"Jangan kamu memandang kepada kecilnya dosa yang kamu lakukan tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu lakukan dosa."
Sesungguhnya kita tidak layak
mempersembahkan dosa kepada Allah SWT, walaupun sekecil-kecil dosa
kerana Allah SWT sentiasa berbakti kepada kita. Allah SWT ciptakan
segala nikmat adalah untuk hambanya, kasih sayang Allah SWT terbukti
apabila Allah SWT mencipta segala jenis makan yang halal untuk hambaNya,
sedangkan lain-lain makhluk tidak dapat merasai nikmat seperti manusia.
Kenapa kita membalasi nikmat Allah SWT dengan dosa.
Kenapa kita tidak mempersembahkan Pujian kepadaNya apabila kita menerima dan menikmati nikmat permberian Allah SWT?.
Kenapa kita tidak mensucikan Allah SWT dengan Tasbih setiap kali kita mendengar azan yang dilaungkan?
Kenapa kita tidak memeohon keampunan kepada Allah SWT dalam keadaan tidak berdosa seperti mana Rasul-Rasul utusan Allah SWT?
Kenapa kita memohon keampunan dan kemaafan daripada Allah SWT setelah kita melakukan dosa?
Kenapa kita memohon nikmat yang lain daripada Allah SWT, apakah nikmat yang kita guna sekarang tidak mencukupi ?
Sesungguhnya manusia sentiasa memandang
rendah di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan dan sentiasa
memandang dosa yang manusia lakukan terhadap Allah SWT terlalu kecil
serta tidak memberi kesan kepada kemurkaan Allah SWT.
Setiap dosa yang kita lakukan samada kecil
atau besar, ianya menyebabkan nama kita tercatit dalam senarai ahli
neraka yang layak diazab oleh Malik Zabaniah yang tidak memiliki
perasaan Ihsan. Nauzubillah Min Zalik.
No comments:
Post a Comment