Ini
adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati
anda akan terbuka tentang membaca #Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada
kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca #Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada
seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di
pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan
membaca #Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru
seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada
suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam
Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya
akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca
#Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur
pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil
berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni
air.’
Budak
lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor
keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘
Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan
meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba
sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi
guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia
memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni,
dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya
tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat
mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada
katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat
membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak
menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang
dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia
sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan
berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada
Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok
Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu
berkata,’ tengok guni itu.’
Budak
lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia
sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada
guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan
dalam.
‘Cucuku,
itulah yang akan berlaku jika anda membaca #Al-Quran. Anda mungkin
tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya,
anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan
Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment