DAH HAMPIR 2 BULAN , SYAHIRA BEKERJA KAT TASKA, DAH AMBIL COURSE PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SO KENALAH CARI KERJA YANG BERKAITAN, KENALAH TAHAN DENGAN PERANGAI KANAK-KANAK. KALAU YANG MASIH BABY LAGI, PANDAI-PANDAILAH JAGA, KALAU ASYIK MENANGIS KENA DUKUNG KADANG-KADANG MENGADU SAKIT TANGAN SEBAB LAMA DUKUNG BABY. KERJA DARI PUKUL 7.00 PAGI HINGGA 6.00 PTG. MASA KANAK-KANAK TIDUR ANTARA JAM 1.00 HINGGA 3.00 ITULAH MASA REHAT DAN KADANG-KADANG BOLEH LELAPKAN MATA. MAKAN PUN TAK MENENTU. APA-APA PUN ITU ADALAH AMANAH, BUATLAH SEBAIK MUNGKIN. MOGA MAMPU BERTAHAN.
Siapa yang hantar anak pada pengasuh? Bagaimana kita melayan pengasuh
anak kita? Pengasuh anak kita, jahat atau baik? Berapa ratus ringgit
yang kita bayar pada pengasuh? RM300, RM400 atau RM1,000?
Kita hantar anak seawal jam 6.30 pagi, 7 pagi, 8 pagi dan dijemput
pulang pada waktu petang tak tentu masa. Kadang-kadang sampai terlajak
waktu, tentu pernah berlaku, kan?
Kita nak pengasuh menjaga anak kita dengan baik, betul tak? Sebagai
ibu bapa, sudah semestinya kita mahu pengasuh menjaga anak kita seperti
anaknya sendiri tetapi pernah tak terfikir yang kita bila berada di
rumah nak buat kerja pun puas melalak dengan anak kita. Kadang-kadang
anak yang baru nak belajar mengenal erti meniarap, merangkak, nak
berdiri pun kita terlepas pandang. Ada yang terjatuh, tergolek bagai.
Itu dia duduk dengan kita, sudah tentulah kita kata anak kita baik, tak
nakal tetapi budak-budak ini suka explore benda-benda baru. Dalam
otaknya nak kenal dan bermain sahaja.
Tolonglah, sebagai ibu bapa jangan terlalu demand sangat seperti
pengasuh itu dibayar dengan bayaran RM1,000 sebulan. Awak sebagai ibu
bapa, kalau dah dapat pengasuh yang baik, janganlah nak tinggi kepala
sangat dan buat pengasuh seperti orang gaji. Suka hati nak hantar jam
berapa, nak ambil jam berapa. Mereka juga ada kehidupan mereka sendiri.
Sekali sekala bagilah barang dapur. Tak luak pun duit kita kalau
anggap sedekah untuk orang yang menjaga anak kita. Ini sikit-sikit nak
mengadu.
“Hari ini pengasuh saya beritahu, anak saya terhantuk sikit di kerusi
semasa dia merangkak. Saya sedih sebab pengasuh tak dapat menjaga anak
saya dengan baik walhal setiap bulan saya bayar RM250 on time.”
Makan, minum, mandi, potong kuku bagai semuanya pengasuh. Kau buat
apa? Mengangkang saja? Tolonglah, RM250 untuk 25 hari jaga anak itu tak
berbaloi pun. Macam saya katakan tadi, anak duduk dengan awak pun
confirmlah ada terhantuk, terlentang, tergolek. Inikan pula dengan
pengasuh.
Betul kerja dia menjaga anak awak tetapi kalau anak awak dah super
duper hyperaktif memanjat sana sini. Maafkan sajalah, bukan pengasuh itu
sengaja. Lainlah cerita kalau memang pengasuh itu jahat atau gila.
Memang tak ada perasaan ke buat pengasuh macam orang gaji?
Lebih-lebih lagi ibu muda yang tak habis enjoy lagi. Nak tengok wayang
hari cuti pun, dihantar anak pada pengasuh. Kalau pengasuh tak nak jaga,
awak potong gaji pengasuh. Tetapi bila waktu awak terlajak, pengasuh
minta tambah duit awak dah berkira. Awak tahu tak hati manusia ini,
berbeza? Jangan sampai pengasuh itu berdendam, memang menangis tak
berlaku nanti.
Selalu dengar segelintir ibu bapa berkata:
“Dah kalau macam tu, baik tak payah jadi pengasuh!”
Hai manusia, dia pun sama seperti kamu mencari rezeki untuk menampung
belanja keluarga. Dan kalau majikan kau buat macam itu pada kau, marah
tak? Takkan tak marah? Pengasuh juga adalah manusia biasa. Kadang-kadang
kalau silap sikit, cuba bandingkan dengan kebaikan yang dia dah buat
sebelum ini. Janganlah disebabkan anak terhantuk dinding sikit pun dah
nak mengamuk.
Betu juga, ada yang kata, “Takkan nak tunggu anak koma atau mati dulu baru nak bertindak?”
Awak nampak ke tindakan pengasuh awak akan buat begitu? Kalau nampak,
ambil tindakan segera. Sebabnya, kita keluar mencari rezeki, begitu
juga dengan pengasuh. Doa banyak-banyak agar kita mendapat pengasuh anak
kita yang baik dan anak-anak kita tak hyper aktif sangat sehingga
membuatkan pengasuh pening kepala.
Budak kalau ada hyper aktif, memang sukar ibu bapanya nak
larang/nasihatkan. Jadinya kena bawa berbincang, bersabar banyak-banyak
agar tiada perkara buruk yang berlaku. Pengasuh atau ibu bapa perlu
banyak bertolak ansur dan berbincang.
Buatnya anak awak dua orang, seorang Ultraman dan seorang lagi Ninja
Turtle, tak naya ke pengasuh itu dibelasah mereka berdua? Nak marah,
anak orang pula. Terbantut niat mahu menegur.
Nak jadi pengasuh ini, mental dan fizikal perlu kuat. Ibu bapa juga
janganlah marah tak tentu pasal dan kena ingat siapa yang sanggup
mengambil tugas menjaga anak kita di saat kita keluar mencari rezeki.
Janganlah sesekali soal,
“Ibu! Ibu rasa berbaloi tak saya bayar pengasuh saya RM250 sebulan? Saya hantar anak jam 9 pagi dan ambil balik jam 5 petang”
Kalau rasa tak berbaloi, mohonlah sedar dan jagalah anak sendiri.
Memang orang boleh bercakap, “Tak kena kat anak kau, bolehlah cakap”.
Ini bukan sebab kena atau tak pada anak sendiri tetapi ini kita cakap
tentang soal toleransi di antara pengasuh dan ibu bapa. Kalau boleh,
hal-hal kecil usahlah diperbesarkan kerana masing-masing mencari rezeki.
PENGASUH
Tidak kurang hebat juga ada segelintir pengasuh yang merisaukan
kepala ibu bapa. Pengasuh itu manusia, ibu dan bapa pun manusia. Saya
memang tidak berpihak kepada sesiapa tetapi saya cuba untuk beri
pandangan secara adil. Kadang kala kita selalu baca/dengar pengasuh suka
mendera, cubit sana sini, tampar anak orang sesuka hati. Merotan, tak
bagi anak asuhan makan. Pengasuh, jika anda dibayar gaji yang setimpal
dengan kerja, tolonglah jangan terlalu memandai-mandai dengan sikap anda
yang terlalu prihatin.
- Minta ibu bapa belikan nestum. Katanya anak asuhan lapar, susah nak tidur.
- Tiba-tiba tambah gula dalam susu EBM anak asuhan sebab susu ibu cair tak cukup zat.
- Bekal yang disediakan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka tidak diberikan.
- Sebaliknya pengasuh beri makan makanan yang entah apa-apa.
- Dera anak asuhan secara fizikal dan mental sehingga mereka ketakutan.
- Pengasuh minta gaji lebih awal dari tarikh yang dijanjikan.
- Suap anak asuhan dengan ubat batuk.
- Nak cuti dan selalu minta cuti tanpa alasan yang kukuh.
Jangan jadi gila sesuka hati nak suap anak orang dengan makanan yang
mengarut, sedangkan kita dah dapat gaji yang setimpal mengikut apa yang
kita pinta.
Yang paling tak gemar bila jam 12 malam, pengasuh hantar mesej
maklumkan esok nak cuti, ada hal katanya. Sekali dua boleh terima lagi,
tetapi kalau sudah berkali-kali, mendatangkan masalah. Bila ibu bapa nak
potong gaji, pengasuh mula mencebik muka.
Gaji dipotong sebab pengasuh banyak sangat cuti. Takkanlah jaga anak
asuhan selama 15 tahun, 10 hari cuti tetapi nak minta bayaran penuh
sebulan? Lebih baik mereka hantar anak mereka pergi taska yang kira
mengikut jam.
Bukan tak boleh cuti tetapi biarlah bertempat. Dah nama kerja sebagai
pengasuh, ibu bapa berharap pada pengasuh sebab pengasuh saja yang
boleh tolong jaga anak sewaktu mereka sedang bekerja.
Budak-budak ini, dia pandai bercakap. Mereka boleh bercerita segala
apa yang mereka lalui di rumah pengasuh dan laporkan kepada ibu bapa
mereka yang akhirnya membawa kecurigaan terhadap pengasuh.
Pengasuh
perlu ingat bahawa, tiada seorang pun ibu yang sanggup meninggalkan anak
mereka dengan orang lain. Tetapi kerana tanggungjawab nak mengurangkan
beban hidup untuk menyara keluar, mereka terpaksa.
Tak semua ibu bapa yang demand atau tak berhati perut. Mereka bayar
gaji pengasuh, korbankan jiwa raga tinggalkan anak yang ibarat nyawa
pada tangan orang lain. Pengasuh ini satu pekerjaan yang mulia, jaga
amanah orang lain dengan betul, bukan setakat gaji kita dapat tetapi
pahala juga dapat.
Jangan pernah mengeluh dengan apa yang kita pilih sebab itu kehendak
kita. Budak-budak kalau nakal, itu memang perkara normal. Sebab itu
kalau nak jadi pengasuh, mental dan fizikal perlu kuat. Bukan sekadar
nak duit, kemudian lepas tangan dan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan. Jangan kita menjadi pengasuh yang berdendam. Kita
marahkan ibu bapa, anak mereka pula yang menjadi mangsa cubitan kita,
amarah kita. Anak-anak mereka tidak mengerti apa pun, sebab itu kita
perlu toleransi.