Thursday, July 30, 2015

Akaun Akhirat


Semestinya setiap dari kita telahpun mepunyai akaun di bank2 untuk menyimpan wang sebagai bekalan kita untuk hari tua atau ketika kita dalam kesempitan. Ianya sebagai jaminan untuk menghadapi situasi yang tak terjangka dan untuk berbagai kegunaan lainya.

Tetapi adakah ada diantara kita yang masih belum membuka akaun akhirat kita ?

Setiap insan yang bergelar muslim mahu tidak mahu perlu atau wajib membuka akaun akhirat masing-masing dan yang pastinya nombor akaun akhirat kita adalah sama iaitu 24434.

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah 24434 tu.  Ianya adalah Subuh -2, Zohor -4, Asar-4, Maghrib-3, Isyak - 4 yakni solat kita. Solatlah yang akan menjadi akaun kita diakhirat nanti sebab solat adalah tiang dan soalan pertama yang akan ditanya oleh malaikat nanti. Setelah kita ada akaun akhirat barulah ssegala amalan seperti puasa, zakat, haji, sedekah jariah, amalan-amalan baik yang kita lakukan akan dimasukkan ke dalam akaun tersebut.  Bayangkan kalau kita masih belum membuka akaun akhirat masing-masing, ke manakah segala amalan yang kita lakukan nak dimasukkan ? Seperti juga jika kita tidak mempunyai akaun dibank, adakah kita boleh menyimpan wang atau gaji bulanan kita?

Alangkah ruginya jika kita masih belum mempunyai akaun akhirat lagi kerana setiap amalan baik yang kita lakukan akan tergantung.

Marilah kita sama-sama membaca doa ini surah Ibrahim ayat 40 bermaksud,
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang mendirikan solat. Ya Tuhan ku, perkenankanlah doaku".




No comments: