Tuesday, February 14, 2017

LAZADA OH LAZADA


Bulan lepas aku ada order touch up pen for scratching paint dekat lazada. Order colour silver methalic, 2 minggu baru dapat barang, rasanya from China tapi yang geramnya dapat black colour. Boleh sabar lagi. Buat returned kat lazada. Di sebabkan tak nak tunggu lama, order lain. Tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak barang tapi bila buka dapat white colour pulak, bukan satu tapi dua.  Hati dah la sakit sebab tunggu lama, bila dah dapat silap colour pulak. Nasib la harga tak mahal sangat.

Monday, February 13, 2017

22 Perkara Penting Untuk Memiliki Kereta Sendiri




Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan.
Namun jika anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang “cekik darah”, lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis.
Berikut adalah 22 perkara asas tentang servis kereta yang kami yakin amat penting bagi anda semua supaya tidak lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di bengkel-bengkel jerung yang ada. Semoga bermanfaat.

1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).

3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.
Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.

5. TIMING BELT
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.
Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.

6. CLUTCH PLATE
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.

7. FUEL FILTER
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.

8. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.
Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.
Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.

10. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14. Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!

15. MINYAK HITAM
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

16. MINYAK GEAR
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.

17. FLUSH
Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.
Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar.
Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

18. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.
Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.
Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.
Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.

19. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.
Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.
Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.

20. Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin.
Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass.
Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

21. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999.
Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar.
Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :
Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc

22. Model seperti Honda CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk model CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC.
Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, anda hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Tuesday, January 24, 2017

DOA MELEMBUTKAN HATI SESEORANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
.
.
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
.
.
Sahabat yang di rahmati Allah,
.
.
Bacalah doa ini yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar Alkhattab untuk memeluk agama Islam.
.
.
Baca sebanyak 19 kali dan sebut nama orang tersebut, Insha allah dengan izinnya.


Allahu lateefun biAAibadihiyarzuqu man yashao wahuwa alqawiyyu alAAazeez


Terjemahannya:
.
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
.
.
Sekian sahaja yang dapat dikongsikan, dipersilakan share.

Monday, January 23, 2017

AMALAN SOLEH YANG DITOLAK DAN DIBALING KE MUKA

Sebuah hadis yang menjadi renungan dan nasehat dari Rasulullah saw. untuk kita semua dan kepada orang yang gemar ibadah, namun ibadahnya tertuju bukan untuk Allah, melainkan adanya cinta kepada dunia dan ingin dipuji oleh manusia yang sesungguhnya tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun atas pujian-pujian mereka.

Banyak hadits yang mengupas tentang hasud, ujub dan riya' tetapi disini cukuplah dicantumkan satu kumpulan hadits yang di kisahkan oleh Abdullah ibnu Mubarak.


Suatu hari Khalid bin Ma'dan berkata kepada Mu'adz bin Jabal, " Ajarkan aku sebuah hadits yang pernah kau dengar dari Rosululla !" Tiba-tiba saja Mu'adz menangis tersedu-sedu dan berkata: " Betapa aku rindu pada Rosulullah, betapa aku ingin segera bertemu."

Kemudian Mu'adz menjawab ! " Aku telah mendengar Rosulullah SAW bersabda,:


" Wahai Mu'adz, aku akan memberimu nasehat, jika engkau memegang erat, kelak di sisi Allah akan berguna bagimu. Jika kamu mengabaikan dan meremehkan nasehatku ini, maka pada hari kiamat di sisi Allah akan terputus hujjahmu. Hai Mu'adz, sesungguhnya Allah Ta'ala telah menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan tujuh langit dan tujuh bumi. Masing-masing pintu langit di jaga oleh satu malaikat. Kemudian Malaikat Hafazah yang bertugas mengawasi amal-amal hamba sejak pagi hingga sore, yang mempunyai nur seperti sinar matahari. Ketika terbang membawa catatan amal tadi ke langit dunia, ia membaguskan dan memperbanyak amal tersebut.


Malaikat penjaga langit dunia berkata kepada Malaikat Hafazah, " Buanglah amal itu kepada wajah pemiliknya. Aku yang mengurusi perbuatan ghibah. Aku diperintahkan oleh Allah agar amal orang yang berbuat ghibah tersebut tidak melewatiku dan yang sesudahku.


" Berhentilah dan lemparkan amal ini ke wajah, punggung dan perut pemiliknya. Aku malaikat yang mengurus masalah ujub. Allah menyuruhku melarang amal tersebut melewatiku hingga yang sesudahku, karena amal tersebut di campuri dengan sifat sombong."


Kemudian Malaikat Hafazah naik hingga langit ke lima. Amal tersebut seperti pengantin wanita yang menemui suaminya. Malaikat penjaga langit ke lima berkata:

" Berhentilah dan hantamkan amal tersebut pada pemiliknya dan pukulkan pada pundaknya. Aku Malaikat yang mengurus masalah hasad. Sesungguhnya pemilik amal tersebut hasad kepada orang yang belajar dan beramal seperti dirinya dan kepada setiap orang yang mencari keutamaan dari amal ibadah ia biasa menghasadnya, bahkan ia biasa membicarakan kejelekan orang lain. Allah memerintah aku agar mencegah amal tersebut melewatiku hingga yang sesudahku."


Kemudian Malaikat Hafazah naik dengan membawa catatan amal yang bersinar seperti sinar matahari, sebagai buah dari sholat, zakat, haji, umrah, jihad dan puasa. Sampai di langit ke enam, maka malaikat penjaga langit ke enam berkata:

" Berhentilah dan hantamkan kepada pemiliknya karena sesungguhnya dia sama sekali tidak mempunyai rasa kasih sayang kepada manusia yang sedang di timpa musibah atau sakit, bahkan ia senang jika melihat orang lain mendapat musibah. Aku Malaikat yang mengurusi kasih sayang, Allah menyuruhku mencegah amal tersebut melewatiku hingga sesudahku."


Kemudian naik Malaikat Hafazah dengan membawa catatan amal puasa, sholat, nafkah jihan dan sifat wara'. Amal tersebut mempunyai suara seperti suara lebah dan bersinar seperti matahari. Tiga ribu malaikat menyertainya melewati langit ke tujuh. Malaikat yang menjaga langit ke tujuh berkata, "Berhentilah dan hantamkan pada anggota tubuh pemiliknya dan tutupkan pada hatinya. Aku malaikat yang bertugas mengurusi masalah zikir. Aku menutup setiap amal dari Tuhanku yang tidak mengharap keridhoan Allah Ta'ala. Ia hanya mencari kepopuleran dikalangan ahli Fiqh, mendapat posisi di kalangan ulama dan mengharap di kenal di semua negara. Allah memerintahku mencegah amalnya melewatiku hingga sesudahku. Setiap amal yang tidak ikhlas karena Allah adalah riya' Allah tidak akan menerima amal yang riya'.

Kemudian kata Rosulullah : Malaikat Hafaazah naik dengan membawa catatan amal hambanya berupa sholat, zakat, puasa, haji, umrah, berakhlak luhur, diam dan berzikir kepada Allah. Karena bagusnya amal ini para malaikat yang mengawasi tujuh langit mengiringinya hingga sampai ke Allah Ta'ala. Mereka berhenti disisi Nya dan bersaksi bahwa amal tersebut adalah amal yang sholeh, ikhlas karena Allah.

Allah lalu berfirman, "Kamu semua yang mengetahui catatan amal hambaku,sedangkan aku sangat tahu isi hatinya, Hambaku tersebut dalam beramal tidak menghendaki Aku tetapi selain Aku. Maka Aku tetap melaknatnya."

Para malaikat berkata, "Engkau melaknatnya. Kami mengikuti Mu melaknatnya." Lantas semua isi langit dan bumi ikut melaknatnya.

Mu'adz lalu menangis terisak-isak dan berkata, "Aku bertanya Wahai Rosulullah. Engkau seorang Nabi dan aku hanya Mu'adz. Bagaimana caranya agar aku memiliki keselamatan dan keikhlasan?"

Nabi bersabda, "Turutilah aku. Jika terdapat kekurangan dalam amalmu wahai Mu'adz. Jagalah mulutmu dari membicarakan kejelekan lawanmu terutama ahli Qur'annya,tanggunglah sendiri dosamu jangan kau bebankan kepada mereka, jangan memuji diri sendiri dan mencelah mereka, jangan membanggakan diri, jangan memasukkan urusan dunia dalam amal akhirat,jangan punya sifat riya' dalam amalmu, jangan merasa besar dalam majlismu agar orang lain menjaga kejelekan akhlakmu, jangan berbisik kepada seseorang bila terdapat orang lain, jangan mengagungkan diri hadapan manusia, niscaya akan memutus kebaikan-kebaikan di dunia dan akhirat, jangan mengoyak manusia karena bisa mengoyakmu anjing-anjing neraka pada hari kiamat. Lantas Allah berfirman :

Wannaasyithooti nasythoo.

"Mengertikah kamu yang dimaksud dengan NASYTHOOT ?"

"Apakah itu Ya Rosulullah ?"

"Yaitu anjing-anjing neraka yang menggerogoti daging manusia hingga tinggal tulangnya."

"Siapakah yang mampu mengatasi dan selamat ?" tanyaku.

Nabi menjawab, "Hai Mu'adz, sesungguhnya amal tersebut sangatlah mudah bagi yang diberi kemudahan oleh Allah, yaitu kamu mencintai manusia seperti halnya mencintai dirimu, jika kamu tidak suka akan sesuatu jangan melakukannya kepada orang lain maka kamu akan selamat hai Mu'adz.

Khalid bin Ma'dan berkata, "Menurut yang telah aku ketahui, tak ada seorangpun yang baca Qur'annya melebihi Mu'adz, setelah menerima hadits agung dari Rosulullah ini."



Kitab Hidayah Bidayah

Monday, December 19, 2016

Pakar Meteriologi pasti Kemarau Panjang akan berlaku Tahun 2019 hingga 2022. Adakah ini permulaan Zaman Dajjal?

BADAN Meteorologi dan Geofisika menyatakan bahwa akan terjadi kemarau panjang yang akan melanda dunia. Diperkirakan kemarau panjang tersebut akan dimulai tahun 2019 hingga 2022. Cadangan air dunia saat ini hanya tersisa 3% saja. Lalu apa artinya informasi ini bagi kita?

Artinya adalah keluarnya Dajjal telah sangat dekat. Dan munculnya Imam Mahdi telah berada di tengah-tengah kita, tanpa kita sadari. Ini berarti apa yang disabdakan Rasulullah telah terbukti.

Dalam hadits tentang kisah Tamim Ad-Dari, keluarnya Dajjal di tandai dengan keringnya danau Thabariyyah (Tiberias), keringnya mata air Zughar, dan pohon kurma Baisan tidak berbuah lagi. Dan jika kita mengikuti perkembangan informasi terakhir tentang tiga pertanda tersebut, sudah nyata terjadi.

Sudah dua tahun ini, pohon kurma di Baisan tidak berbuah lagi. Diikuti dengan semakin minusnya mata air Zughar. Dan yang paling mencengangkan adalah surutnya air di danau Tiberias di Israel sudah sangat mengkhawatirkan.

Sedemikian, sehingga pemerintah Israel sibuk mencari sumber air lain. Salah satunya perencanaan penyulingan air laut. Dalam hadits lain dikatakan bahwa Dajjal akan keluar dari sarangnya ditandai setelah terjadi kemarau dan kekeringan selama kurun 3 tahun. Dan sebagaimana disebutkan di atas, bahwa Badan Meteorologi dan Geofisika telah memperkirakan kekeringan panjang akan dimulai tahun 2019 hingga 2022.


Jika di antara kita ada yang pernah berhaji dari tahun 2011, 2012, 2013, 2014, maka insya Allah pernah berjumpa dengan “calon Imam Mahdi” di dekat Ka’bah. Dan hanya orang-orang khusus saja yang mengetahui tanda tandanya. Dan kemunculan Imam Mahdi ini seperti yang pernah di nubuwahkan oleh Rasulullah adalah ditandai wafatnya Raja yang namanya bermakna nama hewan.

Bisa jadi ia adalah Raja Fahd (Fahd: singa). Setelah itu terjadi perselisihan. Dan naik tahta raja yang banyak dosa, kemudian meninggal, kemudian muncul raja yang baik. (Bisa jadi ia adalah Raja Salman). Wallahu a’lam.

Di masa atau setelah masa pemerintahan Raja Salman inilah terjadinya pembai’atan atas Imam Mahdi. Dari pertanda ayat-ayat qauniyah tersebut, kesimpulannya adalah akhir dari fananya dunia ini sudah demikian dekat.

Wednesday, December 14, 2016

DAH MULA MEMANDU SEMULA


Setelah 23 tahun tak drive, akhirnya aku drive semula.  Sebelum ini suami yang ambil dan hantar aku pergi kerja. Walaupun "kecut perut" hari pertama drive kat jalanraya tapi terpaksa beranikan diri juga. Biarlah pemandu lain nak kata apa, kalau tak nak memotong, follow saja belakang.  Berani bawa pun dalam 60km/jam, tu pun dah kira laju dah.

Masa nak beli kereta, salesman ada offer kereta proton saga, tapi aku pilih kereta axia sebab tak berani nak bawa kereta besar, biarlah dengan kereta kecik dulu.

Hari kedua drive, aku lekatkan sticker 'P' sebab nak pemandu lain berhati-hati bila nampak kereta aku, tak la dia orang ingat aku sengaja memandu perlahan.

Dalam hati hanya Allah yang tahu, mohon Allah berikan keberanian untuk aku ketika drive.
Insyaallah, orang tua-tua kata alah bisa tegal biasa, lama-lama tu ok la.












Sunday, November 27, 2016

KISAH PERTANYAAN MALAIKAT DENGAN ALLAH SWT,MENGAPA DICIPTAKAN WANITA YA ALLAH ???

 

Ketika Allahm enciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???

"Allah menjawab:"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan 

".Malaikat menjawab dgn takjub,"Hanya dengan dua tangan? Tidak mungkin!

"Allah menjawab, "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

 Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?

"Allah menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata.

 "Untuk apa ???", tanya malaikat.  

Allah melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.Dia berkorban demi orang yang dicintainya,Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,Tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka. 

Allah S.W.T berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,namun, harus cukup lembut untuk memberikan kemudahan. 

 "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

 "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketikaorang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. 

 "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

 "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

 "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan. 

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.

 "CINTANYA TANPA SYARAT".