Sunday, July 24, 2016

ANGGOTA BADAN BUKTIKAN KEBENARAN

APABILA berada di alam barzakh, kita akan mula menjalani kehidupan alam malakut yang sama sekali berbeza suasananya daripada alam dunia. Manusia akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu golongan orang soleh yang rohnya berada di tempat mulia dan satu lagi orang talih (sesat) di tempat yang keji. Tetapi keadaan pada Hari Kiamat lebih menggerunkan dan menggemparkan kerana tidak akan ada seorang manusia pun terlepas daripada dihisab ketika berada di padang Mahsyar. 

Riwayat daripada Abu Hurairah, menceritakan pernah pada suatu ketika Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat, "Ya Rasulullah, bolehkah pada hari akhirat nanti kita melihat wajah Allah SWT? Baginda menjawab: Pernahkah kamu melihat matahari dengan jelas pada waktu siang, dalam keadaan yang cerah dan tidak berawan. Atau pernahkah kamu melihat bulan pada malam hari di dalam keadaan yang terang, cerah dan tidak berawan? Lalu dijawab oleh sahabat bahawa mereka dapat melihatnya. 

Kemudian Rasulullah berkata: Kamu akan dapat melihat wajah Allah di hari akhirat nanti seperti mana kamu dapat melihat matahari dan bulan itu, setelah kamu dihitung dan dihisab setiap amalan pada hari kiamat nanti." Saksi buktikan kebenaran Baginda kemudian menceritakan, dibawa seorang hamba di padang Mahsyar di hadapan khalayak orang ramai dan ditanya oleh Allah: "Tidakkah Aku telah memberikan pendengaran kepada kamu dahulu, penglihatan, harta dan anak kepada kamu? Bukankah telah Aku permudahkan haiwan ternakan dan ladang pertanian dalam hidup kamu? Bukankah Aku telah memudahkan bagi kamu dengan menjadikan dalam kalangan kamu pemerintah, dan satu perempat daripada hasil ternakan dan pertanian diambil oleh pemerintah? Adakah kamu tidak pernah berfikir bahawa kamu akan menemui Aku pada hari ini? Dijawab oleh hamba itu: Tidak ya Allah, kerana ketika hidup di dunia dahulu, aku terlalu sibuk dan tidak terfikir akan adanya hari di padang Mahsyar. Lalu Allah SWT berfirman: Hari ini Aku tidak akan mempedulikan kamu sebagaimana kamu tidak mengingati Aku. 

Kemudian dibawakan hamba yang kedua, disoal oleh Allah SWT perkara sama dan hamba itu menjawab: Tidak ya Allah, kerana ketika hidup di dunia dahulu aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan." Perkara itu berulang kepada hamba lain di hadapan Allah SWT sehingga tiba giliran seorang hamba yang disoal oleh Allah SWT, dia menjawab: "Ya Allah, ketika hidup di dunia dahulu, aku adalah seorang yang beriman dengan kitab-Mu dan Rasul-Mu. Aku mendirikan solat, bersedekah dan berpuasa, kemudian aku melakukan kebaikan semampuku. Kemudian Allah SWT berkata: Sekarang Aku bawakan saksi untuk membuktikan kebenaran kata-katamu. Hamba itu bertanya siapakah yang akan menjadikan saksi kepada dirinya? Lalu Allah SWT menutup mulut hamba itu, dan memerintahkan seluruh anggota tubuh hamba itu untuk bercakap dan menceritakan amalan yang pernah dilakukannya dahulu. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Zukhruf, ayat 45 yang bermaksud: "Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain Allah Yang Maha Pemurah." Di padang Mahsyar nanti Allah SWT akan bertanya sama ada betul atau tidak seseorang itu beriman kepada-Nya dengan membuktikannya di hadapan Allah SWT. Rasulullah SAW juga sering mengingatkan supaya sentiasa bersedia menghadapi hari kita akan disoal apa yang dilakukan ketika hidup di dunia.

Empat perkara dihisab Malah, telapak kaki anak Adam ini tidak akan tergerak di padang Mahsyar sehingga selesai disoal oleh Allah SWT mengenai empat perkara iaitu ke mana manusia menghabiskan umurnya, bagaimana menggunakan tubuh badan dan jasad sehingga hari tua. Ketiga, adakah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh dan keempat mengenai harta benda dari mana sumbernya dan ke manakah ia dibelanjakan. 

Ulama berpendapat Hari Kiamat juga dikenali sebagai hari penyaksian ditafsirkan kepada tiga iaitu kesaksian Rasulullah SAW terhadap amalan umatnya, penyaksian alam sama ada bumi, langit dan segala berada di dalamnya serta penyaksian anggota badan manusia terhadap semua yang dilakukannya.


APABILA berada di alam barzakh, kita akan mula menjalani kehidupan alam malakut yang sama sekali berbeza suasananya daripada alam dunia. Manusia akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu golongan orang soleh yang rohnya berada di tempat mulia dan satu lagi orang talih (sesat) di tempat yang keji. Tetapi keadaan pada Hari Kiamat lebih menggerunkan dan menggemparkan kerana tidak akan ada seorang manusia pun terlepas daripada dihisab ketika berada di padang Mahsyar. Riwayat daripada Abu Hurairah, menceritakan pernah pada suatu ketika Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat, "Ya Rasulullah, bolehkah pada hari akhirat nanti kita melihat wajah Allah SWT? Baginda menjawab: Pernahkah kamu melihat matahari dengan jelas pada waktu siang, dalam keadaan yang cerah dan tidak berawan. Atau pernahkah kamu melihat bulan pada malam hari di dalam keadaan yang terang, cerah dan tidak berawan? Lalu dijawab oleh sahabat bahawa mereka dapat melihatnya. Kemudian Rasulullah berkata: Kamu akan dapat melihat wajah Allah di hari akhirat nanti seperti mana kamu dapat melihat matahari dan bulan itu, setelah kamu dihitung dan dihisab setiap amalan pada hari kiamat nanti." Saksi buktikan kebenaran Baginda kemudian menceritakan, dibawa seorang hamba di padang Mahsyar di hadapan khalayak orang ramai dan ditanya oleh Allah: "Tidakkah Aku telah memberikan pendengaran kepada kamu dahulu, penglihatan, harta dan anak kepada kamu? Bukankah telah Aku permudahkan haiwan ternakan dan ladang pertanian dalam hidup kamu? Bukankah Aku telah memudahkan bagi kamu dengan menjadikan dalam kalangan kamu pemerintah, dan satu perempat daripada hasil ternakan dan pertanian diambil oleh pemerintah? Adakah kamu tidak pernah berfikir bahawa kamu akan menemui Aku pada hari ini? Dijawab oleh hamba itu: Tidak ya Allah, kerana ketika hidup di dunia dahulu, aku terlalu sibuk dan tidak terfikir akan adanya hari di padang Mahsyar. Lalu Allah SWT berfirman: Hari ini Aku tidak akan mempedulikan kamu sebagaimana kamu tidak mengingati Aku. Kemudian dibawakan hamba yang kedua, disoal oleh Allah SWT perkara sama dan hamba itu menjawab: Tidak ya Allah, kerana ketika hidup di dunia dahulu aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan." Perkara itu berulang kepada hamba lain di hadapan Allah SWT sehingga tiba giliran seorang hamba yang disoal oleh Allah SWT, dia menjawab: "Ya Allah, ketika hidup di dunia dahulu, aku adalah seorang yang beriman dengan kitab-Mu dan Rasul-Mu. Aku mendirikan solat, bersedekah dan berpuasa, kemudian aku melakukan kebaikan semampuku. Kemudian Allah SWT berkata: Sekarang Aku bawakan saksi untuk membuktikan kebenaran kata-katamu. Hamba itu bertanya siapakah yang akan menjadikan saksi kepada dirinya? Lalu Allah SWT menutup mulut hamba itu, dan memerintahkan seluruh anggota tubuh hamba itu untuk bercakap dan menceritakan amalan yang pernah dilakukannya dahulu. Begitulah keadaan yang akan dilalui manusia seperti dijelaskan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam slot Mau'izati di IKIMfm. Beliau kemudian menerangkan firman Allah SWT dalam surah al-Zukhruf, ayat 45 yang bermaksud: "Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain Allah Yang Maha Pemurah." Di padang Mahsyar nanti Allah SWT akan bertanya sama ada betul atau tidak seseorang itu beriman kepada-Nya dengan membuktikannya di hadapan Allah SWT. Rasulullah SAW juga sering mengingatkan supaya sentiasa bersedia menghadapi hari kita akan disoal apa yang dilakukan ketika hidup di dunia. Empat perkara dihisab Malah, telapak kaki anak Adam ini tidak akan tergerak di padang Mahsyar sehingga selesai disoal oleh Allah SWT mengenai empat perkara iaitu ke mana manusia menghabiskan umurnya, bagaimana menggunakan tubuh badan dan jasad sehingga hari tua. Ketiga, adakah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh dan keempat mengenai harta benda dari mana sumbernya dan ke manakah ia dibelanjakan. Ulama berpendapat Hari Kiamat juga dikenali sebagai hari penyaksian ditafsirkan kepada tiga iaitu kesaksian Rasulullah SAW terhadap amalan umatnya, penyaksian alam sama ada bumi, langit dan segala berada di dalamnya serta penyaksian anggota badan manusia terhadap semua yang dilakukannya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/175824

No comments: