Setiap ujian yang Allah berikan
kepada hambanya sesungguhnya pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin ramai yang merintih, merungut dan
kadang kala pasti ada yang menyalahkan takdir yang berlaku. Ketahuinya setiap ujian yang Allah timpakan
pada hambanya terkandung hikmah yang kita sebagai hambaNya tidak pernah
terfikir akan kemanisan disebaliknya.
Banjir besar yang terjadi sebelum
ini kalau difikirkan terkandung 1001 hikmah di dalamnya. Bukan saja pada
penduduk yang secara langsung terlibat dengan banjir malah seluruh penduduk di Malaysia
amnya turut mendapat manfaat daripadanya.
Kita juga diberi kesempatan untuk melakukan kebaikan disamping menambah “saham
akhirat” dengan menyumbangkan bukan sahaja wang ringgit, malah tenaga dan doa untuk
membantu mangsa-mangsa banjir berkenaan. Sesungguhnya Allah masih sayangkan
kita semua, memberikan kesempatan kepada kita untuk membuat kebaikan walaupun mereka tidak
bukanlah saudara kita, bukan sesiapa pada kita.
Tapi dalam keadaan
saudara-saudara kita ditimpa musibah, masih ada lagi antara kita yang mengambil
kesempatan umpama ‘menangguk di air keruh” dengan memanipulasi bantuan yang
sepatutnya diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Seringkali kita dengar bantuan tidak sampai
kepada golongan sasaran, bantuan hilang, terdapat pilih kasih dalam pemberian
bantuan. Cuba kita fikirkan andai kita
berada di dalam kelompok yang dilanda musibah itu, bagaimanakah perasaan kita
andainya kita disisihkan daripada sebarang bantuan. Jangan hanya kerana berlainan fahaman
politik, kita mengabaikan nasib golongan tersebut. Di mana belas ehsan kita pada sesama saudara
kita. Masyarakat luar yang bukan seagama
dengan kita, berlumba-lumba menyalurkan bantuan, sedangkan kita seagama,
sebangsa dan senegara dengan mereka mengambil hak-hak mereka tanpa ada perasaan
belas kasihan.
Inilah masa yang terbaik untuk
kita menambah “saham akhirat” kita, walaupun bantuan yang dihulurkan tak
seberapa, tapi percayalah Allah tahu niat ikhlas kita, moga Allah memberikan
ganjaran untuk kita nanti.
Sabarlah wahai saudara-saudara ku
yang ditimpa bencana. Ingatlah ada
kemanisan disebalik semua musibah ini.
Insyaallah.
No comments:
Post a Comment