Wednesday, November 18, 2015

JAWAPAN DARI ALLAH SWT : KENAPA AKU TAK KAHWIN-KAHWIN LAGI?


1- KITA BERTANYA : KENAPA SEHINGGA KINI AKU BELUM ADA JODOH, SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK AKU ?

ALLAH MENJAWAB :
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."  [Surah An Nur : Ayat 26]


2- KITA BERTANYA : AKU ORANG BUJANG LAGI MISKIN, MAKAN DAN MINUM PUN CUKUP HANYA UNTUK KEPERLUAN SENDIRI. APAKAH AKU LAYAK UNTUK BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." [Surah An Nur : Ayat 32]


3- KITA BERTANYA : TAPI ORANG MASIH LAGI MENGATAKAN AKU BELUM LAGI MAMPU BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB:
"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.." [Surah An Nur : Ayat 33]


4- KITA BERTANYA : WALAUPUN MASIH BELUM MAMPU UNTUK BERKAHWIN AKU JUGA INGIN HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN-INSAN LAIN, BERKASIH SAYANG, MEMPUNYAI PASANGAN HIDUP DAN ZURIAT, APAKAH AKU LAYAK UNTUK SEMUA ITU?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.." [Surah Ar Rum : Ayat 21]


5- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU AKU LAYAK LAH UNTUK BERKAHWIN, TAPI APAKAH CARANYA UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". [Surah Al Mu’min : Ayat 60]


6- KITA BERTANYA : AKU SUDAH BERDOA, TAPI SEHINGGA KINI BELUM LAGI DIMAKBULKAN DOANYA?

ALLAH MENJAWAB :
”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. [Surah Al-Baqarah : Ayat 153]

”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. [Surah Alam Nasyrah : Ayat 5 – 6]


7- KITA BERTANYA : AKU TAHU SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. TAPI, APAKAH TIDAK ADA CARA LAIN YANG MAMPU AKU BUAT?

ALLAH MENJAWAB :
”Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. [Surah Muhammad : Ayat 7]


8- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU, BAGAIMANAKAH CARANYA ?

ALLAH MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Kuasa.." [Surah Al-Hajj : Ayat 40]


9- KITA BERTANYA : SETELAH SEMUA ITU DILAKUKAN, BILAKAH PULA ALLAH AKAN MENOLONG AKU?

ALLAH MENJAWAB :
"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.." [Surah Al-Baqarah : Ayat 214]


=============================================================
Itulah jawapan Allah buat orang yang bertanya..

Dan Allah swt, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tidak akan menyalahi janji-janji NYA.

Inilah juga keyakinan yang PERLU ada pada setiap mukmin dan mukminat. Insyaallah..



Tuesday, November 17, 2015

KISAH BENAR (ANAK SYURGA)


Santapan rohani di pagi yg indah ini.....
Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian, pi hak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.
"Encik, anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang amat serius."
Ujar guru disiplin didalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan.
Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan anaknya, sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib. Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah.Tiada rayuan dibuat dan anak dibawa pulang.
Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran jauh di luar bandar. Biar anak jauh dari hangar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!
Pada hari anak di hantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.
Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.
Sehinggalah lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta agar dia bertemu anaknya.
"Encik, silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya."
Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.
"Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia disini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya"
Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara
"Tapi, tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang Al-Hafiz?"
bisik ustaz ke telinganya
"Hari ini anak encik telah hafaz seluruh Al-Quran. Dia telah habis menghafaz dalam tempoh lapan bulan!"
Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya mendengar kehairanan.
"Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?"
Tanya ustaz mengakhir bicara.
Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak sangka dan bertanya adakah dia berhak untuk merasai keajaiban ini. Saat itu anaknya melangkah masuk, berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.
Tanpa sedar, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya. Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya seorang Al-Hafiz dengan cahaya Al-Quran melimpah di wajah. Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.
Si anak sejak ditinggalkan ayahnya disitu lapan bulan lalu, sudah menanam tekad untuk berubah. Allah telah memberinya hidayah. Ditambah dengan didikan ustaz dan siraman cahaya Al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya.
Kisah benar bagi anak di atas memberitahu kita bahawa semua orang boleh berubah. Walau apa pun sejarah lampau kita, itu bukan halangan untuk masa depan kita. Orang lain ada hak untuk fikir apa sahaja tentang kita tetapi segalanya terletak kepada kita sendiri. Kita boleh buat apa sahaja untuk menjadi baik. Tidak ada yang mustahil sama sekali.

Oleh : Ust Zul Ramli M Razali

Thursday, November 5, 2015

Tahukah Anda Topi Kecil Yang Sering Dipakai Orang Yahudi?





Dulu tertanya-tanya kenapa orang Yahudi memakai topi kecil, ini jawapannya
 
Sudah menjadi rahsia umum apabila melihat foto dan video untuk mengepung Masjid Al Aqsa dan Palestin, kita akan mendapati warga Yahudi memakai sebuah topi kecil yang hanya menutupi bahagian atas kepala.

Tahukah anda mengapa sebahagian warga lelaki Yahudi memakai topi yang dikenal dengan nama Al kibah atau Kippa ini? Berikut sedikit ulasannya untuk anda;

Kippa atau Alkibah banyak dipakai oleh kumpulan ultra-Ortodoks Yahudi yang dikenali ekstrimis kerana mereka percaya bahawa dengan memakai topi ini akan menghindarkan mereka dari kemarahan langit.

Dalam kepercayaan orang Yahudi di kitab Talmud menyatakan, "Tutup kepala anda agar tidak marah yang berada di atas anda."

Biasanya Kippa dipakai warga Yahudi semasa menjalankan upacara keagamaan mereka, dan melepaskannya apabila sudah selesai melakukan kegiatan ibadah tersebut.

Tercatat selain Kippa warga Yahudi ultra-Ortodoks juga menggunakan topi hitam yang dikenal dengan sebutan hardam dan biasanya digunakan oleh semua komuniti Yahudi dari timur, manakala semua topi anyaman dengan warna yang berbeza menggambarkan orang Yahudi keagamaan dengan trend nasional.

*sumber dari eramuslim.com

Sunday, November 1, 2015

5 Jenis Orang Yang Perlu Anda Jauhi Di Pejabat! Bahaya!

Kita nak bekerja bukan sebulan dua, tapi bertahun-tahun barulah akan tukar kerja. Tapi, pasti kita nak rasa seronok tiap kali waktu bekerja.
Contohnya seperti bos yang baik, suasana pejabat yang menyeronokkan dan yang paling penting rakan sekerja yang sekepala, barulah tak stress sangat nak bekerja.
Tapi, ada lima jenis rakan sekerja yang perlu kamu jauhi! Bahaya untuk anda!
Si Busuk Hati


Hati-hati dalam memilih rakan sekerja. Ada dalam kalangan anda yang busuk hati dan suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jaga-jaga!
Kaki Kipas
2
Orang macam ni memang sentiasa ada. Mana sahaja anda pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya.

Peminjam Duit Tak Reti Ganti
3
Ada diantara rakan sekerja yang ada masalah kewangan dan akan datang untuk meminjam. Tapi, kena hati-hati, jika orang itu ada sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti. Sediakan alasan untuk mengelak.

Pemalas & Kuat Ponteng
4
Jauhi dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya anda tak terpengaruh dengan perangai ‘negatif’ mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat.

Kaki Gosip
ezgif.com-gif-maker-4
Golongan yang paling banyak dekat tempat kerja, si kaki gosip! Kerja berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa anda pula yang jadi topiknya!

Thursday, October 15, 2015

SALAM TAHUN BARU MAAL HIJRAH



Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian, waktu ramai mencari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh berkeinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh mengapa
Belum punya anak.  Setelah ada anak mengeluh perbelanjaan hidup

Ternyata sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki

Bilakah kebahagian akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang 
belum ada tapi mengabaikan apa yang kita miliki.
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki.

Syukurilah apa yang kita miliki sebagai modal untuk memuliakanNYA, kerana hidup adalah 
waktu yang dipinjamkan, harta, anak pinak adalah amanah yang dipertanggungjawabkan.

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki

Bersyukurlah atas keluarga yang kita miliki

Bersyukurlah atas pekerjaan yang kita miliki

Bersyukurlah atas kesihatan yang kita miliki

Bersyukurlah atas rahmat dan nikmat yang kita miliki

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara, apa yang kita ada dan miliki, hargailah ia.
Jauhilah sifat sombong dan riak, ujub dengan apa yang kita miliki.  Ianya bukan milik kita, ianya milik 
Allah yang Maha Esa.

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur. Tunaikanlah kewajipan dan hak kita terhadap Allah.

Selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1437.

Thursday, October 8, 2015

6 TANDA KIAMAT BESAR MENGIKUT TURUTAN

"TANDA PERTAMA"
‪Matahari_Terbit_Dari_Sebelah_Barat.
- Sebelum berlakunya kejadian itu, bumi akan bergelap selama 2 @ 3
hari...
-Bila2 masa shj ia akan berlaku, disbbkan petanda kiamat kecil semuanya
sudah pun lengkap.
-Pd waktu itu, semua org dimuka bumi ini menjadi org beriman. Tapi
semuanya sudah terlambat.
Janji Allah itu pasti, Naik matahari sebelah barat, maka tertutuplah semua
pintu taubat.


*‪#‎Hari_Pertama_Terbitnya_Matahari_itu.
Kita akan mengalami waktu siang yg panjang, iaitu selama setahun siangnya.


*‪#‎Hari_Kedua.
Waktu siang kita akan berpanjangan selama sebulan.


*‪#‎Hari_Ketiga.
Mengambil masa selama seminggu.


*‪#‎Hari_Keempat.
Barulah ia akan menjadi hari biasa... mengikut peredaran masa siang dan malam.



 "TANDA KEDUA"   

‪#‎Binatang_Yg_Melata.
-"DABBAH" binatang yg berkaki 4, ia akan mendatangi kita dan akan bercakap dgn kita! Setiap manusia pasti akan bertemu dengannya.
-Binatang ini akan membawa cincin Nabi Sulaiman as dan tongkat Nabi Musa as.
-Tugasnya, menggunakan tongkat yg ada pdnya dan diletakkan tongkat tersebut pada org2 beriman. Dan org2 yg beriman itu akan bercahaya mukanya dan org itu akan diberi gelaran "Mukmin".
Manakala, cincin yg ada padanya pula diletakkan pada muka org2 yg x beriman dan org tersebut mukanya akan berubah menjadi hitam. Dan dia diberi gelaran "Kafir".
-Pada masa itu, semua org akan lupakan nama masing2.... kita hya akan mendengar nama kita @ nama org hya dengan panggilan "Mukmin" @ "Kafir" sahaja.
-Setiap manusia akan dilabel oleh Dabbah, "Mukmin" @ "Kafir".



“TANDA KETIGA”
‪#‎Awan_dan_Asap.
-Selepas binatang melata tadi pergi, maka keluarlah tanda kiamat yg ke3 ini....
-Apabila turun asap dan awan kena dengan kita, org yg beriman akan mengalami demam dan selsema yg ringan.
-Apabila terkena org kafir pula, mereka akan mengalami seperti api yg akan menggelegakkan kepala mereka! mereka pakat berguling habis! mereka akan menjerit kesakitan "ya Allah.... buanglah azab nie..." mereka masing-masing berdoa....
-Tetapi doa sudah x berguna diwaktu itu.
-Pada waktu itu, 1 bumi beriman pada Allah swt... tetapi iman itu x lagi bermanfaat.
-Kemudian asap itu pun naik dan ia hilang... maka muncullah tanda besar kiamat yg ke4.



"TANDA KEEMPAT"
‪#‎Dajjal.
-Rambutnya kerinting..
-Matanya buta sebelah, dan sebelah lagi tersembul kluar seperti biji anggur....
-Setiap dari kita akan berjumpa dengan Dajjal dan Dajjal akan mengaku dirinya Allah dan Rasullullah saw.
-Dajjal hanya akan berkuasa selama 40 hari sahaja.
-Hari pertama ia keluar sama seperti terbitnya matahari disebelah barat.
Hari pertama siang yg berpanjangan selama setahun, hari kedua selama sebulan, hari ketiga selama seminggu dan hari ke4 dan seterusnya seperti biasa....
-Kelajuan Dajjal seperti angin yg bertiup... Dan pengikutnya seramai 70 ribu org yahudi.
-Apabila Dajjal keluar dari tempatnya nanti, langit akan berhenti menurunkan hujan. Dan bumi tidak akan lagi, menumbuhkan tumbuh2han.
Allah....
-Bayangkan....
Setahun, sebulan, seminggu dan seterusnya.... makanan org beriman masa itu hyalah "zikrullah". Org yg beriman akan merasa kenyang dengan menyebut 1 patah zikrullah itu. Pagi 1 patah, tghhari 1 patah, petang dan malam 1 patah....

‪#‎Peringatan_penting!
Apabila kita nampak Dajjal, bacalah 4 ayat pertama surah Al-Kahfi.
Itulah senjata kita nak lawan Dajjal.
~SESIAPA YG SELALU AMALKAN SURAH AL-KAHFI, ALLAH AKAN MELINDUNGI DIA DARI FITNAH DAJJAL~



"TANDA KELIMA"
‪#‎Turunnya_Nabi_Isa_as.
-Sekarang Nabi Isa berada dilangit yg ke2 dengan sepupunya Nabi Yahya as.
-Sifat Nabi Isa as....
Mukanya berseri2 seperti orang lepas mandi, misai dan janggutnya bercantum, warna misai dan janggutnya kemerah2han, hidungnya mancung, dia x terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
-Nabi Isa as akan turun diNegeri Syria.
-Dia akan turun pd waktu asar @ subuh, disalah sebuah masjid disana...
-Dajjal ini, bila melihat Nabi Isa as... dia akan terus lari bersama tentera2nya.... kerana bau wangi Nabi Isa as akan menghancurkan Dajjal dan tenteranya, sebagaimana garam yg cair terkena air.



"TANDA KEENAM"
‪#‎Yakjud_dan_Makjud.
-Mereka adalah orang biasa mcm kita... tapi mereka ini sangat2 jahat.
-Sekarang ini, mereka berada didlm tembok yg tebal dan tinggi...
-Allah tidak menyuruh Nabi Isa as melawan mereka kerana mereka ini terlalu ramai sehinggakan Allah sendiri mengeluarkan tentera2nya.... berupa ulat bagi menyerang mereka ini!
-Allah mengarahkan Nabi Isa as dan org2nya naik ke satu bukit.
-Setelah semua Yakjud & Makjud mati, Nabi Isa pun turun dari bukit bersama2 dengan org2nya yg lain....
-Kemudian Allah turunkan hujan yg lebat bagi membasuh semua jenazah dan Allah menurunkan burung yg lehernya panjang dan mengangkat semua mayat dan dibuang ke dlm laut kesemuanya.....
-Kemudian Umat Islam pun hidup kembali seperti biasa bersama Nabi Isa as. Lepas tu, Nabi Isa as pun wafat dan disembahyangkan oleh org2 islam...
-Kemudian bumi ini pun, tidak ada lagi org2 beriman..... disebabkan Allah mengeluarkan 1 angin bagi mematikan org2 beriman....
-Tinggallah dimuka bumi ini hya org kafir sahaja...
-Dan diwaktu itulah akan berlakunya KIAMAT.
Wallahu'alam.....

Monday, October 5, 2015

SEKOLA DITUTUP AKIBAT JEREBU





Sekolah Cuti Jerebu 2015

Hari ini (5 dan 6 Oktober 2015) sekolah-sekolah di seluruh negara kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak ditutup akibat jerebu. Walaupun hujan turun malam tadi tapi jerebu pagi ni masih lagi tidak berkurang.
Patutnya semua pejabat samada kerajaan atau swasta pun patut ditutup juga sebabnya........semua bernafas melibatkan paru-paru bukanya melalui insang.  Lawak........

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu sidang media yang diadakan pada Ahad, 4 Oktober 2015 berhubung isu jerebu mengumumkan sekolah di negeri terbabit dengan masalah jerebu yang serius akan di tutup dan pelajar diberi cuti selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) Bagaimanapun, sekolah-sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah tidak ditutup dan sesi persekolahan berlangsung seperti biasa Beliau turut memaklumkan sekolah-sekolah yang terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini ekoran masalah jerebu Sementara itu, Peperiksaan PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu SENARAI NEGERI SEKOLAH DI TUTUP Semua sekolah negeri dilanda jerebu teruk yang diarahkan ditutup oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 5 dan 6 Oktober 2015 (Isnin dan Selasa) adalah seperti berikut NEGERI Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Kuala Lumpur Putrajaya Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu SENARAI NEGERI SEKOLAH TIDAK DI TUTUP Berikut adalah senarai negeri sekolah tidak ditutup dan sesi persekolahan diteruskan seperti biasa NEGERI Kelantan Wilayah Persekutuan Labuan Sarawak Sabah TunjukBaca Kenyataan Rasmi Datuk Seri Mahdzir Khalid LAMPIRAN KENYATAAN RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kenyataan Rasmi Media KPM Jerebu Oktober 2015 VIDEO SIDANG MEDIA PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU Kongsi Konten MYsumber Di: Share via FacebookShare via TwitterShare via Google Pautan pantas selain informasi Berita terkini senarai sekolah cuti jerebu 2 hari 5-6.10.2015 Berita terkini senarai sekolah cuti jerebu esok 28.9.2015 Berita terkini cuti jerebu esok 1.10.2015 tiada, semua sekolah dibuka Berita terkini cuti jerebu esok 29.9.2015 tiada, sekolah dibuka semula Berita terkini jerebu senarai sekolah tutup 15 September 2015 Sekolah di Melaka Johor cuti jerebu esok 29.9.2015

Pautan Sumber: mysumber.com
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu sidang media yang diadakan pada Ahad, 4 Oktober 2015 berhubung isu jerebu mengumumkan sekolah di negeri terbabit dengan masalah jerebu yang serius akan di tutup dan pelajar diberi cuti selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) Bagaimanapun, sekolah-sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah tidak ditutup dan sesi persekolahan berlangsung seperti biasa Beliau turut memaklumkan sekolah-sekolah yang terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini ekoran masalah jerebu Sementara itu, Peperiksaan PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu SENARAI NEGERI SEKOLAH DI TUTUP Semua sekolah negeri dilanda jerebu teruk yang diarahkan ditutup oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 5 dan 6 Oktober 2015 (Isnin dan Selasa) adalah seperti berikut NEGERI Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Kuala Lumpur Putrajaya Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu SENARAI NEGERI SEKOLAH TIDAK DI TUTUP Berikut adalah senarai negeri sekolah tidak ditutup dan sesi persekolahan diteruskan seperti biasa NEGERI Kelantan Wilayah Persekutuan Labuan Sarawak Sabah TunjukBaca Kenyataan Rasmi Datuk Seri Mahdzir Khalid LAMPIRAN KENYATAAN RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kenyataan Rasmi Media KPM Jerebu Oktober 2015 VIDEO SIDANG MEDIA PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU Kongsi Konten MYsumber Di: Share via FacebookShare via TwitterShare via Google Pautan pantas selain informasi Berita terkini senarai sekolah cuti jerebu 2 hari 5-6.10.2015 Berita terkini senarai sekolah cuti jerebu esok 28.9.2015 Berita terkini cuti jerebu esok 1.10.2015 tiada, semua sekolah dibuka Berita terkini cuti jerebu esok 29.9.2015 tiada, sekolah dibuka semula Berita terkini jerebu senarai sekolah tutup 15 September 2015 Sekolah di Melaka Johor cuti jerebu esok 29.9.2015

Pautan Sumber: mysumber.com