Setiap organ dalam tubuh kita
memiliki emosi tersendiri.
Emosi adalah perasaan yang ditujukan
kepada seseorang atau sesuatu sebagai reaksi ke atas sesuatu kejadian. Emosi
selalunya berlaku diluar kawal serta berkait rapat dengan fungsi organ. Ketidakseimbangan
emosi ini dapat mempengaruhi fungsi organ.
![http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/429444_414849691943867_1144207882_n.jpg](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_smPsNzDyTZuZyCzXw82K1LJFJoMdc0JDzYQTeoZMrKGNvSIV-ruUpRDJYbt_dqHwZlAFqZz6-fJe7eeU2ZhaQ3NdAXuBllsNHmgS8VTjGBxQ95jOeD748dh_lhgwJNVM63BdDh038Fzj1hMw9XBpNaEE-3pF6etjg=s0-d)
Sebagai contoh, kemarahan yang
berpanjangan dapat menyebabkan ketidakseimbangan hati serta melemahkan
jantung, Kebencian pula boleh melemahkan hati dan otak. Manakala ketakutan
boleh melemahkan buah pinggang.
Banyak cara yang kita boleh
gunakan untuk mengawal emosi. Antaranya perbanyakkan istighfar kerana ianya
mendekatkan diri kita dengan Allah. Pastikan juga kita mendapat tidur dan rehat yang cukup kerana ia
akan menjadikan diri kita lebih tenang untuk berfikir dan bekerja.
Disamping itu jaga tabiat permakanan kita. Makanlah makanan yang berkhasiat, kerana
ia bukan sekadar mengalas perut tapi mampu menjana tenaga dan daya fikir
seseorang. So jaga diri semua dan kawal emosi kita. Jangan selalu
marah-marah serta jauhi sikap benci, dengki, dendam dan tamak.
No comments:
Post a Comment