Sabak Bernam:
Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Bagan Terap dekat sini, putus kedua-dua kaki selepas digilis lori dalam
kejadian di Parit 16, Sungai Panjang, dekat sini, petang tadi.
Sebelum kejadian, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng motosikal
Honda EX5 yang ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan,14,
sebelum dipercayai dilanggar kereta dari belakang.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata,
berikutan itu mangsa terjatuh di tengah jalan dan tidak sempat bangun
sebelum kakinya digilis lori yang dipercayai membawa muatan tanah.
Katanya, kakaknya pula tercampak ke kiri jalan dan cedera pada bahagian badan serta terseliuh kaki kanan dan kiri.
Wajah yang tenang...................
Terasa hiba apabila membaca berita ini, tambahan pula bila dia tanya "Mak! Boleh ka kaki saya tumbuh balik". Sungguh berat ujian yang Allah berikan padanya. Semoga adik ini diberikan Allah ketabahan dan kekuatan menghadapi hari-hari mendatang. Moga ada pihak yang dapat membantu adik ini untuk meneruskan kehidupannya.
## Jururawat Nurul Wazieyana Sebenarnya Disorok Oleh Jin-Penduduk
Kampung|Misteri Kehilangan Nurul Wazieyana”Seperti yang kita maklum
misteri Kehilangan jururawat Nurul Wazieyana masih lagi belum terungkai
sehingga kini….
## Nurul Wazieyana dikatakan lemas 12.12.2015 di Pasir Panjang,
Santubong. Rentetan daripada itu operasi SAR mencari mangsa dijalankan
oleh pihak penyelamat…..
## Namun usaha mencari mangsa masih belum lagi menemui titik noktah, apabila mangsa masih gagal ditemui…..
## Sepanjang operasi SAR pencarian, pihak penyelamat telah menjumpai
pakaian milik mangsa seperti baju, anak tudung dan pakaian dalam. Selain
itu pihak penyelamat juga telah menjumpai organ yang berupa jantung,
(kemungkinan organ binatang) di pesisir pantai sepanjang operasi
pencarian…..
## Setelah berminggu-minggu mencari dan menggunakan perbagai kaedah,
pihak penyelamat akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan operasi
pencarian. Bapa nurul Wazieyana akhirnya redha bahawa di Pasir Panjang
lah kubur anaknya. Cuma dia berharap satu hari nanti jasad anaknya akan
ditemui juga….
## Setelah operasi SAR dihentikan, secara tiba-tiba operasi SAR
mencari mangsa diteruskan hari ini dan ini pasti berita yang cukup
menggembirakan terutama buat keluarga mangsa yang sememangnya berharap
agar mangsa dapat ditemui…..
## Untuk makluman pembaca-pembaca sekalian. Sebenarnya sepanjang
operasi pencarian mangsa. Bukan saja pihak penyelamat yang turun padang
mencari mangsa. Orang-orang kampung Pasir Panjang dan kampung
berhampiran juga turut membantu disertai oleh beberapa orang ustaz.
Kawasan pencarian tertumpu kepada gua-gua tidak jauh dari mangsa
dikatakan lemas…..
## Menurut penduduk kampung, mereka percaya Nurul Wazieyana
sebenarnya disembunyikan oleh jin. Sama ada disembunyikan di dalam gua
atau di kawasan yang berhampiran. Kita manusia biasa tidak dapat melihat
tempat mangsa disembunyikan walaupun mangsa hanya didepan mata. Sebab
tempat mangsa disembunyikan sudah ditutup rapat oleh jin…..
## Untuk membukanya bukan perkara mudah. Mesti ada golongan yang
penuh berilmu di dada bagi berkomunikasi dan berbincang dengan jin
tersebut. Pernah berlaku ketika mencari, 2 orang ustaz ditampar oleh jin
bila cuba melaungkan azan di tepi gua yang diberi nama gua
layang-layang…..
## Apa-apa pun sama-samala kita berdoa agar mangsa dapat dijumpai
walau dalam apa saja keadaan. Mungkin disebalik kejadian ini ada
hikmahnya dan misteri antara yang tersurat dan tersirat kerana
sememangnya Pasir Panjang, Pasir Pandak dan Santubong menyimpan perbagai
misteri yang belum dirungkai…..
## Gambar penampakan aneh sekitar lokasi gua gua yang didakwa penduduk kampung tempat Jururawat Nurul Wazieyana di sorok jin…..
Siapakah sesungguhnya
Dajjal menurut rujukan utama dan pertama kita dalam menggali pelbagai
maklumat terutamanya berkaitan dengan agama, yakni Al-Quran al-Karim?
Malangnya, kata Dajjal ini tidak disebut secara langsung di dalam
Al-Qur'an. Namun, sumber kedua kita yakni hadis Nabi Muhammad Saw banyak
memberitahu tentang Dajjal ini.
Mengapa Dajjal tidak
disebut secara langsung di dalam Al-Quran? Soalan ini perlu kita jawab
terlebih dahulu sebelum meneroka maklumat tentang Dajjal dari hadis Nabi
Saw. Jawapan yang sesungguhnya, sudah tentu hanya Allah swt Yang Maha
Mengetahui. Namun, para ulama memberikan pendapat mengenai hal ini.
Penyebutan Dajjal di dalam Al-Quran sudah termasuk dalam kandungan ayat sebagai berikut:
"Yang mereka nanti-nanti
tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut
nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa
ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat
lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum
itu atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.
Katakanlah: 'Tunggulah olehmu sesungguhnya Kami pun menunggu (pula)." (
QS Al-An'am [ 6 ] : 158 ).
Dalam surat al-An'am
ayat 158 di atas disebutkan "tanda-tanda atau ayat Tuhanmu" yang
dimaksudkan adalah tanda-tanda kiamat dalam hal ini adalah munculnya
Dajjal. Sebab, disebutkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah Saw telah
bersabda: "Tiga hal apabila telah muncul (terjadi) maka tiada
bermanfaat lagi sebuah keimanan bagi seorang yang belum beriman
(sebelumnya): Dajjal, Dabbah dan terbitnya matahari dari arah barat."
Aku tertanya- tanya adakah Dajjal telah muncul di kalangan kita. Pernah terdengar Ustaz Danial Zainal Abidin memberitahu bahawa Dajjal mungkin adalah pemerintah sesuatu negara yang menguasai manusia dengan cara menghentikan sebarang bekalan ke tempat-tempat yang tidak menyokong mereka. Dari kacamata kita, saudara-saudara kita di negara-negara yang ditindas oleh kuasa besar dunia telahpun dan sedang merasaikan kesan-kesannya.
Telah benarlah pesanan Rasullallah bahawa makanan orang-orang Islam ketika kedatangan Dajjal adalah zikir. Bertabahlah saudara-saudara ku di Syria. Semoga Allah memberikan pertolongan kepada kalian.
Dah lebih 5 tahun tak dapat bercuti dengan family kerana mak sakit, akhirnya tahun ni aku luangkan masa juga untuk rehatkan diri. Trip ke Kelantan dan Pulau Sayak, Kedah.
Trip ke Kelantan tu kerana nak ambil barang anak sulung yang dah tamat study, next semester hanya tinggal praktical saja so barang-barang yang kurang digunakan elok dibawa balik saja. Kali terakhir ke Kelantan 13 tahun dulu masa anak ke3 baru berumur belum pun setahun.
Pergi 23/12/15 tarikh yang sama tahun 2014 hari anak sulung aku nak balik ke Kedah tapi tersangkut kat Kelantan sebab jalan kat Grik terjadi tanah runtuh, semua laluan di tutup. Kelantan mengalami banjir besar yang teruk. Cuma 2 hari saja tapi boleh la pergi PCB, Pasar CT Khadijah, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang. Penat juga bukannya boleh berehat bersantai pun.
Trip ke Pulau Sayak, Kedah pula sebab family suami buat family day kat sana. Kat sini pun tak boleh berehat sangat sebab asyik memasak. Adoi nanti kalau nak buat family's day pulak tak payah la lebihkan aktiviti memasak. Penat. Tempat kat sini ok, tapi yang tak ok nya sewa chalet tak berbaloi dengan service yang diberikan. Keadaan bilik yang tak selesa, tak dibekalkan tuala malahan sabun mandi pun tak disediakan. Kat sini terkenal dengan mee udang nya tapi yang tak seronoknya restauran kat sini membuang sisa-sisa udang kat pantai saja.....macamana nak mandi laut????
Buah pinggang kita sangat-sangatlah penting kepada
kesihatan. Buah pinggang ni berfungsi untuk menapis darah, menghasilkan
hormon, menyerap mineral, menghasilkan air kencing, menyahtoksin dan
meneutralkan asid.
Jadi, sebagai salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu dijaga dengan sebaiknya. Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak
biasanya tak dapat dikenalpasti sehinggalah berlarutan bertahun-tahun
kerana buah pinggang masih mampu melakukan fungsinya walaupun yang
tinggal cuma 20% daripada kemampuan asalnya.
Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan
tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka hidapi dan ramai juga
yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni.
Sakit buah pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent
killer). Jadi, sangatlah penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang
sebelum terlambat.
Di bawah ni saya senaraikan 10 perkara yang boleh
menjadi punca sakit buah pinggang dan mempengaruhi tahap kesihatan buah
pinggang yang sangat perlu diambil berat.
TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP
Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis
darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak
minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula
menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga
organ lain dalam tubuh.
DIET TINGGI GARAM (SODIUM)
Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk
berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam
yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang. PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah, MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI.
SELALU BERTANGGUH MEMBUANG AIR KECIL (MENAHAN KENCING)
Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila
rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada
menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus
berkejar ke tandas jadinya… hahaha). Kerap menahan kencing akan
meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan
buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah
jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi
menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.
PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN
Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang
mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko
untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air
kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita
tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL PENTING
Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran
segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh
dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin dan
mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah
pinggang. Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.
MENGAMBIL SUMBER PROTEIN DARIPADA HAIWAN SECARA BERLEBIHAN
Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan
seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah
pinggang. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin
teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada
masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.
TIDAK CUKUP TIDUR
Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan
berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur
yang kronik selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan
termasuklah sakit buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh
kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan
masa tubuh kita untuk sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa
gangguan.
Bukan
hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein, minuman ringan dan teh juga
turut mengandungi kafein. Minimakan pengambilan kafein demi kesihatan
anda
SUKA MINUMAN BERKAFEIN
Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca
sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan
menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein
yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada
buah pinggang.
PENYALAHGUNAAN PIL TAHAN SAKIT (PAINKILLER)
Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil
pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk
mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang
berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.
PENGAMBILAN ALKOHOL
Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati.
Untuk kekal sihat, ingat 10 perkara penting di
atas, amalkan diet sihat, pengambilan vitamin & mineral yang cukup
dan hiduplah dengan gembira!
Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Badaraya Kuala Lumpur. -mlm yg lepas kami bertemu. -dia dtg ke rumah saya. -dia seorang penyapu sampah tinggal dirumah Flat. -rumah Flat di Sentul tuan²...Subhnaallah.. -apa kisah hidup dia ni?
-Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tp masih kayuh basikal. -kawan² dia yg kerja tempat yg sama ada kereta tp dia tak nak . Dia tetap naik basikal. -tuan² apa yg berlaku? -kawan dia ni sentiasa Hina dia. -Satu bangunan Flat hina dia, kata kat dia macam².
-tp tuan² pd hari ini, anak 2 org Doktor & 2 org lg Arkitek. -anak yg kerja doktor ni bg kat ayah tiap² bulan RM 2 ribu seorang. 2 anak orang anak jadi RM 4 ribu. -dan anak yg kerja Arkitek pula seorang bg RM 1 ribu, 2 org RM 2 ribu. -jumlah RM 6 ribu sebulan.
-Tuan² tau tak org yg sapu sampah kdg² hati dia lebih Mulia drpd kita semua. -lebih mulia dari saya. -dia hanya sapu sampah...Allahuakhabar... -tapi hati dia Mulia. -tuan² dgn RM 6 ribu, tuan² tau tak apa yg dia buat? -agak² lah apa yg dia buat? -dia SEDEKAHKAN pd kawan² yg kerja sama tempat yg budak² baru ni yg ada masalah bayar sewa ruma, dia tolong sewakan. -tolong bayar duit deposit rumah. -cuma dia pesan, Jangan Tinggal Solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.
-tuan² satu hari nanti saya cerita, tuan² tak berapa nak percaya. -satu hari nanti kalau tuan² jumpa dia, saya bawa sembang dgn dia. -org yg bercakap ni dia akan bercakap di hati. "Ustaz, harta bukan milik kita ustaz." -anak dia baru belikan dia BMW yg latest punya, 320i. Allahuakhbar. -tp dia kata : " ustaz , drpd naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz." "Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar." -apa maknanya? Maknanya itu BERKAT. -anak dia tak pernah sakit tuan². -kita ni? Gaji RM 10 ribu tapi tak bayar zakat.
-zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta
pun tak nak! Ohh...semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar! -bab kata org cina "suai maa" kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah
Wajib baca! Bagaimana kalau tiba-tiba ada kematian di rumah kita?
Apa tindakan kita jika tiba-tiba berlaku kematian yang mengejut di rumah kita?
Tak kira siapa, jika ada kematian
mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik.. Sebab ramai antara
ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada
berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dek sering mendapat panggilan
sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan
mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu
termasuklah:
Wajib baca! Bagaimana kalau tiba-tiba ada kematiandi rumah kita?
■Jangan cemas
■tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.
■sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
■Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk
lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
■letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin
■Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
■Tangan diikat dengan perca kain.
■Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
■jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
■selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari
kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang
dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
■rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
■Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
■Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
□Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.