Thursday, October 30, 2014

Dakwaan bumi akan bergelap selama 3 hari






Betulkah bumi akan bergelap pada 21, 22 dan 23 Disember 2014?

Apapun pandangan atau pendapat berkenaan perkara ini, kita sebagai seorang muslim yang beriman kita perlu menerima hakikat bahawa suatu hari matahari akan terbit di sebelah barat dan mungkin sebelum waktu tersebut berlaku, bumi akan bergelap selama beberapa hari.  Semuanya adalah kuasa Allah s.w.t.  Cuma kita tidak tahu bila waktunya. Apabila matahari terbit di sebelah barat maka tamatlah masa beramal bagi sekelian manusia.

 Surah Al An'am ayat 158

A158 
Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)". 

 Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :
Tidaklah tegak hari kiamat hingga matahari terbit dari arah barat. Apabila ia telah terbit (dari arah barat) dan manusia melihatnya, maka berimanlah mereka semua. Pada hari itu tidaklah bermanfaat keimanan seseorang yang tidak beriman sebelum hari itu atau belum mengusahakan kebaikan di masa imannya”.

 “Bersegeralah melakukan amal-amal ketaatan sebelum datangnya enam perkara : ... terbitnya matahari dari arah barat”.

Menurut kajian, paksi bumi pun telah berganjak dari kedudukannya. Ahli-ahli sains baratpun mengakui bahawa suatu hari akan terjadi peristiwa ini, cuma mereka berhujah tak berdasarkan kepada Al Quran dan Hadis. Setiap pagi semasa menguruskan mak, saya selalu perhatikan kedudukan matahari sewaktu ianya terbit. Kadang-kadang kedudukannya berubah beberapa darjah. Cuba bayangkan sekiranya kedudukan matahari berganjak sebanyak 180 darjah, ini bermakna matahari akan terbit di sebelah barat.  Ya Allah, betapa takutnya waktu itu.  Segala amal kita dah tak diterima Allah. Betapa paniknya manusia waktu itu.  Itu belum lagi terjadinya kiamat.

Peringatan untuk diriku juga...bertaubatlah sekarang, jangan tunggu kerana kita tidak tahu bila masanya akan berlaku, bila ajal akan menjemput kita.

Ya Allah, jadikanlah kami, hamba-hambaMu yang sentiasa mengingatiMu dan terimalah kami dalam keadaan kami yang suci bersih dari dosa. Amin


No comments: