Thursday, November 20, 2014

[Kajian] Suami Isteri Yang Kerap Bertengkar Berpotensi Gemuk


suami isteri
Bak kata peribahasa, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Tapi kalau kerap sangat bertengkar, ianya akan membawa kepada banyak kesan negatif bukan sahaja dalam perhubungan malah kepada kesihatan.

Menurut satu kajian, lelaki dan wanita yang mempunyai sejarah kemurungan gara-gara kerap bertengkar dengan pasangan boleh meningkatkan risiko obesiti di kalangan orang dewasa, kerana ia memberi kesan terhadap cara badan manusia memproses makanan berlemak tinggi. Badan individu seperti ini akan mengalami susutan dalam memproses makanan berlemak.

Pasangan seperti ini juga memiliki kadar insulin yang lebih tinggi , dimana ia  menyumbang kepada penyimpanan lemak, dan menggalakkan trigliserida iaitu sejenis  bentuk lemak dalam darah -selepas makan makanan yang berat jika dibandingkan dengan individu yang tidak mengalami risiko ini.
Kajian baru ini juga menyokong penyelidikan sebelumnya, yang mendapati bahawa wanita yang sedang stres akan mengalami  pertambahan berat badan kerana metabolisme mereka menurun. Penemuan ini bukan sahaja mengenal pasti bagaimana stres kronik boleh menyebabkan kegemukan, tetapi juga menunjukkan betapa pentingnya untuk merawat gangguan perasaan yang akan memberi impak buruk kepada kesihatan fizikal anda.

Jadi, pelihara kesihatan mental anda dengan baik. Hindari stres, jangan ambil pusing perkara remeh. Elakkan dari perasaan marah dengan selalu senyum dan berfikiran positif.

No comments: