Wednesday, October 8, 2014

Gerhana Bulan Penuh – 8 Oktober 2014

Semenanjung Malaysia

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).
Di bawah merupakan simulasi keadaan Bulan yang sedang terbit dalam keadaan gerhana, dari Kuala Lumpur.

Sabah & Sarawak

Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, anda lebih bernasib baik kerana Bulan terbit lebih awal. Maka, ia baru sahaja nak memasuki bayang-bayang bumi ketika ini. Oleh itu anda berpeluang menyaksikan hampir keseluruhan fasa gerhana bulan dari awal hingga akhir.
Kiraan di bawah adalah untuk bandar Kota Kinabalu.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Boleh dilihat
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Boleh dilihat
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat 

Gerhana Bulan selepas ini

Jika anda terlepas peluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan kali ini, jangan risau kerana pada 4 April 2015 akan berlaku sekali lagi gerhana, dan kebetulan pula keadaanya sama dengan apa yang akan berlaku
10 8 Oktober nanti, iaitu Bulan sedang gerhana ketika ia terbit.

Wallahualam

Kisah Benar Jenazah Seorang Isteri Solehah Yang Mengemparkan Penduduk

 
Seorang anak telah bermimpi didatangi ibunya. Pada ketika itu, ibunya telah meninggal dunia lebih dari 30 tahun. Dalam mimpi tersebut ibunya telah meminta anaknya supaya memindahkan kuburnya bersebelahan dengan kubur suaminya. Mungkin bagi sesetengah kita menganggap ia sekadar satu mainan tidur. Tetapi anaknya dengan bantuan orang ramai telah menggali kubur tersebut dan mendapati jenazah ibunya masih lagi kelihatan segar. Subhanallah, biarpun ia sudah mencecah 30 tahun.

Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.

Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun… namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar.

Thursday, October 2, 2014


Sebab Kita Tak Kaya?

duit
Mungkin sesetengah orang akan bertanya pada Allah “kenapa aku masih hidup miskin sedangkan aku bekerja kuat dan tak putus-putus berdoa”.

Kenapa agaknya?
Kalau soalan “kenapa” tentu hanya Allah yang boleh menjawabnya. Tapi soalan saya “kenapa agaknya”.
Dari segi logik akal kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita untuk menjadi kaya?
Mungkin,
1. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan menjadi sombong
2. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan lupa berdoa kepadanya
3. Allah masih mahu menguji kita sejauh mana kita akan bersabar dengan ujian berada di dalam kemiskinan / kesederhanaan sama ada kita merungut, atau tidak
4. Belum masanya Allah mahu berikan kita kesenangan kepada kita dengan kemewahan
Terlalu banyak kemungkinan yang kadang-kala tidak terjangkau oleh pemikiran kita.
Allah tahu sesuatu yang kita tidak ketahui.

Allah mahu kita sentiasa meminta dan merayu kepadaNya. Tetapi jangan pula kita meminta yang bukan-bukan. Jika sekadar meminta dan berdoa pun tanpa usaha jangan bermimpi Allah akan tunaikan hasrat kita. Allah akan memberi mengikut kemampuan kita. Tapi tidak mustahil juga Allah akan memberi sesuatu kepada hambaNya walaupun hambaNya kurang usaha dan itu dinamakan Istidraj. Itu juga adalah salah satu bentuk ujian.
Manusia kadang-kala nampak kekayaan itu hanya dari segi material sahaja. Kaya harta belum tentu bahagia. Kebahagiaan itu juga adalah satu kekayaan. Pernah tidak kita rasa “mudahnya urusan aku” , satu perkara selesai tanpa ada masalah yang serius. Mungkin doa kita dah dimakbulkan cuma dalam bentuk yang lain.

Allah tak berikan kita kekayaan tapi Allah permudahkan urusan kita. Apa guna banyak duit tapi banyak kesulitan dalam hidup? Apa guna gaji besar tapi hutang keliling pinggang. Pernahkah kita terasa duit yang ada pada kita sekejap sahaja habis dan kita tidak nampak apa yang kita beli? Mungkin ini juga ada kaitan dengan keberkatan. Ada orang gajinya kecil namun mampu membeli macam-macam. Simpanannya, juga sudah banyak berbanding kita yang gaji lebih besar tapi langsung tak ada simpanan. Fikir-fikirkan.

Allah menurunkan ujian kerana Allah mahu kita sentiasa ingat padaNya. Kita juga kena ingat dan terapkan dalam diri kita, kekayaan itu satu ujian. Memang saya pun kalau boleh inginkan harta yang banyak, nak beli apa pun boleh tetapi kalau dengan menjadi kaya mampu membuatkan saya melupakan Allah, saya redha jika saya hanya berada di level sederhana. Cukup makan dan pakai serta boleh membahagiakan keluarga.
Letakkan keyakinan dan kepercayaan pada Allah swt.

*Sumber dari iluvislam.com

Wednesday, October 1, 2014

Konspirasi Dengki

Dalam program Tanyalah Ustaz di TV9 pagi ni ada membincangkan tajuk "Konspirasi Dengki".
Memang sifat manusia tak terlepas daripada sifat dengki.  Ada manusia yang dengki dengan kejayaan orang lain, dengki dengan kekayaan orang, dengki dengan kecantikan orang dan tak boleh lihat kebahagian orang lain. Tetapi ingatlah bahawa semua kelebihan yang kita atau orang lain miliki itu adalah kurniaan dari Allah swt, maka jangan lah dengki dengan Allah.  Kata ustaz orang yang mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang "sakit mental". Hidup mereka tak tenang kerana asyik mencari kekurangan orang.

Mungkin anda pernah menjadi mangsa dengki? Ya... memang ianya pedih sekali kerana aku pernah mengalami situasi ini sehinggakan disingkirkan daripada pekerjaan dan terpaksa bermula dari bawah semula.  Tapi ingatlah Allah Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, doa orang yang teraniaya tiada hijab di sisi Allah. Bukannya nak bertepuk tangan, tapi Allah telah tunjukkan kekuasaanNya. Aku harap orang yang terlibat beristifarlah, mohonlah keampunan dari Allah. Ketahuilah perasaan dengki akan memakan diri kita sendiri. Muhasabah diri dan renung kembali kesilapan yang telah kita lakukan dan juga mohonlah keampunan kepada orang yang telah kita aniayai.

Marilah kita perbetulkan niat, bersihkan hati dan nilai kembali perasaan cemburi, iri hati dan dengki dalam diri.  Mari menjadi mukmin yang tenang dan bersyukur dengan apa yang ada.

Rasul s.a.w. bersabda: Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap 2 orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya pada jalan kebaikan, dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang dan malam. (Sahih Muslim)

Perkhidmatan Google Street View Kini Boleh Digunakan Di Malaysia - Interesting

Bagi sesiapa yang belum tahu, Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna 'berjalan' di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya.
Jika dulu, Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia!

Hasil koloborasi bersama antara Google dan Tourism Malaysia ini mengambil masa selama 13 bulan untuk mengambil semua gambar jalan di Semenanjung Malaysia dan mula dipaparkan kepada umum pada 26 September lepas. Perkara ini diumumkan oleh Google di Wikipedia Google Street View.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba, sila ke www.instantstreetview.com dan masukkan alamat atau nama kampung anda dan mula 'berjalan-jalan' di mana sahaja yang anda mahu.
Jika laman web itu tidak menunjukkan sebarang gambar nyata secara automatik, cuba tarik gambar 'orang' ke jalan yang anda mahu seperti dalam gambar di bawah.
 
Rumah ku di ambil dari google


Pokok Hiasan Beracun


Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati