Tuesday, November 18, 2014

SUBHANALLAH.....CELIK AL-QURAN


Adik ni bernama Haikal Firdaus,
Berumur 9Tahun dan Berasal dari negeri Johor
kelebihan dia ialah 30Juz Al-Quran dalam kepala. beliau dijaga oleh datuk dan nenek, orang tanya datuk dia, Sejak bila adik Haikal ni mula Hafal Quran dan bagaimana mana cara didik dia nak suruh rajin Hafal Quran?

Jawapan yang diberikan oleh datuk kepada adik Haikal Ialah Cucu saya mula menghafal Al-Quran sejak berumur 4 tahun dan cucu saya juga perangai dia ni lain dari kanak-kanak yang lain, kami tak paksa dia hafal Al-Quran tapi semua ni kehendak dia sendiri,

Aktiviti Harian Dia ialah :
Bangun pada 5.00 pagi, ambil Wudhuk dan solat, lepas Solat dia baca Al-Quran satu Juz hingga masuk Waktu Subuh. Waktu pagi sekolah kebangsaan biasa dan pada waktu petang pergi ke sekolah Agama dan pada waktu petang huga dia hafal Hadis 40.
Tapi kalau waktu cuti sekolah dia gandakan bacaan Al-Quran setiap hari 4 Juz


Ramai dari kita yang tak mampu nak buat macam ni termasuk diri aku sendiri.  Ya Allah...alangkah bahagia kedua ibubapanya

No comments: