Monday, September 25, 2017
Wednesday, September 20, 2017
SUSAHNYA JADI ORANG KIDAL
Betul, susahnya jadi orang kidal. Pengalaman masa belajar kat kolej dulu, meja tempat tulis di bahagian kanan jadi terpaksa duduk menyenget bila nak menulis. Semua yang ditulis dalam artikel ni aku telah alami.
“BAIK-BAIK kupas buah tu. Orang kupas buah ke depan, awak ke belakang,” itu antara ayat yang biasa diterima si kidal setiap kali menggunakan pisau pengupas kulit buah.
Mana tidaknya, orang melihat si kidal memegang pisau, seolah-olah sedang membahayakan dirinya.
Kidal adalah panggilan untuk mereka yang banyak menggunakan tangan kiri berbanding tangan kanan.
Si kidal ini juga dilihat begitu ‘aneh’ di mata mereka yang menggunakan tangan kanan sepenuhnya.
Orang kidal banyak mengalami kesukaran dalam membuat pekerjaan seharian. Ini kerana kebanyakan barang-barang harian adalah dibuat untuk mereka yang menggunakan tangan kanan.
Gunting, pisau pemotong, buku nota, telefon pintar antara barang-barang yang dibuat khusus untuk mereka yang menggunakan tangan kanan.
Bagi si kidal, biarpun sukar, ia tetap digunakan. Adakala tangan sakit dan luka kerana penggunaan barang-barang ini tidak sesuai dengan mereka.
Telefon pintar misalnya, skrin sesentuh dan gaya penggunaannya lebih terarah kepada mereka yang menggunakan tangan kanan. Kerana itu, jika digunakan secara sebelah tangan sahaja, kebanyakan si kidal akan menjatuhkan telefon pintar ini tanpa sengaja ketika sedang menaip mesej.
Kerana inilah, si kidal ini begitu unik sekali. Tidak kisah menggunakan pelbagai barangan yang tidak ‘ngam’ dengannya.
Menurut Aqma Mustaza, pengalamannya sebagai orang kidal agak sukar lebih-lebih lagi ketika pengajian di kolej beberapa tahun lalu.
“Kami duduk di kerusi yang ada tempat tulis di bahagian kanan. Setiap kali dalam kelas, saya akan duduk secara menyenget ke kanan hanya untuk menulis nota. Tidak seperti kawan-kawan yang memang guna tangan kanan, mereka dapat menulis sambil bersandar.
“Saya akan rasa sakit bahagian belakang dan pinggang kerana terpaksa duduk begitu setiap kali di kelas. Belum pernah lagi saya jumpa kerusi yang tempat notanya ada untuk si kidal macam saya,” katanya kepada Sinar Online.
Katanya lagi, tidak hanya itu, malah ketika tulis juga tulisan di buku jadi comot kerana tangan akan tertindih dengan nota yang siap ditulis.
“Kalau tangan kanan, tangan mereka bersih kerana jari gerak baru tulisan, kami ni tulis dulu, baru jari gerak. Tu yang kotor bahagian tepi jari kiri ni,” ceritanya.
Lisa Kamal turut berkongsi kepayahan ketika menulis sesuatu di buku nota lebih-lebih lagi buku yang mempunyai spring di bahagian tepi buku tersebut.
“Sukar saya nak mulakan perkataan pertama kerana ruang yang agak sempit di situ. Lagipun, tangan saya akan bertindih di spring berkenaan ketika menulis.
“Kalau nota sikit, tak apalah, kalau berhelai-helai muka surat, memang sakitlah,” ujarnya.
Katanya lagi, selain menulis, tangannya kerap sakit apabila mengunting sesuatu.
“Gunting yang ada sekarang memang khusus untuk orang tangan kanan. Kami akan masukkan ibu jari kami dalam lubang besar dan dua jari kami di lubang kecil.
“Biasanya bahagian ibu jari akan sakit dan kadang-kadang boleh melecet,” katanya
Bagi Yna Aizat, kesukaran berlaku setiap kali dia ingin memakai tudung.
“Nak pakai tudung tak ada masalah. Cuma, bila nak mengenakan brooch.
“Selalu terbalik. Kalau beli bentuk rama-rama, sesungut tu akan ke bawah sebab pin brooch tu bukan di tengah tetapi di bahagian atas sikit, agak sukar nak pakai,” ceritanya.
Nazrol Jamaludin berkata, ketika makan menggunakan sudu antara kesukaran yang sering dialaminya.
“Biasa susah bila pakai pisau dan garpu. Tangan kiri nak potong, kemudian nak masuk ke mulut tu susah sikit.
“Kena main tukar-tukar tangan la. Ada yang boleh guna tangan kanan untuk menyuap, ada yang susah dan terbiasa dengan tangan kiri, jadi agak payahlah,” ceritanya.
Keunikan orang kidal ini juga ketika menulis di mana kebanyakan akan menyengetkan bahagian buku itu lebih daripada yang kanan.
Jangan tidak tahu, setiap tahun pada tarikh 13 Ogos adalah Hari Kidal Sedunia. Kidal bukan bererti aneh jauh sekali cacat.
Ramai sudah memperkatakan mengenai kelebihan mereka yang kidal ini. Antaranya kidal adalah mereka yang lebih menggunakan otak kanan.
Sebagai contoh, Albert Einstein, Charles Darwin, Benjamin Franklin dan Isaac Newton adalah orang-orang kidal di mana lebih banyak menggunakan otak kanan dalam kehidupan seharian.
Terdapat juga kajian menunjukkan orang kidal lebih artistik dan lebih cenderung kepada bidang seni.
Sinar Harian Online senaraikan beberapa orang ternama yang menggunakan tangan kidal.
Pemimpin dunia kidal: Barack Obama, Bill Clinton, George H.W. Bush dan Gerarld Ford.
Selebriti: Justin Bieber, Adam Levine,Tom Cruise, Whoopi Goldberg, Paul McCartney, Oprah Winfrey, Celine Dion, Jennifer Lawrence, Brad Pitt dan Angelina Jolie, Marilyn Monroe, Kurt Cobain, dan Jimi Hendrix.

Thursday, September 14, 2017
SEPTEMBER 2017 - LEBIH 20 PELAJAR MAUT, SEKOLAH TAHFIZ TERBAKAR
AL FATIHAH untuk pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang meninggal dalam kebakaran asrama pelajar pada 14 September 2017. Semoga roh anak-anak ini ditempatkan di syurga mu Ya Allah. Amin.
Wednesday, September 6, 2017
TARGEDI 2-9-2009
Tanggal 2-9-2017 genap 8 tahun tragedi kebakaran rumah ku. Ujian yang berat buat kami sekeluarga. Syukur alhamdullillah semua keluarga ku selamat. Harta benda boleh dicari namun perancangan Allah baik untuk kita. Hanya manusia saja selalu mengeluh apabila diuji. Sebenarnya Allah mengambil sesuatu dari kita dan Dia gantikan sesuatu yang lebih baik. Kami sekeluarga perlu mengumpul semula kekuatan untuk membina kembali perjalanan hidup seterusnya.
Tuesday, August 29, 2017
10 NASIHAT APABILA SUDAH MENCAPAI USIA 50 TAHUN
PESANAN UNTUK DIRI INI JUGA
Mencecah usia 50 tahun, anda akan memasuki fasa usia tua atau warga emas. Berada pada separuh abad, mungkin juga tahap saki baki usia maka setiap waktu dalam fasa ini seharusnya digunakan dengan bermanfaat.
Berikut adalah beberapa nasihat berguna daripada Pakar Runding Obstetriks dan Ginekologi (O&G), Profesor Dr. Harlina Siraj untuk yang bakal atau sudah memasuki usia 50 tahun. Bukan tentang kesihatan tapi hidup secara keseluruhannya.
1. Masa mengumpul harta sudah habis.
Fokus sekarang untuk gembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.
2. Jangan tinggalkan apa-apa untuk anak-anak.
Mereka perlu usaha dan cari sendiri . Rancang bagaimana belanjakan duit simpanan. Anda patut gembira kan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
3. Buat kerja jangan bertangguh
Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
4. Didiklah anak cucu dengan agama
Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi “full time baby sitter”. Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah kerana tidak menjaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri. Tanggung jawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibu bapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.
6. Dunia bukan tempat kamu dapat apa yang kamu hendak
Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tidak mendapat apa yang anda mahu, ketahuilah itu semua sudah terlambat.
7. Bersamalah dengan mereka yang ikhlas menyayangi anda
Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan sahabat-sahabat anda. Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.
8. Berlapang dada
Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
9. Segeralah membina akhirat anda.
Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semula jadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian ialah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.
10. Bayangkanlah kegembiraan hidup di syurga yang kekal.
Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.
Petikan:
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ.

5. Kalau sakit bersabarlah
Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian
daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan
yang anda ada.
6. Dunia bukan tempat kamu dapat apa yang kamu hendak
Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tidak mendapat apa yang anda mahu, ketahuilah itu semua sudah terlambat.
7. Bersamalah dengan mereka yang ikhlas menyayangi anda
Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan sahabat-sahabat anda. Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.
8. Berlapang dada
Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
9. Segeralah membina akhirat anda.
Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semula jadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian ialah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.
10. Bayangkanlah kegembiraan hidup di syurga yang kekal.
Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.
Petikan:
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ.
Tuesday, August 8, 2017
Anak tak sah taraf boleh bin nama bapa - MENYELESAIKAN ATAU MENAMBAH MASALAH
Sekarang ni heboh dibincangkan mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tak sah taraf yang dibinkan dengan nama bapa.
Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga
hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan
rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu
bapanya.
Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul
Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan
keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan
oleh ketiga-tiganya.
Mahkamah berpendirian,
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua
telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’
sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.
Ibu
dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya
beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu
lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan
dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada
lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku
menjadi bapa kepada anak tersebut.
Muzakarah itu mendefinisikan anak tak sah taraf ialah sebagai:
1.
Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan
dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak
perhambaan.
2. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh)
Mengikut logik memanglah akan timbul masalah pada si anak dari segi pandangan masyarakat tapi kita perlu berbalik kepada hukum yang Allah telah tetapkan. Kita cuba menutup masalah yang kecil tapi mengundang masalah yang lebih besar di masa akan datang. Ia akan melibatkan masalah dari segi pembahagian harta pusaka, masalah wali, aurat antara si anak dan bapa dan berbagai masalah lagi.
Walaupun kita hidup dalam dunia moden yang penuh dengan cabaran tapi ingatlah hukum Allah masih merangkumi setiap sudut kehidupan kita dari dulu, kini dan selamanya.
Monday, July 31, 2017
Tak sangka bertahun-tahun wanita di Malaysia ditipu dengan ‘founder’ produk kecantikan
Apa itu Krim Kilo?
Krim Kilo ni rakan-rakan, adalah krim-krim kecantikan yang dihasilkan di negara jiran, dan jual secara kilo, timbang kati, untuk dibeli oleh golongan yang ingin jadi jutawan skincare dalam masa yang singkat. Rakan-rakan boleh buat carian #krimkilo di instagram, dan ribuan gambar akan muncul. Boleh lah kamu semua saksikan sendiri rupa krim-krim tersebut yang dijual dalam tub plastik, ikat jerut macam tu sahaja tanpa sebarang perlindungan. Boleh tengok sendiri juga kepelbagaian warna krim-krim tersebut. Merah jambu, hijau, jingga, semua ada. Pencuci muka papaya? Ya, boleh beli kilo-kilo juga. Jual dalam botol besar sahaja. Sabun? Hah, pilih la nak warna apa, siap tabur serbuk kilat-kilat lagi.
- Kebanyakan founder skincare akan kata, “produk kami diformulasi oleh pakar” atau seangkatan dengannya. Tapi kalau betul diformulasi secara bertauliah, di mana kilangnya? Di mana makmalnya? Memang la tak berani letak alamat kilang dan sebagainya, sebab memang tak ada pun. Duduk bersila di ruang tamu, cedok krim entah lah dengan utensil apa, masukkan dalam bekas (yang boleh dibeli secara borong di atas talian), lekat sticker, siap! Satu kilo krim dibeli dengan harga RM500 (ada pelbagai harga. Foundation selalunya lebih mahal), tapi repack semula dalam bekas 5gm, boleh dapat 200 bekas. Satu bekas jual RM28, dapat RM5600. Ya, untung sehingga RM5100, baru untuk satu jenis krim. Kalau jual sebekas tu RM35, kan dah beribu-riban keuntungan? Kalau jual satu set? Krim siang, krim malam, pencuci muka, sabun sebiji, memang la kau jutawan dah. Sekarang dah faham kan kenapa orang sanggup beli krim kilo dan pasarkan di Malaysia?
- Dah banyak kali kan kita baca berita pasal local skincare yang bila kita berhenti pakai, tiba-tiba jerawat naik penuh muka. Banyak kali jugak terbukti ada bahan merbahaya seperti mercury dan sebagainya. Kenapa nak pakai lagi?
- Pengasas produk rebrand sangat gemar mempromosi produk mereka sebagai “100% natural”. Tapi kalau dah warna sampai jingga terang benderang tu, natural apa nya lagi? Asal ada bendasing, mana boleh kata “natural”. Berdosa menipu pelanggan.
- Sabun natural? Sabun, jika dibuat menggunakan “fragrance oil”, memang tidak natural ya. Tapi kesemua sabun krim kilo menggunakan fragrance oil, kerana fragrance lebih murah. Sebotol RM5 boleh buat 100 biji sabun. So berapa sen sangatlah harga sebiji sabun yang korang beli dgn harga RM10 (ada juga yang jual dengan harga RM50 ya Allah) tu. Sabun natural, dibuat menggunakan essential oil, yang harganya boleh mencecah RM80 sebotol. Sebab tu sabun natural mahal ya. Itu harga kualiti dan keselamatan.
- Cara pengasas handle produk pun tidak terjamin. Kalau dibuat di kilang pun kadang-kadang masih diragui, apatah lagi yang dicedok menggunakan sudu sahaja di rumah, kan lebih ngeri?
- Tarikh luput produk pula bagaimana? Produk skincare yang berjenama selalunya tarikh luput dikira 12 atau 18 bulan dari hari penutup dibuka. Tapi kalau produk krim kilo? Tarikh pengasah bukak plastik kah? Bukak tutup bukak tutup beg plastik tu nak cedok krim (ya lah, tak ada kilang atau makmal), tarikh mana ya yang para pengguna patut ikut?

- Ada pengasas yang sentap. Katanya pengguna berkira, pengguna tak mahu support produk tempatan yang tiada nombor KKM. Kepada pengasas sekalian, selipar kalau putus, kita boleh beli baru. Tapi muka ada satu saja. Kalau rosak, siapa nak ganti? Sebab tu semua orang berhati-hati dan berkira dan beli produk yang tiada kelulusan.
- Jangan ingat skincare sahaja dijual secara timbang kati. Kosmetik juga ya. Nama pun entah apa2. Hanya produk rebrand boleh buat perkara macam ni. Jenama dan syarikat yang betul-betul wujud akan ada orang yang betulkan nama yang dipilih sebelum dipasarkan.
- “Kalau ada KKM, boleh percaya la kan?” Saya nasihatkan, jangan pernah henti berhati-hati. Sebab semua krim yang tiba-tiba terbukti ada mercury, satu ketika dulu ada KKM juga. Beli lah jenama yang memang dikenali dan terbukti selamat.
- Krim kilo, juga dikenali sebagai local skincare (bukan semua ya) memang berleluasa di Malaysia. Cara nak kenal? Selalunya ada krim siang, krim malam, sabun sebiji, kadang-kadang tambah serum, facial cleanser, dan semuanya berwarna-warni. Mohon hati-hati ya, di negara lain tak ada krim siang malam ni. Nama brand pun, tak terbanding dengan jenama yang dah kukuh. Kalau dah ada brand dengan nama yang diyakini stabilnya, kenapa nak beli yang nama pun nampak sangat sambil-sambil tidur ja pilih? Siap salah tatabahasa lagi.
- Nak sokong produk tempatan? Beli lah yang memang selamat, yang dijual di farmasi dan drugstore (watsons, guardian). Ada sebab kenapa krim kilo tak dapat dipasarkan di farmasi atau drugstore. Farmasi dan drugstore tentu ada piawaian tersendiri dan tak mungkin memasarkan produk sebarangan yang bahaya.

Jadilah pengguna yang bijak. Dah terlampau banyak kes salah pakai skincare. Beli lah yang dijual di farmasi dan drugstore, dijamin selamat. Bukanlah tujuan saya untuk menutup periuk nasi para pengasas skincare krim kilo, tapi hanya ingin membantu rakan-rakan supaya tidak terjebak dengan produk-produk yang membahayakan kulit dan kesihatan.
Terima kasih.
SUMBER : Kek Keju
Subscribe to:
Posts (Atom)