Monday, October 10, 2022

BILA KITA SEMAKIN BER UMUR

 

Makin kita berumur,
Solat kita tak boleh lewat.
 
Makin kita berumur,
Solat kita kena buat berjemaah.
 
Makin kita berumur,
Solat sunat kita kena lebih.
 
Makin kita berumur,
Solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah jangan tinggal.
 
Makin kita berumur,
Solat sunat witir sebelum tidur jangan tinggal.
 
Makin kita berumur,
Solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal.
 
Makin kita berumur,
Paling tidak khatam AL Quran 2 kali dalam setahun.
 
Makin kita berumur,
Ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik seminggu dua kali.
 
Makin kita berumur,
Zikir kita kena banyak dan kurangkan bercakap yang tidak berfaedah.
 
Makin kita berumur,
Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW kena bertambah banyak.
 
Jangan menangisi dan berduka terlalu lama pada urusan duniamu,
Akan tetapi menangislah pada urusan akhiratmu,
Kerana kehidupanmu yang sebenar bakal bermula. 
 
~ Syeikh Ibnu Atha'illah As Sakandari

No comments: