1-Siapakah aku semasa di dunia, adakah aku tergolong dalam golongan ahli kebajikan dan berakhlak mulia ???
2-Apakah aku tergolong dalam golongan yang membantu manusia ke arah mendapat hidayah Allah SWT pada waktu siang dan malam ???
3-Apakah aku seorang yang berhati mulia dan tidak bersifat dengki serta pemarah ???
4-Apakah aku seorang dermawan sehingga harta berkurangan kerana
berada di jalan Allah SWT, Apakah aku orang yang menangis dimalam hari
kerana tidak mampu membantu umat Islam yang dizalimi ???
5-Apakah aku seorang yang benar-benar Cintakan Rasulullah SAW dan
seorang yang cintakan Para Sahabat Rasulullah SAW serta bersama mereka
yang Cintakan Rasulullah SAW ???
6-Apakah aku bersama mereka yang berdiri diwaktu malam yang berada
diantara dua tangan Allah SWT, merapatkan dahi ke bumi untuk sujud
kepada Allah SWT, mengangkat tangan dengan penuh tawaduk kepada Allah
SWT memohon keampunan Allah SWT, yang mengharapkan dari Allah SWT di
langit dan memisahkan diri dari ikatan dunia ???
7-Apakah aku semasa di dunia, bersama mereka yang sabar dan mengharap
keredhaan Allah SWT, berbakti kepada jiran, memberi nasihat berdasarkan
agama Allah SWT, menghiasi diriku dengan akhlak yang mulia, memajukan
agama dan bersedia membantu umat Islam bila-bila masa ???
Betapa mulianya mereka yang telah menyembah Allah SWT dan berakhlak mulia.
Betapa mulianya mereka yang telah menjadi dermawan dan mengasihi seluruh umat Islam.
Betapa mulia mereka yang telah berjaya memelihara anak yatim dan akan bersamanya di Syurga nanti.
Betapa mulianya mereka yang telah berlaku adil di dunia ini sehingga terukir nama mereka di Syurga Allah SWT.
Betapa mulia mereka yang telah diharamkan diri mereka oleh Allah SWT dari dijilat api neraka.
Betapa mulianya mereka yang telah Allah SWT muliakan di dunia dan dilindungi oleh Allah SWT di Akhirat nanti.
Betapa mulianya mereka yang melakukan rukuk dan sujud di dunia dan telah diterima pengabdian mereka di sisi Allah SWT.
Betapa mulianya mereka yang Allah SWT muliakan di dunia dan
dimuliakan juga di Akhirat, malah Allah SWT mengangkat martabatnya di
sisi Allah SWT ke peringkat yang lebih tinggi.
Semoga kita bersama-sama berlumba mencari keuntungan di Akhirat melebihi keuntungan dunia semata-mata.
No comments:
Post a Comment