Wednesday, July 1, 2015

Sedekah bulan Ramadhan yang terbaik

Mengikut riwayat At Tirmidzi, Rasulullah bersabda yang maksudnya “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”. Masih belum terlewat untuk kita muhasabah diri sebanyak mana sedekah sudah kita keluarkan sepanjang Ramadhan 2015. Sedekah semestinya mengikut kemampuan kalau yang kaya perlu memberi lebih berbanding yang miskin.

Antara sedekah yang boleh kita laksanakan di bulan Ramadhan yang sangat mulia :

1. Memberi makan kepada sahabat kita yang berbuka puasa. Berdasarkan riwayat At-Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya.” Jadi berebut-rebutlah kita memberi makan kepada sahabat atau jiran yang berbuka puasa. Apabila pergi ke bazar Ramadhan belilah lebih kuih muih untuk dihantar ke masjid atau surau yang ada majlis berbuka puasa. Apabila menyediakan juadah berbuka masaklah lebih untuk diberikan kepada jiran sebelah. Apabila hadir majlis buffet ramadhan bawa sekotak kurma untuk diberikan kepada kawan-kawan. Rugi sangat kalau kita tidak merebut kelebihan memberi makan atau minum kepada mereka yang berbuka puasa.
memberi makan mereka yang berbuka puasa

2. Masukan seringgit dua ke dalam tabung-tabung derma di masjid dan surau SETIAP HARI di bulan Ramadhan dengan niat untuk mendapat keampunan dan keredhaan dari ALLAH SWT.

3. Belikan keperluan samada makanan atau pakaian untuk fakir miskin dan anak yatim terutama saudara mara sendiri di kampung atau di taman kediaman.
sedekah kepada fakir miskin

4. Keluarkan zakat harta atau zakat pendapatan atau zakat emas atau zakat ternakan di bulan Ramadhan.

5. Laksanakan Aqiqah untuk anak yang belum disempurnakan selama ini dan paling baik buatkan aqiqah di tempat yang sangat memerlukan seperti di kemboja. Selain kita melaksanakan tanggungjawab kepada anak dapat juga kita membantu umat Islam yang miskin di Kemboja.


6. Ramadhan juga adalan bulan terbaik untuk kita mengeluarkan sedikit harta untuk wakaf membina masjid, surau dan madrasah sebagai saham akhirat yang berpanjangan. Apa lagi yang bakal jadi bekalan berpanjangab setelah kita meninggal melainkan sedekah jariah membina masjid dan sekolah yang sentiasa digunakan untuk agama.

No comments: