Thursday, April 30, 2015

AKU, KAU DAN DIA


Saya bekerja 24 jam sehari
sayalah ibu
sayalah isteri
sayalah anak perempuan
sayalah menantu
sayalah jam loceng
sayalah tukang mask
sayalah pembantu rumah
sayalah guru
sayalah pelayan
sayalah nenek
sayalah jururawat
sayalah jurukamera
sayalah pengawal keselamatan
sayalah kaunselor
sayalah selimut
saya x ada percutian
saya x ada cuti sakit
saya x ada cuti harian
saya bekerja siang malam
saya sentiasa 'on call'


 Uhh...LETIHNYA.............

 Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!!


Manfaat Wudhu Sebelum Tidur


Manfaat Wudhu Sebelum Tidur 

  1. Menenangkan otot-otot sebelum berehat. Dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wuduk merupakan satu kaedah untuk mengendurkan otot-otot yang kaku akibat keletihan selepas melakukan banyak aktiviti harian. Dengan berwuduk ini dapat merehatkan fikiran dan badan. 
  2. Mencerahkan kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah. Ini kerana dengan berwuduk dapat menghilangkan kesan kotoran dalam kulit. Jika kotoran dalam kulit ini hilang maka sudah tentunya wajah kita kembali bersih dan cerah. 
  3. Didoakan malaikat. Malaikat sentiasa memohon perlindungan kepada mana-mana umat muslim yang sentiasa menjaga wuduknya. Malaikat adalah makhluk Allah SWT yang sentiasa berzikir dan sentiasa taat serta patuh kepada Allah SWT. Maka tentulah doa malaikat ini dikabulkan Allah SWT. 
Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa tidur di malam hari dalam keadaan bersuci (berwudhu) maka malaikat mengikutinya lalu ketika dia bangun nescaya malaikat itu akan ucap :
"Ya Allah ! Ampunilah hambamu ini kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu bersuci." 
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra
Nabi Saw bersabda :"Apabila kamu hendak tidur hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wuduk untuk melakukan solat."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, April 26, 2015

Waktu-waktu baik untuk berdoa


* Waktu sahur/sepertiga malam terakhir

*Ketika berbuka puasa

* Ketika malam lailatul qadar

* Ketika azan berkumandang

* Di antara azan dan iqamah

* Ketika sujud dalam solat

* Ketika salam dalam solat wajib

* Di hari jumaat

* Ketika hujan turun
 
* Hari rabu antara zuhur dan asar

* Ketika hari arafah

* Ketika perang

* Ketika minum air zam-zam

SELAMAT BERAMAL

Thursday, April 23, 2015

KWSP...tak jadi pengeluaran umur 60




Alhamdullilah... berita terbaru, umur pengeluaran caruman kwsp dikekalkan pada umur 55 tahun.
Lega rasanya. Time ni lah kita nak settle kan semua hutang, nak beli asset, nak tunaikan haji dan macam-macam lagi.  Belum tentu lagi umur kita akan sampai 60 tahun. Susah payah kerja waktu muda, tapi tak sempat nak tuai hasilnya.

Selepas ini kalau nak buat apa-apa keputusan pun kajilah sedalam-dalamnya apa implikasinya pada rakyat,. Rakyat dah terbeban dengan macam-macam sekarang ini dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, GST lagi. Takut-takut nanti semakin ramai rakyat Malaysia yang mengidap tekanan mental.

Tuesday, April 21, 2015

Golongan Orang Yang Mustajab atau Makbul Doanya

berdoa
Firman Allah SWT yang bermaksud :


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah Al-Baqarah: 186 )

Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab di sisi Allah. 

Swt kerana redha Allah Swt kepada anak-anak adalah bergantung kepada redha kedua ibu bapanya. Oleh itu anak0abak tidak boleh sama sekali menderhaka kepada kedua ibu bapanya.

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw sabda :"Ada tiga doa yang diterima Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Daud)

Doa Orang Musafir sampai ia kembali dari perjalanannya

Seorang musafir dengan tujuan baik semata-mata kerana Allah Swt seperti menuntut ilmu, menziarahi saudara, atau keluar rumah mencari rezeki halal adalah perbuatan yang dikasihi Allah, lalu Allah Swt memakbulkan doanya.

Doa Orang Yang Dianiaya

Allah Swt amat murka kepada sesiapa dikalangan hambanya yang melakukan kezaliman kepada hambaNya yang lain. Orang yang berlaku zalim dan suka menganiaya orang lain akan mendapat balasan daripadaNya. Doa mereka yang dizalimi dimakbulkan oleh Allah Swt. Daripada Ibnu Umar , Rasulullah saw bersabda :"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis Riwayat Hakim - Sanad Hasan) 

Dari Khuzaimah bin Thabit ra Rasulullah saw bersabda :"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah Swt berfirman :"Demi kemuliaan dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis Riwayat Tobrani - Sanad Hasan) 

Doa Orang Yang Berpuasa Sampai Ia Berbuka Puasa

Puasa adalah satu amalan yang sangat disukai oleh Allah Swt sehinggakan pahala orang yang berpuasa hanya Allah Swt sahaja yang memberikan ganjaran dan malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dicatitkan dalam sebuah hadis qudsi :"Puasa itu milikKu dan Akulah yang membalasNya."

Doa Seorang Pemimpin Yang Adil

Seorang pemimpin yang adil tidak akan sesekali membelakang kepentingan rakyat dan lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding daripada kepentingan sendiri. Maka hal ini tidak hairanlah jika Allah memakbulkan doa seorang pemimpin yang adil ini. Ini kerana segala penat lelahnya berkerja semata-mata untuk rakyat dan agama.

Doa Seorang Sahabat Kepada Saudaranya yang berpisah saling bertemu dan berkasih sayang.

 Persahabatan yang terbina berlandaskan islam dan hanya semata-mata kerana Allah Swt. Persahabatan yang terjalin adalah anugerah yang perlu kita pelihara sehingga ke syurga. Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim sesama islam. Maka marilah bersama-sama kita membina ukhuwah dan hubungan baik sesama sesama islam. Ini kerana semua islam itu bersaudara. Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda :"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan di terima Allah Swt ." (Hadis Riwayat Muslim)

Doa Anak Yang Soleh kepada kedua ibu bapanya. 

Daripada Abu Hurairah ra berkata Rasulullah saw bersabda :"Apabila matinya atau meninggal dunia anak adam akan terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara itu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Sunday, April 12, 2015

Bila Dengar Ayam Berkokok, Jangan Siakan Peluang Ini

AYAM merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah SWT, yang mempunyai banyak manfaat bagi manusia. Keberadaannya memberikan berkah bagi kita. Dari mula tubuhnya hingga hasil perkahwinannya, yakni telur, semuanya boleh dimanfaatkan. Terutama untuk memenuhi makanan kita.

Ternyata bukan hanya raga dan hasil kawin saja yang dapat kita rasakan dari ayam, suara merdu yang sering keluarnya pun memberikan isyarat yang baik bagi kita. Bukan bermakna isyarat atau rangkaian yang sering kita gunakan untuk internet ya, tapi petanda baik bagi kita. Suara merdu tersebut sering kita katakan berasal dari ayam yang berkokok.

Ketika kita mendengar ayam yang berkokok, maka jangan pernah terlepas peluang ini. Mengapa? Pada saat ini, dikatakan bahawa ayam yang berkokok itu sedang melihat malaikat. Hal tersebut dijelaskan dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,

"Apabila kamu mendengar kokok ayam maka mohonlah kepada Allah kurnia-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat, ..." (HR. Bukhari, Juz 6, h. 350 dan Muslim, Juz 4, h. 222).

Jadi, apabila ada ayam yang berkokok, hendaknya kita berzikir kepada Allah. Serta jangan lupa kita memohon agar diberi keutamaan (fadhilah) dari-Nya. Kesempatan inilah yang jangan sampai kita terlepas. Kerana, insya Allah pada masa-masa inilah doa kita lebih mudah dimakbulkan Allah SWT. 

Wallahu 'alam