Sunday, December 14, 2014

PESANAN ROH ~ Khas Untuk Kita Semua Bakal-Bakal Jenazah



Apabila roh kita keluar dari jasad kita, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat di mandikan, lalu roh berkata: “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku pelahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangkan dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya rohku dari tubuhku”.

Apabila dimandikan lagi, roh sekali lagi merayu: “Demi Allah, wahai orang yang memandikan, jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku”.
Setelah dimandikan dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerena tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

Sebaik keluar dari rumah, maka roh kita pun berpesan: “Demi Allah, wahai jelmaanku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitnya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakitkan mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi roh kita menyeru kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi ia belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudaranya buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pun berpesan: “Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya oleh dunia sebagaimana ia melalaikan aku.

Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk diwariskan dan sedikit pun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab amalanku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

No comments: