Wednesday, January 20, 2021

TEPUK DADA TANYA IMAN

Betapa sayangnya Allah pada kita.  Kalau Allah nak Dia

boleh buka aib kita sehinggakan kita akan rasa malu

untuk berjumpa dgn manusia lain.  Hari2 kita melakukan

dosa samada secara sembunyi atau nyata.  Kita boleh berlakon

dengan manusia tp Allah tahu apa yg kita lakukan ketika

bersendirian.  Jgn lupa kat mahsyar nanti semuanya akan

diperlihatkan satu persatu.  Berdoalah semoga Allah

tidak membuka aib kita nanti.  Ingat... Allah Maha Melihat

apa yg kita lakukan walaupun pada pandangan orang, kita

insan terbaik.     

Tepuk dada tanya iman.

 

Bila ada orang tegur kesilapan dan kelemahan kita,

terimalah kerana Allah telah kirimkan seseorang

untuk menegur, jgn sombong dengan Allah kerana

kalau Allah yang tegur kita, musibah yang lebih besar

akan kita terima

 

Rasa sedih bila kita menasihati orang seperti mencurah air

didaun keladi, orang terima tapi tak memberi kesan.

Tapi terubat rasa hari bila Allah kata hidayah itu milik Dia.

Walau sehebat manapun usaha kita tak kan mampu mengubah

manusia tanpa izin Nya. Hati akan ada titik2 hitam disebabkan

dosa2 yang kita lakukan. Kalau hari2 kita buat dosa, bayangkan

mcmana rupa hati kita sebab tu lah susah nak bertaubat

 

No comments: