Sunday, November 9, 2014

Siapa Kita



kata orang
jika kita PENGURUS
 jalankan kerja dengan terurus
kerana tugas kita
bukan sekadar menunjuk itu dan ini
tugas kita berkata benar apa yang benar
berkata tidak apa yang mungkar
dengan suluhan iman dan fikir
kata orang

jika kita PEKERJA
laksanakan kerja dengan rela
kerana pada keringat yang tumpah
ada rezeki dan rahmat
ada pahala dan berkat
dan apabila pulang nanti
dengan jiwa yang tenang dan bahagia
kata orang

jika kita PELAJAR
amalkan apa yang diajar pada guru
diengkar jangan nasihat guru
jadikan pedoman
kerana daripadanya terpancar cahaya al-kalam
yang gelap menjadi nyata
yang terang bersinar cahaya

kata orang
jika kita GURU
amalkan apa yang tahu dengan jujur
memikul amanah tutur kata penuh hikmah
kerana tugas kita
bukan sekadar mengajar tutur bicara
bukan sekadar mengajar tulis baca
tugas kita memanusiakan manusia
dengan setitis ilmu melenturkan jiwa, melembutkan kalbu.

No comments: