Thursday, November 20, 2014

DUIT UPAH MENGASUH CUCU

 
”Mak,ni duit upah mengasuh bulan ni.”  Kita mesti pernah mendengar ungkapan seperti ini oleh seorang anak kepada ibunya.

Seorang anak mengupah emak mengasuh anaknya adalah sesuatu yg teruk,tetapi banyak orang yg tidak terasa.Bukankah keadaan ini ibarat ibu sendiri menjadi pekerja kpd anak,ibu melahirkan tuannya. 

Daripada Umar bin al-Khattab r.a., ………… Jibrail bertanya kepada Rasulullah ., “Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, “Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya”, maka Nabi saw. menjawab, “Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya …. (Riwayat Muslim)

Berapa ramai kini kita yg menjadikan ibubapa sebagai pekerja dgn berselindung disebalik ibubapa suka cucu, ada yg kata susah dapat pengasuh yg dipercayai,ada yg kata emak bapa pandai mengasuh,emak bapa tak kerja apa. Hakikatnya kerana isteri nak kerja,nak tambah pendapatan. Sedangkan tanggungjawab mengasuh,mendidik dan membesarkan anak terletak kpd isteri dan isteri tidak dituntut utk bekerja hingga mengabai tanggungjawab kpd anak. Bila ditinggal anak kpd ibubapa,berlaku dua pengabaian iaitu pengabaian tanggungjawab kpd anak dan pengabaian tanggungjawab kpd ibubapa yg sepatutnya direhatkan setelah seumur hidup membela anak hingga berjaya. Jika ibu kita boleh memelihara kita dgn tidak membuat kerja lain,menjadi surirumah sepenuh masa,dan ia berjaya menunai tanggungjawabnya,kenapa kita kena berbimbang takut tak cukup hidup jika tak bekerja.
 
Rehatkanlah ibubapa kita. Berilah ruang utk mereka mempersiap diri dipenghujung usia,meskipun mereka menawar diri kerana sifat kasih sayang mereka.Jika kasih kpd ibu,lapangkan hidupnya, ringankan bebannya,

No comments: