Bermula minggu hadapan Malaysia dijangka akan berdepan cuaca panas sehingga bulan april ini berikutan fenomena Ekuinoks.
Menurut
rujukan kami di blog falak Online fenomena ini berlaku 2 kali setahun
iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana pada saat tersebut,
matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa dengan kata lain
tegak di atas kepala dengan suhu paling panas terutamanya negeri di
semenanjung.
Bermula minggu hadapan Malaysia dijangka akan berdepan cuaca panas sehingga bulan april ini berikutan fenomena Ekuinoks.
Menurut
rujukan kami di blog falak Online fenomena ini berlaku 2 kali setahun
iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana pada saat tersebut,
matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa dengan kata lain
tegak di atas kepala dengan suhu paling panas terutamanya negeri di
semenanjung.
Berdasarkan
Falak Online, Semua tahu paksi bumi condong sebanyak 23.5 darjah.
Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi bumi akan berada
tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu,
berlakulah fenomena ekuinoks.
“Secara
umumnya, ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga
bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera
selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh.”
“Dalam
fenomena ini matahari akan kelihatan lebih awal pada waktu pagi dan
terbenam agak sedikit lambat walaupun titik tengah matahari sudah pun
berada di bawah ufuk, bentuk ‘bulat’ matahari masih lagi kelihatan
beberapa minit selepas itu.”
Menurut blog tersebut apabila hilangnya
matahari di ufuk, ia menandakan waktu terbenam matahari dan juga
menunjukkan masuknya waktu Maghrib. Ketika itu cahaya di langit masih
terang. Hanya apabila menjelang Isya’ sahaja, barulah cahaya kemerahan
di langit hilang dan langit menjadi hitam. Itu adalah kesan cahaya
matahari yang diserakkan oleh atmosfera kita.
“Katakan
waktu matahari terbenam ialah pada jam 7.30 petang, ‘malam’ sebenar
hanya bermula pada jam lebih kurang 8.40 malam, iaitu lebih sikit dari 1
jam selepas matahari terbenam.”
Berdasarkan
ramalan oleh portal cuaca, AccuWeather pula, bacaan suhu di beberapa
bandar utama di Malaysia mulai 25 Februari ini mencecah 36 darjah
Celcius dan boleh mencecah sehingga 38 darjah Celcius untuk
negeri-negeri tertentu.
Suhu 38
darjah Celcius adalah bersamaan dengan suhu purata pada awal musim di
Mekah, Arab Saudi dan cuaca normal di Malaysia adalah 34 darjah Celcius
dan lebih daripada itu dianggap sebagai cuaca panas luarbiasa.
Sementara itu, Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Fredolin Tangang berkata, cuaca panas di Malaysia waktu ini turut disebabkan oleh Monsun Timur Laut yang hampir berakhir.
Sumber : SK
No comments:
Post a Comment