Sunday, September 28, 2014

MATI ITU TIADA BAU

 
Mati tiada bau
Tiada boleh diagak orang
Baik yang sihat
Baik yang sakit

Mati boleh segera
Tetiba tinggal kenangan
Baru sahaja jumpa
Sekarang dah tiada

Mati boleh perlahan
Sakit perit bertahun
Derita ubat bertimbun
Matinya kemudian

Tua tak semestinya
Awal dari yang muda
Sakit tak semestinya
Cepat dari yang sihat

Itu bukan tanda
Itu bukan alamat
Semuanya dalam rahsia Allah

Pernah fikir tak
Rasa kita dimandikan
Siapa yang mandikan
Bagaimana dikapan
Siapa yang mengapani kita

Siapa nak turun angkat
Ke liang lahad
Sebelum semadi kekal
Sahabat?
Anak-anak?
Di mana mereka..

Adakah kita sediakan
Pelawat
Tukang mandi
Tukang angkat
Untuk kita?

Doakan Kebaikan Orang Lain

Doa ialah ibadah dan senjata orang Mukmin Doa juga manifestasi tanda kelemahan hamba yang memerlukan pertolongan dan bantuan Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Kebiasaannya, kita hanya berdoa untuk kebaikan diri sendiri. Jarang sekali seseorang mendoakan khusus untuk orang lain. Sebenarnya, mendoakan kebaikan orang lain tanpa pengetahuannya merupakan sunnah hasanah yang telah diamalkan
oleh para nabi dan turut diikuti oleh orang soleh. Mereka gembira jika kaum Muslimin memperoleh kebaikan sehingga mereka suka untuk mendoakan saudaranya dan turut mendoakan kesejahteraan diri mereka sendiri.
Amalan seorang sahabat Nabi s.a.w.yang bernama Abu al-Darda’ ialah: “Aku sentiasa mendoakan 70 orang sahabatku ketika aku sujud kepada Allah, dan aku sebutkan satu persatu.” Inilah punca utama tersebarnya kasih sayang dan kecintaan
antara kaum Muslimin.
Daripada Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang
antara kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa-apa yang dicintai untuk dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)

Doakan Kebaikan
Kemampuan kita untuk membantu orang yang ditimpa musibah amat terbatas sekali. Kita sendiri pun kadang-kala lemah untuk menolong mereka yang ditimpa kecelakaan. Alangkah baiknya jika rasa
simpati tersebut diterjemah melalui doa yang dipanjatkan kepada Yang Maha Esa agar mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian itu.
Allah berfirman yang bermaksud:“Kamu berdoalah kepadaku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya, orang yang sombong takbur untuk beribadat dan berdoa kepadaku akan masuk ke dalam neraka Jahanam dalam keadaan yang hina.” (Surah Ghafir 40: 60)
Kita tidak boleh hidup sendirian tanpa ayah, ibu, sahabat, teman, jiran, dan lain-lain kerana mereka merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Jika mereka seronok kita juga akan berasa seronok, dan apabila mereka susah kita turut merasakan keperitan yang mereka tanggung. Kita mesti berharap kepada Allah agar orang yang kita sayangi hidup aman dan bahagia Apabila orang di sekeliling baik dan aman, kita juga turut gembira.

Memperoleh Perkara yang Diberi
Mendoakan kebaikan untuk mereka yang dirundung duka akan menyebabkan doa tersebut kembali kepada kita. Jika Allah memperkenankan untuk menghilangkan kesusahan tersebut, maka orang yang pertama sekali merasakan reaksi doa itu  ialah kita yang mendoakannya.
Diriwayatkan daripada Abu al-Darda’,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudaranya secara rahsia dan bukan di hadapannya sangat dimakbulkan. Di sisinya ada malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata(kepadanya): ‘Ya Allah, makbulkan ia dan (semoga) bagimu juga (mendapat balasan) seumpama itu.(Riwayat Muslim)
Oleh sebab itu, semakin banyak kita mendoakan kebaikan untuk orang lain, maka semakin banyak juga kebaikan yang akan kita peroleh. Kita perlu mendoakan sahabat, orang yang dikenali atau tidak agar lebih banyak kebaikan yang dapat kita nikmati. Cuba kita bayangkan apabila doa yang dipinta dengan penuh khusyuk dan ikhlas diaminkan oleh para malaikat, insyaallah doa tersebut akan dikabulkan oleh Allah. Itulah hikmah seseorang yang sanggup memberikan kebaikan kepada orang lain, Allah juga akan membalasnya dengan kebaikan.

Larangan Mendoakan Keburukan
Apabila kita membenci seseorang,kadangkala terlintas di hati kita untuk meminta kepada Allah agar orang itu ditimpa bala sebagai balasan perbuatannya kepada kita. Hal ini tidak dibolehkan oleh agama seperti hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, Rasulullah s.a.w. yangbermaksud:
“JanganIah kalian mendoakan keburukan menimpa dirimu, anak-anakmu, pembantu-pembantumu atau hartamu, agar doa kalian tidak sama dengan waktu dikabulkan doa daripada Allah sehingga doa keburukan itu dikabuIkan.”(Riwayat Abu Daud)
Tenaga yang terhasil dari dalam diri manusia yang memikirkan sesuatu keburukan itu akan menghasilkan tenaga yang negatif. Orang yang berfikiran negatif mudah mengalami stres dan penyakit akan datang dengan mudah. Oleh sebab itu, kita perlu berfikiran positif untuk mendoakan orang lain dengan kebaikan sebagai tanda bersihnya hati dan jiwa kita. Natijahnya akan wujud suasana kasih sayang sesama orang Islam.

Apek Ini Cuma Naik MRT, Berpakaian Seperti Orang Biasa Sehinggalah Sebuah Akhbar Mendedahkan Siapa Sebenarnya Dia

apek-tua
Dalam dunia ni ramai orang yang kita tidak boleh jangka perwatakannya melalui gaya hidup. Begitu juga dengan apek tua ni. APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura.
Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.
‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan.
Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.
Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.
Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat.
 apek-1
Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.
Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.
Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.

Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah.
Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”apek-3

Wednesday, September 24, 2014

Perlukah Derhaka Kerana Seorang Wanita?


 
Wanita begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa wanita

  • hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.  
  • tidak akan bertambah zuriat di muka bumi. 
  • tidak akan bergelar seorang suami. 
  • tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga. 
  • tidak ada teman untuk bergurau senda.
Kuasa Wanita
Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. 


Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

Namun, sejarah juga mencatatkan:

  • Keluarnya Nabi Adam Kedunia di asbabkan oleh Wanita. 
  • Pembunuhan pertama di dunia diasbabkan juga oleh wanita 
  • Kejatuhan Negeri Melaka diasbabkan wanita 
  • Kejatuhan Napoleon Bonapart juga diasbabkan wanita.

Amalan Puasa Bulan Zulhijjah


Kita perlu menghayati ‘Roh Haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.
Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘Roh Haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
.
Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”
.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)

Puasa Arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”


Tiada wang pun kita boleh bantu bina Sekolah Tahfiz ini


Kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan kewangan, sumbangan tenaga untuk membina sekolah tahfiz ini juga amat dialu-alukan. Pihak sekolah tahfiz mengalu-alukan sukarelawan dalam kerja pembinaan di tapak projek ini terutama mereka yang ada pengalaman asas dalam pembinaan samada sebagai tukang simen, tukang kayu, tukang besi atau sebagai pekerja am.

Pembinaan sekolah tahfiz di Kg Bongek, Jln Chengkau-Pulau Mampat, Rembau kini sedang giat dijalankan. Kos pembinaan sekolah tahfiz ini dijangka sekitar RM 200,000 sahaja. Kini diperingkat membina tapak bangunan.

Kepada mereka yang ingin menderma besi binaan, simen, batu bata, pintu, tingkap, cat serta lain-lain bahan untuk pembinaan sekolah tahfiz ini sila hubungi Pengetua sekolah ini Ustaz Septian 0132646001 .

Untuk sumbangan sila salurkan ke Akuan Maybank 562843505815 (TARB ALGONTORY).
Atau boleh melalui saya sendiri, Rozmal bin Malakan Tel/Whatsapp 012-2267406 .
Lokasi sekolah tahfiz ini ialah berhampiran lebih kurang 1 km dari pekan Chengkau, tepi jalan Chengkau-Pilin. Sekolah Tahfiz ini juga mempunyau cawangan di Puncak Alam, Selangor.
Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz ini http://tahfizalgontory.blogspot.com

Tuesday, September 23, 2014

MAK...IBU...UMI...


Yang mengandungkan aku… mak

Yang melahirkan aku… mak

Yang menyusukan aku… mak

Sekolah pertama aku… mak

Rezeki pertama Allah berikan kepadaku di alam rahim…. darah mak

Khasiat pertama membentuk dan menguat tulang temulangku…. kalsium mak

Makanan pertama yang masuk ke mulutku setelah dilahirkan… susu mak

Sentuhan pertama yang membelaiku…. tangan mak

Keindahan dunia yang pertama aku kenal… senyuman mak
Seterusnya

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak

Bila lapar, yang suapkan aku…. mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku…. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak

Bila bangun tidur, aku cari…. mak

Bila nangis, orang pertama yang datang…. mak

Bila nak bermanja, aku dekati….. mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanyalah….. mak

Bila nakal, yang memarahi aku…. mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak

Bila takut, yang tenangkan aku…. mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak

Aku selalu teringatkan…. mak

Bila sedih, aku mesti talipon…. mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. mak

Bila bengang, aku suka luah pada…. mak

Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk!”

Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak

Bila ada masalah, yang paling risau…. mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni…. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…. mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak

Yang selalu berleter kat aku…. mak

Yang selalu puji aku….. mak

Yang selalu nasihat aku…. mak

Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri……

Bila seronok, aku cari…. pasanganku

Bila sedih, aku cari…. mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada…. pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

Bila bahagia, aku peluk erat…. pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat…. mak

Bila nak bercuti, aku bawa…. pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

Bila sambut valentine…. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku

Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….?

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..?

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….?

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..? .

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…?

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….?

dan akhir sekali bila mak dijemput pergi

berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…..?