Thursday, November 6, 2014

TANDA TANDA KITA MENGHIDAP KENCING MANIS TAHAP 1

kencing manis
TANDA TANDA UTAMA KENCING MANIS :-

* kita terlebih kerap membuang air kecil, terutamanya pada waktu malam. Malahan, waktu siang juga kita sering ingin ke tandas dan rasa tidak puas walaupun sudah membuang air kecil

* kita selalu rasa dahaga yang melampau. Walaupun cuaca tidak berapa panas, dan kita sudah minum air secukupnya, kita masih lagi rasa haus dan haus . Malahan rasa tidak cukup walaupun baru saja lepas minum.

* kita mudah rasa penat. buat kerja sedikit pun rasa penatnya lain macam. Macam buat kerja yang memerlukan atktiviti berat

* penglihatan kita mula kabur sedikit demi sedikit. Ia bukan sebab mata kita bermasalah, tapi ia adalah kesan dari kita menghidap kencing manis

* Berat badan yang menyusut tiba tiba juga menjadi salah satu tanda yang kita mungkin menghidap kencing manis.

* kegatalan pada alat sulit tanpa sebab

* pemulihan luka pada kadar yang perlahan iaitu, jika kita terluka atau kemalangan, kita lambat untuk sembuh, tidak seperti orang lain.

No comments: