Apa khabar iman?
Ramadhan sudah berganjak harinya.
Makin tiba ke kemuncaknya.
Fasa dua menjengah tiba.
Bagaimana pula kita?
Apakah hati dan jiwa kita sudah
bergerak sama?
Atau masih di takuk lama?
Diam. Diam. Tiada jawapan.
Allah…
Ramadhan
ini banyak mengajar manusia.
Andai selama ini syaitan
dipersalahkan bagi segala tingkah dan perbuatan.
Ramadhan inilah menyingkap sisi
kehidupan seorang insan.
Baiknya dia. Buruknya dia.
Terbongkar semua.
Jika tewas, maka nafsu menjadi raja.
Kita ini pun…
Sebenarnya bukan hebat mana.
Sebenarnya bukan kuat mana.
Mungkin saja ada air mata yang
mengalir saat diri jauh dari Tuhan.
Ah. Mungkin ada saja antara kita
yang menjadi si pendoa tegar.
Siang malam merengek pada Tuhan.
Minta Tuhan mudahkan jalan.
Minta Tuhan kuatkan iman.
Kuatkah kita bila Tuhan bentangkan
sedemikian ujian?
Kuatkah kita bila Tuhan lemparkan
sedemikian dugaan?
Kalau ikutkan mahu saja hati berkata
TIDAK.
Aku tak kuat, Tuhan.
Aku tak kuat.
Lalu,
Ramadhan inilah Allah menitipkan
penawar buat jiwa yang keresahan.
Ramadhan inilah seruan untuk kembali
pada Tuhan.
Ramadhan inilah peluang
mencari cinta yang pernah hilang.
Ramadhan inilah hati berlari
menjejak Syurga idaman.
Dan.
Ramadhan ini tawaran Tuhan
ganjarannya melebihi seribu bulan!
Allah. Allah. Allah.
Ramadhan inilah kita nak fight back
segala jenis jahiliyyah yang dah melekat kat badan.
Ramadhan inilah kita nak buang
segala jenis jahiliyyah yang syaitonirrajim dah ajar 11 bulan.
Jangan pulak kita puasa-puasa aci
bedal tidur pagi sampai petang.
Konon penat gaya tak makan sebulan.
Jangan ditunjuk-tunjuk perangai yang
di benci Tuhan.
Cukuplah 11 bulan kita hidup dalam
jahiliyyah yang menyesatkan.
Cukuplah wahai insan!
Bangunlah dari kegelapan!
Ramadhan inilah kita nak latih diri
jaga pandangan.
Jaga percakapan.
Jaga tindakan.
Dan jangan sibuk-sibuk nak kata
orang puasa ni mulut harum bak kasturi kalau dari pagi sampai petang membebel
yang yang bukan-bukan.
Bercakap yang sia-sia.
Jenis yang mulut harum semerbak
kasturi itu jenis mulut yang berzikir pagi petang.
Kumat kamit dia penuh pahala.
Gerak bibir dia terjaga.
Tak berzikir, dia mengaji, menutur
kalamNya.
Gituuuu..
Ingat.
Derapan langkah menuju redhaNya
itulah yang menjadi nilaian Tuhan.
Jangan berhenti.
Teruslah melangkah.
Biar lambat.
Selagi sempat.
Biar selamat.
Dunia Akhirat.
No comments:
Post a Comment