Tuesday, December 2, 2014

PEKAN RABU LAMA


 
Umum tahu Pekan Rabu merupakan tempat tumpuan pelancongan di Kedah.
 
Pekan Rabu mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera bergiat di dalam bidang perniagaan. 
 
Kegiatan perniagaan di Pekan Rabu telah bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Almarhum Tunku Yaacob, seorang Putera DiRaja Kedah supaya orang Melayu dapat terus menjalankan perniagaan di dalam bandar. 
 
Kini Pekan Rabu merupakan lambang kegiatan utama ekonomi orang Melayu di dunia perniagaan Kedah. Malah ia juga sudah menjadi lambang utama negeri Kedah.
 
Disebabkan bangunan tersebut sudah lama ianya uzur hingga menyebabkan struktur bangunan tersebut juga sudah tidak selamat.
 
Kami diberitahu, struktur bumbung bangunan Pekan Rabu, sudah rapuh dan ada yang sudah retak. Malah ianya menunggu masa untuk runtuh pada bila-bila masa. Sebab tu bila hujan, ia bocor disana-sini.
 
Lantai pun sudah ada yang retak, malah lubang kumbahan pun ada yang hanya dipapan dengan papan nipis yang amat berbahaya pada peniaga, lebih-lebih lagi pelanggan.
 
Ciri-ciri keselamatan kebakaran langsung tidak ada. Alat pencegah kebakaran juga telah dicuri malah ada yang rosak. Jika berlaku kebakaran, kemungkinan besar, ianya gagal untuk dikekang lagi.
 
Sudah la bekalan air telah diputuskan semalam. Elektrik juga telah tamatkan. Malah kawasan Pekan Rabu juga telah diisytiharkan sebagai kawasan pembinaan oleh Lembaga Koperasi Pekan Rabu.
 
Kepada pelanggan yang selalu mengunjungi Pekan Rabu, anda boleh ke Ukir Mall, kawasannya luas, dalamannya ada penghawa dingin. Paling penting anda tak perlu risau jika ada bumbung runtuh atau lantai hancur.
 
 
Pesanan dari Mat Pekan Rabu Pencinta Kemajuan.

 
Namun kebanyakan peniaga Pekan Rabu tidak bersetuju dengan lokasi sementara yang dibina kerana menurut mereka ruang berniaga sempit, lokasi tak strategik, tiada ciri keselamatan, kemudahan tempat parking yang terhad.  Sedih bila dengar luahan dari salah seorang peniaga di Pekan Rabu lama yang menceritakan bahawa salah seorang peniaga yang baru berpindah beberapa hari ke lokasi baru telah mengalami kerugian kerana kedainya dimasuki pencuri.  Kesian....peniaga kenalah bersabar sebab dengar kata pembinaan komplek pekan rabu baru mengambil masa dalam 3 atau 4 tahun.


No comments: