Apabila agama itu diambil separuh-separuh, yang memihak kepadanya diambil yang memberi rugi kepadanya ditinggal.
Saya bukanlah ustazah nak cakap tentang agama, tetapi saya nak ajak
saudara saudari semua berfikir akan kisah benar yang berlaku kepada
seorang balu kematian suami.
1. Semasa hidup si mati orang susah, adik-beradik tak pernah
menjenguk, apatah lagi hulur belanja untuk anak buah walaupon semuanya
kerja best.
2. Rezeki anak-anak si mati dapat beli sebidang tanah dan dapat buat
sebuah rumah teres di atas tanah tersebut. Tak lama kemudian, si mati
membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tetapi tak kesampaian
(meninggal dulu).
3. Simpanan si mati ada dalam RM10 ribu dalam bank. Ada sebuah rumah. Dan sebidang tanah.
4. Si mati selalu beritahu isterinya kalau dia tiada, isteri dan
anak-anak taklah susah mana. Ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan
ada tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan si mati untuk si
isteri dan anak-anak.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung). Si mati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.
6. Sejurus selepas si mati dikebumikan, adik-beradik si mati termasuk
ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta si mati
kononnya si mati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan
secepat mungkin.
7. Si mati tiada anak lelaki, jadi harta-harta si mati akan dapat juga pada adik beradiknya.
7. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik
bertandang ke rumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid.
Bahagian untuk isteri, anak-anak, ibu si mati dan adik beradik si mati.
8. Hukum faraid – bahagian isteri dapat paling sedikit (orang
Terengganu cakap dapat bahagian kepala mayat). Langsung tak pedulikan
perasan si balu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas,
dalil-dalil bab pembahagian faraid.
9. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh si balu dengan anak-anak ikut nilai pasaran.
Kemudian mereka-mereka itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga
rumah tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap
tinggal di situ, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan
dijual, dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
10. Celah mana mahu cari RM150 ribu? Nak tak nak terpaksa keluar dari
rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak-anak,
dengan jumlah yang si balu dapat dan anak-anak si mati dapat, mustahil
dapat cari rumah baru.
11. Bermulalah episod merempat si anak-anak yatim. Berpindah randah,
menyewa situ sini, jangankan si balu,si anak pun bekerja lepas balik
sekolah nak sara diri sendiri.
Duit simpanan, tanah sebidang, rumah dijual si waris. Harapan si mati
untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaannya berkecai
sama sekali.
12. Waris-waris,semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing. Nak tanya khabar jauh sekali. Nak hulur duit jauh sekali.
13. Lagi malang waris-waris semuanya bekerja bagus.
Ada cikgu, ada pegawai kerajaan, ada golongan prefesional, malah kaki masjid pun ada.
Tapi sayang, bab tangggung jawab pada anak si mati langsung tak dihiraukan.
14. Walaupun berhak pada harta si mati, tapi kena tengok pula tanggung jawab yang harus dipikul.
Jangan ambil agama itu separuh-separuh untuk kepentingan sendiri. Ya,
tak berdosa ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum Tetapi
berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak si mati –
tempat tinggal, pakaian, makan minum).
15. Kalau kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ini,
berubahlah, dan moga dijauhkan keturunan kita, adik-adik kita, suami
kita, anak-anak kita daripada bersifat kejam begini.
16. Ambil pengajaran saudara saudari. Sekali lagi saya ingatkan apa
yang agama ajar, bila si mati meninggalkan anak-anak yang belum baligh,
wajib bagi walinya (mengikut turutan wali sebelah si mati) menyediakan
nafkah untuk anak si mati. Kalau tidak diambil peduli, menanggunglah di
akhirat kelak.
17. Hukum faraid itu sangat adil dan indah. Diberi lebih kepada
lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kena menanggung
orang-orang di bawahnya.
Kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan jatuh juga kepada adik
beradik si mati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggung jawab si
wali-wali untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih lagi
apabila si yatim adalah perempuan).
Dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban dan
membantu si wali-wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak
yatim.
18. Ingat ya dapat pembahagian harta si mati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu. Tetapi tunaikan dahulu tanggung jawab si anak yatim.
copy & paste
No comments:
Post a Comment