Wednesday, December 10, 2014

Virus Kencing Tikus - KenanganTragedi Lubuk Yu Pahang



Baru-baru ini kat Kedah terdapat kes kematian seorang kanak-kanak berumur 8 thn akibat penyakit virus kencing tikus atau Leptospirosis ketika mengikuti keluarganya berkelah di  Yan, Kedah. Terbaru pemain sepaktakraw negara, Syazreen Omar dikatakan kritikal akibat jangkitan penyakit yang sama.

Kedua-dua kes ini mengingatkan aku pada peristiwa 26 Jun 2010 di Lubuk Yu, Pahang.  Peristiwa yang mengemparkan negara ketika itu apabila seramai 7 orang meninggal dunia akibat virus kencing tikus ketika  usaha mencari seorang mangsa lemas di kawasan perkelahan tersebut.

Sebenarnya mangsa lemas tersebut, Mohd Azhar bin Azizam adalah anak pada sepupu aku dan ayahnya Azizam Abdullah adalah salah seorang mangsa virus tersebut.  Begitu juga dengan adik iparku,  Mohd Fadzli dimasukkan ke wad  Hospital Selayang pada 5 Julai 2010 dan meninggal dunia pada 6 Ogos 2010.  Mak pula dimasukkan ke hospital yang sama pada 3 Ogos 2010 kerana strok dan  bermulalah episod mak  terlantar sakit sehingga sekarang.  Mak ke sana menjaga cucu-cucunya, dia pergi dalam keadaan sihat walafiat dan balik ke kampung dalam keadaan terlantar tak dapat bergerak sehingga sekarang.  Ya Allah, begitu besar dugaan Mu.

No comments: