1. Keputusan
ujian matematik yang corot semasa di sekolah rendah menyebabkan ada
sekolah yang tidak mahu menerima beliau sebagai pelajar.
2. Pernah memohon kerja di KFC. Dari 24 calon yang hadir beliau
satu-satunya yang gagal manakala 23 calon lagi ditawarkan bekerja dengan
rangkaian restoran makanan segera ni.
3. Pernah menghadiri 30 temuduga. Beliau gagal dalam kesemua temuduga itu dan tidak ditawarkan satu kerja pun.
Halangan yang
dilalui tidak pernah mematahkan semangatnya untuk maju. Sejak dari umur
10 hingga 20 tahun, beliau sanggup menunggang motor selama 40 minit
untuk belajar bahasa Inggeris dengan cara bergaul dengan pelancong
asing.
Kesempatan
bergaul dan belajar bahasa Inggeris selama 9 tahun dengan pelancong
asing banyak mengubah pandangan beliau tentang hidup. Malah beliau
percaya beliau berfikiran lebih global berbanding penduduk lain di
negaranya.
Akhirnya beliau
memulakan kerjaya pertama beliau sebagai guru Bahasa Inggeris. Sewaktu
bekerja di US, beliau mendapati tiada satu pun informasi berkenaan
negaranya di internet. Penemuan ini membawa kepada usaha beliau untuk
menubuhkan sebuah portal jualan di internet sebaik saja beliau kembali
semula ke negara beliau.
Dan kini portal
jualan kepunyaan beliau sedang giat berusaha untuk mengatasi portal jual
beli online popular eBay yang berpusat di US. Siapakah lelaki ini?Beliau adalah Jack Ma, pengasas AliBaba.com dan dikhabarkan kini sebagai antara jutawan dan billionaire terkaya di China.
KREDIT DAIRISHARE.
No comments:
Post a Comment