Monday, August 22, 2016

NALURI HATI SEORANG ISTERI

Naluri seorang isteri cukup kuat. Terdetik apa sahaja tentang suami, dada mereka berdegup kencang. Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami, sumbang langkah suami, mereka yang akan mendapat petanda terlebih dahulu, itulah kelebihan wanita bernama isteri.

Jangan cuba menipu, lambat laun mereka tahu juga. Tidak esok lusa, minggu depan, malah bertahun-tahun pun, satu hari kebenaran akan terbukti.
 
Lelaki jangan berasa diri mereka sudah cukup pandai untuk menyembunyikan rahsia daripada isteri, terutama suami yang daripada spesis patin buah iaitu mereka yang mengamalkan cara hidup liar, bebas seperti patin yang di luar sangkar.
 
 Kepada suami-suami patin buah, berhati-hatilah ataupun kembalilah ke sangkar menjadi patin sangkar.

No comments: