Wednesday, April 1, 2015

Rakyat Malaysia Berpeluang Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh Sabtu Ini

  
Pada 4 April 2015 nanti rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan sendiri fenomena gerhana bulan penuh yang dikatakan satu-satunya gerhana yang disaksikan dari Malaysia pada tahun ini.

Berdasarkan rujukan portal Falak Online gerhana dapat disaksiakan  bermula pada jam 5.01 petang.

"Bulan ketika itu baru memasuki kawasan bayang-bayang yang dipanggil penumbra. Pada jam 6.15 petang, ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra, Pada jam 7.57 malam, Bulan akan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang umbra, menandakan bermulannya fasa gerhana penuh."
 
"Pada jam 8.00 malam, ia berada di puncak gerhana. Selang 2 minit kemudian, iaitu jam 8.02 pm, ia mula bergerak keluar dari bayang-bayang umbra. Pada jam 9.44 pm, bulan sepenuhnya keluar dari bayang-bayang umbra, tetapi masih berada dalam kawasan penumbra, sehinggalah jam 10.58 pm, yang mana secara rasminya, bulan telah pun keluar sepenuhnya dari kawasan bayang-bayang bumi penumbra."

Bagaimanapung bagi negeri Sabah, bulan akan terbit lebih awal berbanding di semenanjung iaitu sekitar 6 petang dan untuk itu penduduk di Sabah dapat menyaksikan fenomena tersebut bermula dari fasa separa sehingga tamat keseluruhan gerhana.Kejadian gerhana bulan tersebut boleh disaksikan dengan mata kasar dan ia tidak berbahaya langsung berbeza dengan gerhana matahari.

"Selapas kejadian gerhana warna bulan akan menjadi merah pekat 'Bulan berdarah' kerana disebabkan cahaya matahari yang bergerak berhampiran dengan bumi, telah dibiaskan oleh atmosferanya.

"Cahaya spektrum berwarna merah lebih mudah/banyak terbias berbanding warna lain. Itulah sebabnya kita boleh lihat kesan kemerahan ketika fasa gerhana penuh." Menurut Portal tersebut. - sumber

No comments: