VIDEO KUDA TERBANG 'BUROQ' DI LANGIT MEKAH HEBOH DI MEDIA SOSIAL |
Sebuah video yang memaparkan kuda terbang di langit Mekah tengah
diperbincangkan di media sosial.
Video itu dimuat naik di Youtube oleh akaun Journey 2 Jannah, 25
November lalu. Kuda yang didakwa sebagai "Al Buroq" itu khabarnya
kelihatan di langit Jeddah, Makkah, Saudi Arabia.
Video itu memperlihatkan sebuah penampakkan yang menyerupai kuda yang sedang berlari mengharungi langit di tengah cuaca buruk.
Menurut khabar angin yang beredar, video itu memang diambil ketika sedang berlaku hujan lebat dan petir menyambar.
Pemandangan di dalam video jadi terasa semakin mencengkam kerana para
saksi yang suaranya terakam di dalam video membaca ayat-ayat Al Quran.
Video itu pertama kali dimuat naik di Facebook dan terus merebak secara
viral dengan cepat. Video itu terus mendapat banyak komen.
Ada yang mengatakan kuda itu hanya belon terbang yang dijual di sekitar
tempat kejadian, ada juga yang menganggapnya itu benar-benar tunggangan
Nabi Muhammad SAW iaitu Buroq.
Menanggani feonomena itu, umat muslim tidak begitu senang kerana bentuk kuda terbang itu disamakan dengan Al Buroq.
Menurut keyakinan umat muslim, Al Buroq adalah makhluk yang dianggap
suci dan mempunyai kelajuan berlari yang idmungkin tertangkap mata
manusia.
No comments:
Post a Comment