Tuesday, March 17, 2015

SYUKUR ALHAMDULLILLAH



Syukur Alhamdullillah....itu saja yang mampu aku lafazkan tak kala menerima rezeki yang tak disangka2. Satu kejutan untuk aku hari ni.

Monday, March 16, 2015

Panduan Dari NESTLE, Cara Membezakan Produk Milo Tulen Atau Tiruan


 
Menurut pihak Nestle sendiri, cara paling mudah untuk mengetahui tentang ketulenan produk minuman coklatnya itu adalah dengan melihat teknik pembungkusan.

Pek Milo asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna,” tulis syarikat berkenaan secara rasmi.

Beberapa hari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan membuat rampasan produk tiruan jenama Milo berjumlah RM250,000 di sebuah taman perumahan mewah di Mantin.

Kerana teknologi dan kelengkapan yang semakin maju pada zaman kini, banyak pihak mampu memanipulasikan barangan dan jualan di pasaran dengan membuat produk seakan sama.

Yang mengejutkan, proses pembungkusannya dilakukan secara manual dan hanya ditimbang kilo sahaja!

Anda Pasti Terkejut Kenapa Nyamuk Suka Terbang Keliling Kepala Kita

 

 

Percayakah anda, nyamuk adalah serangga yang paling berbahya di dunia? kerana serangga kecil ini dicatatkan membunuh sebanyak 2 juta nyawa setahun.

Satu tabiat nyamuk yang selalu kita lalui dan pasti menyebabkan anda tertanya-tanya mengapa nyamuk suka 'bermain' dia atas kepala kita.


Perkara yang lebih pelik ialah tabiat nyamuk terbang di keliling kepala kita bukanya 'percubaan' untuk menghisap darah kita.


Perkara ini didedahkan oleh seorang pakar serangga terkenal, Rick Pollackdari Amerika Syarikat, mengatakan nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.


Yang paling pelik membuatkan anda pasti terkejut ialah ia adalah permulaan untuk mengawan dimana nyamuk jantan akan menanda lokasi ‘kahwin’ seperti sekitar pokok, dan atas kepala manusia.


Ini semua berlaku kerana nyamuk jantan ‘menari’ untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan. – sumber




Tuesday, March 10, 2015

RTM bakal tumbangkan Astro.. Hanya Syed Mokhtar mampu tandingi Ananda Krishan



Rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang rungutan mengenai perkhidmatan televisyen berbayar Astro. Kisah tak ada siaran ketika hujan dan juga bill mahal yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sering kali terdengar khususnya di media sosial.

Itu belum lagi diperkatakan mengenai rancangan yang sama diulang beratus-ratus kali serta program hiburan yang adakalanya naik menyampah tengok, tetapi masih dihidangkan kepada pengguna. Malah sejak akhir-akhir ini, iklan komersial makin meriah walhal pengguna bukannya bayar yuran bulanan untuk melihat iklan.

Pihak Astro pula seolah-olah bermaharajalela berbuat apa saja terhadap pengguna demi mengaut keuntungan berjuta setiap bulan. Dimaklumkan, Astro mencatatkan keuntungan berbilion ringgit Malaysia setiap tahun hasil daripada lebih 3 juta pelanggan tetapnya.

Jangan dipersoalkan kenapa masyarakat masih memilih Astro jika tahu penyedia perkhidmatan berkenaan mempunyai rekod yang mengecewakan terhadap pelanggan dan juga siaran tv nya.., ia adalah kerana masyarakat tiada pilihan khususnya kawasan yang tidak ada liputan siaran televisyen. Maka sebab itulah Astro terpaksa dijadikan pilihan.

Kini dimaklumkan terdapat berita yang sangat melegakan kepada pelanggan yang tak berpuas hati dengan Astro. Dan apabila berita ini menjadi realiti, dijangka zaman kegemilangan 'kaut untung' Astro akan berakhir.

Jika dahulu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi pilihan utama rakyat seluruh negara, kini zaman emas itu akan kembali lagi dengan program pendigitalan saluran rancangan stesyen penyiaran terbabit yang disahkan sudah berada di peringkat akhir perlaksanaan.

Ini umpama buku dengan ruas kepada syarikat Astro kerana selepas selepas program pendigitalan RTM, rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standart (SD) dibawah projek Angkasapuri Media City.

Untuk mendapatkan rangkaian saluran digital dari RTM, pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.

Malah, sebagai tanggungjawab kepada masyarakat, Syed Mokhtar Bukhary juga akan memberikan dekoder percuma kepada 2 Juta penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin bermula Jun hadapan. Ia sekaligus mengesahkan saingan baru kepada Astro bermula Jun ini.

Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun 2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta 40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma.

Dan yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga akan menikmati perkhidmatan yang tak jauh bezanya dari yang ditawarkan secara berbayar dari Astro seperti panduan program elektronik, serta alih bahasa dan sarikata pilihan melalui saluran digital RTM. Sudah tentu ianya hanya percuma sahaja.

Inilah yang dikatakan bahawa Astro bakal bertemu buku dengan ruasnya. Dan tak dapat dinafikan, sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary amat besar kepada rakyat Malaysia. Dan siapa dapat nafikan, bahawa hanya anak melayu seperti Syed Mokhtar sahaja yang dapat meneutralkan Taikun besar seperti Ananda Krishan? - Chewan/Utaranews.com

Monday, March 9, 2015

Rahsia Lantai Masjidil Haram Tidak Panas


Pernah kah kita terfikir mengapa lantai marmar di Masjidil Haram tidak panas? Umat Islam boleh berjalan dengan selesa untuk tawaf, walapun dibawah terik mentari. Tak ada pula orang yang berlari sebab kepanasa semasa tawaf kan. Bagi yang sudah tahu sebabnya, anggaplah ini sebagi sesi ulangkaji, jom kita belajar sejarah

masjidil-haram2
 
 Menurut buku karangan Sami Bin Abdullah Al Maghlouthm yang berjudul 'Atlas haji Dan Umarah" dana beberapa sumber lain.
Pada awalnya tempat tawaf di Masjidil Haram tidak dipasang jubin marmar seperti yang ada pada hari ini. Pada ketika itu hanyalah berlantaikan pasir yang lapang.
 
Pada zaman Abdullah Ibnu Zubair. Sekitar tahun 1375 Hijrah 1954 M, jubin marmar dipasang bergaris lima meter dari Kaabah. Dibawah pemerintahan Raja Abdul Aziz, hamparan jubin marmar terus dilebarkan.
 
Kini lantai marmar itu diperbuat dari marmar yang tinggi kualitinya, yang mampu menahan panas dibawah terik matahari.
Pada zaman pemerintahan Raja Faisal, pengubahsuaian terus dilakukna dengan pembongkaran Makam Ibrahim dan melebarkan lagi kawasan untuk tawaf.
 
Seterusnya disambung pula oleh Raja khalid, yang memperluaskan lagi ruang untuk tawaf. Gerbang menuju ke Telaga ZamZam pula dipindahkan ke serambi masjid sebelah timur. Selepas itu barulah seluruh bahagaian Masjidil Haram dipasang jubin marmar, menjadi tempat tawaf.
Zaman Raja Fahd, ruangan bawah tanah pula dibangunkan. Dan ditingkat bawah ini dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah. Jadi sebab itulah hari ini lantai untuk umat Islam tawaf tidak berasa panas, walaupun suhu cuaca yang sangat panas.
 
 Dengan usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Kerajaan Arab Saudi, banyak yang telah berubah unutk lagi menyenangkan umat Islam menunaikan ibadah Haji. Kini dibina pual jambtan Mataf, untuk memudahkan lagi umat islam tawaf mengelilingi Kaabah.
 

Tuesday, March 3, 2015

Guru Ini Perlu Mengajar Seorang Anak Autisma. Apa Yang Dia Temui Selepas Itu Speechless

Nota Editor : Kisah benar ini telah dikongsikan di Facebook Group Autisme Malaysia oleh Ustaz Haidar Mahmud. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal dengan harapan ia turut memberi manfaat dan pengajaran kepada kita. Benarlah, di sebalik kekurangan itu terselit suatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh ramai manusia normal.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga AM sekalian. Ini kisah saya dan seorang anak yang sangat istimewa. Istimewa di mata saya , istimewa di sisi tuhan.

Kisahnya bermula begini.

Januari 2015 :
Sesi persekolahan 2015 baru bermula. Saya memulakan tugas bagi tahun yang kedua di sebuah sekolah yang berkonsepkan aliran tahfiz dan akademik. Hari ini pelajar baru datang mendaftarkan diri bersama ibu bapa masing-masing. Sedang saya melihat dan membantu tugas pendaftaran. Mata saya tertumpu pada seorang pelajar yang sedang duduk di dalam dewan taklimat. Dari pemerhatian saya pada tingkah laku dan reaksi muka pelajar itu, saya dapat rasakan ada sesuatu yang lain pada diri pelajar tersebut.

Pertengahan Januari 2015 :
Ternyata telahan saya betul.petang itu, saya telah menerima sekeping kertas yang disampaikan kepada saya melalui seorang pelajar. Saya membukanya lalu terus melihat dan membaca. Surat akuan pelajar OKU. Surat yang mengesahkan bahawa pelajar tersebut menghidap penyakit autisme.Pihak sekolah juga baru maklum mengenai perkara ini.Timbul pertanyaan dan tanggapan yang pelbagai di kalangan kami guru-guru yang baru tahu mengenai hal ini. Bagaimana dia boleh lepas ujian kemasukkan? Dia tidak membahayakan orang lain kah? Boleh kah dia belajar di sini? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul.

Semenjak hari itu, saya mula memberi sedikit perhatian pada pelajar tersebut. Saya turut menasihatkan pelajar lain agar tidak mengganggu atau bergurau berlebihan dengan beliau. Adakalanya saya datang melihat beliau ketika waktu prep. Saya perasan pelajar-pelajar lain suka mengusik beliau dengan memanggil manggil nama beliau tanpa sebarang tujuan.
Namun,apa yang melegakan hati saya adalah ketika melihat dia begitu gembira bermain badminton di waktu petang bersama rakannya yang lain. Walaupun pukulannya tidaklah begitu betul namun jelas terlihat keseronokan di wajahnya.
kanak-kanak-autisma
25 Februari 2015
Saya telah dipanggil untuk bersama guru kelas yang lain bagi membincangkan status pelajar yang telah lulus untuk memasuki kelas hafalan al-quran.Dari 7 orang pelajar,5 orang telah lulus. Salah seorang daripadanya adalah pelajar tersebut. Saya masih hairan dan tertanya tanya bagaimana pelajar ini membaca quran. Ini kerana sewaktu ujian al quran, saya tiada di sekolah.

Oleh kerana kelas saya agak ramai pelajar berbanding kelas yang lain, maka guru guru lain terlebih dahulu memilih pelajar untuk masuk ke kelas mereka. Sampai kepada giliran pelajar ini, seorang guru telah dicadangkan untuk mengambil pelajar ini memasuki kelas beliau. Namun ditolak dengan lembut kerana khuatir tidak mampu membawa pelajar ini dengan baik. Lalu saya tergerak hati untuk tawarkan diri mengambil pelajar ini memasuki kelas saya.

Di dalam kelas, beliau hanya duduk di kerusi dan menghadap alquran di depannya. Tidak banyak bercakap dan suaranya juga agak perlahan. Saya memberitahunya untuk menghafal juzuk 30. Jika sudah hafal,esok boleh baca dengan saya.

26 Februari 2015 :
Seperti kebiasaan di waktu pagi, saya akan memasuki kelas seawal jam 7 pagi dan menunggu pelajar datang kepada saya untuk membaca hafalan yang telah dihafal pada malam tadi. Setelah beberapa orang pelajar membaca dengan saya, saya memanggil pelajar tersebut untuk membaca hafalannya jika dia sudah sedia. Tiada sebarang respon. Saya menganggap mungkin dia belum hafal, maklumlah baru sahaja masuk ke kelas tahfiz.

Selepas rehat. Pelajar-pelajar saya sudah kurang bersemangat untuk mengulang bacaan. Semuanya kelihatan letih kerana mereka berpuasa pada hari ini. Puasa sunat khamis. Setelah menunggu agak lama, saya memanggil pelajar istimewa ini untuk duduk di tepi saya. Saya bertanya sudah hafal ke? Dia menjawab sesuatu namun saya tidak dapat menangkap butir bicaranya kerana terlalu perlahan.
Lalu saya terus menyuruh dia membaca surah an-naba’. Surah pertama juzuk 30. Dia pun memulakan bacaannya tanpa melihat mushaf al quran di depan saya. Satu muka dia selesai baca. Boleh tahan kata hati saya. Muka surat kedua, dia telah selesai membaca surah an-naba’ secara hafalan. Hebat juga. Saya sangkakan dia hanya menghafal satu surah tersebut, ternyata saya silap. Pelajar ini meneruskan hafalannya dengan membaca surah an-naaziat . Saya mengambil keputusan untuk melihat dan membiarkannya meneruskan bacaan hafalannya. Dari satu surah ke satu surah, dia dapat menyambung dan meneruskan bacaannya dengan penun lancar. Sangat sedikit kesalahan bacaannya. Saya kira tidak lebih dari lima. Ada ketikanya dia tersangkut pada satu ayat, hati saya berkata mungkin sampai surah ini sahaja dia hafal. Sekali lagi telahan saya meleset. Dia membetulkan semula bacaannya dan meneruskan kembali hafalannya.

Waktu itu, pelajar lain sudah mula melihat-lihat ke arah beliau. Mungkin kerana mereka tertanya-tanya kenapa lama sangat atau mereka melihat reaksi saya yang tertunduk tunduk rapat ke mulut pelajar ini untuk mendengar bacaannya yang agak perlahan.

Di saat beliau membaca ayat terakhir dari surah an-nas, surah terakhir juzuk 30. Mata saya sudah mula berkaca kaca. Secara spontan saya terus mengambil tangannya lalu saya salam dan mencium tangan beliau. Hari ini perasaan saya bercampur campur. Gembira,teruja sedih dan insaf. Pelajar istimewa ini telah mengajar saya satu pengajaran hidup yang sangat bermakna. Jangan pernah sesekali kita menghina dan merendahkan seseorang kerana sifat luarannya, kerana kemungkinan insan yang kita hina itu amat istimewa dan mulia di sisi tuhan.

Saya membuka helaian juzuk 29. Saya kata pada beliau. Esok boleh mula hafal juzuk 29. Tanpa dipinta, beliau mula membaca surah al-mulk seperti sudah dihafalnya. Bertambah terkejut saya. Sudah hafal juzuk 29 juga ke? Saya memberhentikan bacaannya dan berkata.” Esok, insyaAllah.”

Monday, March 2, 2015

ANAK-ANAK UJIAN ALLAH

 
Dalam setandan pisang kata orang "tak semuanya elok" dan "tak semuanya busuk".
Lazimnya kalau seseorang ada 6 orang anak, salah seorang "tak menjadi" - bermasalah, tidak maju macam abang/kakak/adiknya dsb.
Jadi ?
Terima sajalah, apa boleh buat !
SALAH. SALAH. SALAH.


Seperti contoh di atas, seorang dari enam adik beradik tidak menyerlah. Mungkin sedikit bermasalah. Kalau kita anggap tafsiran di atas tepat, maka tugas mak-ayah ialah bersabar sajalah ... apa boleh buat ... kan "dalam setandan pisang tak semuantya elok".
SALAH. SALAH. SALAH.

Kenapa ?
Tafsiran saya.
Itu semata-mata UJIAN ALLAH.
Kekadang kalau semua anaknya hebat MUNGKIN Mak-Ayah itu naik riak, naik sombong atau lupa diri.
"Kami hebat, pandai didik anak"
"Kenapa kamu teruk sangat, anak kami semua OK apa"
"Laa nak didik anak pun tak tahu, senang aja"

Apabila Allah menguji dengan seorang anak yang tidak menjadi maka mak-ayah itu lebih SENSITIF, lebih FAHAM, lebih TERBUKA kepada Mak-Ayah lain yang anak-anak mereka "kurang menjadi"
Tu satu aspek.

Aspek kedua.
Fahaman "dalam setandan pisang bukan semua yang elok" memberi isyarat seolah-olah pisang yang busuk tu dah tak boleh buat apa-apa.
SALAH, SALAH, SALAH.

Kalau kita mentafsir seorang dua anak yang kurang menyerlah macam anak-anak lain sebagai ujian Allah, maka ternyatalah ...
Anak itu juga boleh dibimbing
Anak itu juga boleh diasuh
Anak itu juga boleh berjaya ....
Cuma perlukan
Usaha yang lebih
Beri masa yang lebih
Sumber yang lebih
Tumpuan yang lebih

Maka, InSyaAllah dia juga boleh berjaya.
Sekian adanya.

Jadi kalau seorang dari ramai anak lain kurang menjadi, kurang menyerlah serta sedikit bermasalah anggaplah sebagai UJIAN ALLAH. Usah tafsir seperti kita lazimnya mentafsir perumpamaan di atas. SALAH.

Dr Dasuki Abdullah

 Sebaik bekalan untuk anak bukanlah harta tetapi ilmu agama, ilmu kemahiran untuk hidup, untuk bekerja, didikan akhlak untuk menjadi insan yang baik pada manusia dan pada tuhannya. Ini terkandung dalam tanggungjawab mendidik. Jika ini telah sempurna, bertawakkallah kepada Allah, yakinlah Allah akan memberi rezeki.