Wednesday, February 25, 2015

PENJAGAAN PESAKIT DI HOSPITAL - SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB



 

Baru-baru ni aku ada baca satu komen dalam FB mengenai complaint seseorang mengenai sikap jururawat yang merawat maknya. Komennya, jururawat tak menukar pampers maknya yang kotor.  Kemudian komen tersebut dibalas pula oleh seseorang  yang menerangkan mengenai tugas-tugas seorang jururawat.

Tak kisahlah apa komen dan pandangan mereka sebenarnya.  Pada aku, sikap tolak ansur antara jururawat dan waris terdekat pesakit terutamanya anak-anak perlu ada, saling bekerjasama. 

Memang kadangkala sikap segelintir jururawat membuatkan waris “panas hati” terutamanya kes-kes di hospital kerajaan.  Kadang-kadang kita dilayan macam “pengemis”, nak minta satu-satu pun susah.

Aku ada pengalaman menjaga mak  di hospital selama sebulan, 2 minggu di Hospital Selayang dan 2 minggu lagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.  Mak pula kena minum susu guna tiub dan susu pula aku tahu mahal harganya.  Bila susu dan habis, nak minta yang baru tu rasa “tebal muka” seolah-olah kita ni hanya tahu meminta-minta.  Tapi sabar sajalah.  Kadang-kadang aku rasa nak beli saja susu kat luar bawa ke hospital.  Kita minta bukannya free, tapi akan dimasukkan dalam bill hospital.  Aku pun tak faham.

Bab menggantikan pampers mak, aku tak ada masalah sebab jururawat yang buatkan.  Cuma aku pernah diminta untuk melihat cara mereka menukar pampers sebab kata mereka, nanti kat rumah senang nak buat kalau dah tahu caranya.  Betul cakap mereka sebab macam mak, dia tak boleh bergerak langsung so semua perkara kita kena buat untuk dia.

Sebelum pergi kerja, pagi-pagi itulah kerja aku,  lapkan badan mak dan tukar pampers dia.  Dah jadi rutin hidup aku sejak 4 1/2 tahun ni. Syukur alhamdullillah aku tak “pancing” bila mak buang air besar walaupun dulu masa nak basuh “berak” anak-anak masa mereka kecil, aku akan tutup mulut rapat-rapat, tapi tak la sampai nak muntah Cuma rasa geli saja.

Tapi ingatlah, setiap manusia ada tahap kesabaran masing-masing.  Bertolak ansur adalah jalan terbaik.  Saling membantu kerana sebagai seorang jururawat memang tugasnya memastikan pesakit mendapat perkhidmatan yang terbaik dan sebagai waris nak kan ahli keluarga yang dirawat cepat sembuh.  Renung-renungkan.

No comments: