  Tapi ingatlah Allah Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, doa orang yang teraniaya tiada hijab di sisi Allah. Bukannya nak bertepuk tangan, tapi Allah telah tunjukkan kekuasaanNya. Aku harap orang yang terlibat beristifarlah, mohonlah keampunan dari Allah. Ketahuilah perasaan dengki akan memakan diri kita sendiri. Muhasabah diri dan renung kembali kesilapan yang telah kita lakukan dan juga mohonlah keampunan kepada orang yang telah kita aniayai.

Marilah kita perbetulkan niat, bersihkan hati dan nilai kembali perasaan cemburi, iri hati dan dengki dalam diri.  Mari menjadi mukmin yang tenang dan bersyukur dengan apa yang ada.

Rasul s.a.w. bersabda: Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap 2 orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya pada jalan kebaikan, dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang dan malam. (Sahih Muslim)

No comments: