Saya baru terbaca satu artikel berkaitan dengan Yakjuj dan Makjuj. Selama ini kita diberi gambaran bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk yang akan membuat kerosakan di atas muka bumi tetapi artikel ini membincangkan dari sessi yang berbeza dan amat menarik untuk kita memikirkan dan di sini ada juga kebenarannya. Wallallahualam.
Dalam
terjemahan Al-Quran bahasa Melayu banyak menulis Yakjuj & Makjuj ialah
sejenis kaum yang melakukan kerosakan. Tetapi jika meneliti teks asal dalam
bahasa Arab, anda tidak akan menemui satu pun perkataan ‘kaum’ dalam 18:94.
Mereka
berkata, “Wahai Zulkarnain sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat kerosakan di
Bumi maka adakah kami mengadakan bagi kamu satu pembayaran untuk kamu
membuatkan satu bendungan (sadda) antara kami dan antara mereka? – (18:94)
Terdapat
satu persoalan yang tidak pernah dipersoalkan dalam kajian Yakjuj & Makjuj
iaitu jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk atau keturunan manusia, mengapa
‘mereka’ tidak berperang dengan Zulkarnain yang membina sebuah penutup untuk
mengurungnya di bawah tanah? Jadi, persoalan asas ‘siapakah’ Yakjuj &
Makjuj sepatutnya ditukar menjadi ‘apakah’ Yakjuj & Makjuj kerana :-
- Tiada perkataan ‘kaum’ dalam 18:94
- Reaksi Yakjuj & Makjuj yang tidak berperang menentang Zulkarnain
- Perbezaan perkataan ‘sadda’ dan ‘radma’ dalam 18:94 dan 18:95
Apabila
mengkaji Al-Quran untuk mengisi masa lapang, saya gemar memanipulasikan
nombor-nombor ayat, surah dan juzuk untuk mencari ilmu yang tersembunyi dalam
Al-Quran. Saya menggunakan matematik untuk cuba mencari makna-makna tersembunyi
untuk cuba mendapatkan banyak petunjuk dari Al-Quran. Dipendekkan ceritanya,
saya mendapat keyakinan bagaimana dengan satu formula kiraan dari nombor ayat,
surah dan juzuk boleh digunakan untuk mengetahui beberapa lokasi misteri
daripada Al-Quran.
Sebagai
contoh, kita tidak tahu dimana tenggelamnya kekayaan Qarun tetapi dari kiraan
kordinat berdasarkan ayat Al-Quran saya mendapati lokasinya terletak di delta
Sungai Karun di Iran. Saya tidak fikir ianya kebetulan kerana sebelum
mengetahuinya, saya langsung tidak tahu titik kordinat akan jatuh di sempadan
Iran/Iraq dan saya juga tidak tahu di situ terletaknya sebuah sungai bernama
‘Karun’. Ikut kajian sejarah, di sekitar sungai ini pernah menjadi antara
kawasan pendudukan Bani Israel di zaman silam.
Begitu juga
dengan Yakjuj & Makjuj, saya langsung tidak terfikir ianya membawa maksud
yang sangat berlainan dengan apa yang ditulis dalam banyak buku mengenainya.
Menggunakan teori kiraan yang sama untuk menjejak lokasi harta Qarun, saya
mendapati kordinat Yakjuj & Makjuj terletak di tengah-tengah Turki. Selepas
lebih setahun, saya mula berfikir kemungkinan Yakjuj & Makjuj adalah
sesuatu yang merosakkan Bumi secara semulajadi berdasarkan kepadatan banyak
gunung berapi kecil di sekeliling titik kordinat.
Jika anda
lihat dalam imej cerapan Google Earth seperti di atas, titik kordinat Yakjuj
& Makjuj yang saya kira terletak di atas sebuah monogenetic volcanic
field. Simbol pin ialah kordinat Yakjuj & Makjuj yang dikira
manakala tanda ‘x’ ialah gunung berapi. Saya ada beberapa fakta untuk
mengatakan Yakjuj & Makjuj ialah limpahan lava yang keluar dari salah satu
gunung berapi di atas.
Berikut ialah hujah saya : -
#1 : Perkataan ‘yakjuj’ bermaksud
‘sesuatu yang menyala’
#2 : Perkataan ‘makjuj’ bermaksud
‘sesuatu yang bergelombang’. Ini saya baca dari banyak buku mengenai Yakjuj
& Makjuj.
#3 : Ada juga buku yang menulis
‘yakjuj’ bermaksud ‘self-burned’ (terbakar sendiri) dan ‘makjuj’ pula bermaksud
‘burn others’ (membakar yang lain).
#4 : Tambah menyakinkan, dalam bahasa
Turki perkataan ‘yakmak’ dikaitkan dengan ‘api’ atau ‘nyalaan’. Kaum yang
ditemui Zulkarnain ialah nenek moyang bangsa Turki hari ini.
#5 : Yakjuj & Makjuj dikenali
sebagai Gog & Magog dalam kepercayaan Yahudi dan Nasrani. Perkataan
‘magog’ hampir menyerupai perkataan ‘magma’ iaitu sejenis batuan lebur di bawah
lapisan kerak bumi.
#6 : Zulkarnain ialah Khosrau I, raja
Sassanid yang menguasai wilayah sehingga ke tengah Turki, di sempadan
terletaknya gunung berapi tersebut. Rasulullah membesar pada zaman
pasca-kemangkatan Khosrau I.
#7 : Khosrau I menggunakan bahasa
Parsi yang berbeza dengan bahasa Turki. 18:93 mengatakan Zulkarnain menemui
satu kaum yang tidak memahami bahasa pertuturannya. Bahasa Parsi vs. bahasa
Turki.
#8 : Empayar Sassanid menikmati
kemakmuran ekonomi paling makmur pada era pemerintahan Khosrau I.
Pedagang-pedagang Arab Quraisy turut mengecapi kemakmuran ekonomi Sassanid pada
zaman Khosrau I. Ayat 18:83 menunjukkan mereka yang bertanya kepada Rasulullah
sangat mengenali Zulkarnain kerana kehebatan pemerintahannya yang memberikan
peluang perdagangan kepada kafilah-kafilah Arab.
#9 : Banyak buku mengatakan
‘Zulkarnain’ bermaksud ‘tanduk dua’. Hanya dua empayar yang mendominasi
Asia-Eropah pada abad ke-6 iaitu Roman Byzantine dan Sassanid. Hanya raja
Sassanid yang memakai topi berbentuk tanduk dua.
#10 : Yakjuj & Makjuj tidak
menentang Zulkarnain yang membina penutup ‘radma’. Ini menunjukkan Yakjuj &
Makjuj ialah bencana alam semulajadi yang boleh dikawal oleh manusia dalam
tempoh jangka pendek.
#11 : Kordinat Yakjuj & Makjuj yang
terletak dalam kawasan gunung berapi monogenetik menunjukkan ianya ialah lava
yang melimpah dari sebuah gunung berapi.
#12 : Kerana sifat monogenetik gunung
berapi di kawasan ini, Zulkarnain mampu mengawal sebuah daripadanya yang sedang
dalam fasa pembentukkan.
#13 : Perbezaan perkataan ‘sadda’ dan
‘radma’. Dalam 18:94, kaum itu meminta Zulkarnain membina ‘sadda’ tetapi dalam
18:95 Zulkarnain memilih untuk membina ‘radma’. Kemungkinan ‘radma’ ialah
penutup logam yang dibina untuk meneutralkan lava yang melimpah dari atas
gunung berapi tersebut.
#14 : Konsep sama juga digunakan di
Indonesia untuk menutup rekahan lumpur gunung berapi di Lusi, Pulau Jawa. Yang
berbeza pihak Indonesia menggunakan bebola simen tetapi Zulkarnain menggunakan
besi dan logam untuk menyerap kepanasan lava yang lebih panas berbanding lumpur
gunung berapi.
#15 : Dalam 18:93 Zulkarnain tiba di
antara dua batasan (as-saddain). Banyak buku menulis as-saddain bermaksud dua
buah gunung. Dari cerapan Google Earth, ‘as-saddain’ ialah dua gunung berapi
stratos Erciyes dan Hassan. Kordinat Yakjuj & Makjuj terletak di antara
gunung Hassan dan Erciyes.
#16 : Zulkarnain mengatakan dalam 18:98,
penutup yang dibinanya akan hancur. Ikut tafsiran saya, penutup itu akan musnah
akibat satu letusan kuat. Ini petunjuk monogenetic volcanic field ini
sebenarnya ialah sebuah supervolcano in the making.
#17 : Pengunaan kata ganti nama ‘hum’
untuk Yakjuj & Makjuj dalam 18:94 sama seperti pengunaan ‘hum’ dalam 12:04
yang digunakan untuk kata ganti nama untuk benda bukan hidup.
Beberapa
ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang
dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at:
http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882
Beberapa
ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang
dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at:
http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882
Beberapa
ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang
dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at:
http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882
Beberapa
ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang
dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at:
http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882
Beberapa
ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang
dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at:
http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882
1 comment:
Qarun adalah pembesar Mesir...dan di Mesir sendiri terdapatnya Qarun Lake...dan itulah yg sebenarnya...Wallahu'alam...
Post a Comment