Kertas Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi subjek Sains 018, 028 dan 038
yang dijadualkan berlangsung pada pukul 8.15 pagi ini terpaksa
ditangguhkan selepas Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan menerima
laporan terdapat kebocoran soalan untuk subjek itu.
Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Dr. Na'imah
Ishak berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati kandungan
soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media
sosial.
“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa
untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan
undang-undang.
“Oleh itu, tarikh baharu bagi peperiksaan ketiga-tiga kertas
berkenaan dijadualkan pada 30 September depan,” katanya dalam satu
kenyataan di sini semalam.
Peperiksaan untuk kertas Sains itu sepatutnya berlangsung pada pukul 8.15 pagi
Kertas subjek Sains 018 itu adalah untuk para pelajar tahun 6 yang
belajar di sekolah kebangsaan manakala kertas 028 adalah untuk pelajar
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pula mengambil kertas subjek Sains 038.
Sebanyak 472,853 calon menduduki ujian UPSR yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 9 September lalu sehingga hari ini.
SABAR LAH WAHAI MOHAMAD AMIRUL IKMAL
No comments:
Post a Comment