Sunday, September 28, 2014

Subhanallah...Alhamdulillah..Allahu Akbar


Kadang-kala ketika penat melakukan kerja-kerja rumah, terasa seperti mahu lari dari semua kesibukan itu, terasa lelah hingga merasakan 24jam sehari tidak cukup untuk melakukan semua kerja rumah yang tidak pernah habis.  Jangan beranggapan seorang suri rumah tidak bekerja tetapi hakikatnya seorang yang bergelar suri rumah tangga tidak akan habis kerjanya berbanding dengan pekerja pejabat.   Teringat suatu kisah ketika zaman Rasullulah ketika pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti.

Sayidina Ali berkata “Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan
perang.Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu”.
Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di
rumah.Bagaimanapun, Rasulullah sallahu’alaihi wasallam tidak mampu
memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu.Baginda
berkata “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan pekara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripada ku?Apabila kamu berdua berbaring
untuk tidur,
bertasbihlah Subhaanallaah 33kali, bertahmidlah Alhamdulilaah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33kali.

Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam”
Inilah penawar ringkas yang Nabi ajarkan kepada anak dan menantunya bagi
meringkan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saiyidina Ali
terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu.Katanya “Demi
Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada
ku”.

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang berasa
penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan
Subhanallah 33 kali, bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali dan bertakbir
Allahuakbar 33 kali pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi
ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita.Akan terserlah ceria
di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Mafhum Sabda Rasulullah. “Sebarkan lah ajaran ku walaupun satu ayat,
Nescaya Allah memperbaiki bagi mu amalan-amalan mu dan mengampuni bagi
mu dosa-dosa mu.Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar”.

No comments: