Manusia diciptakan oleh
Allah swt mempunyai 5 jari tangan kanan dan 5 jari di tangan kiri...jika
diamati dan difikirkan dengan akal fikiran yang diberi,kita akan
mendapati terdapat peringatan disebaliknya
1.Jari kelingking
kecil dan
kerdil...Lambang seorang manusia yang bermula dari kecil...saat ini
mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah dan perli
dibimbing...bagai kata pepatah 'melentur buluh biar daripada
rebungnya'...
2.Jari manis
Manisnya jari ini
apabila tersarung sebentuk cincin...ini melambangkan kehidupan manusia
apabila masuk ke alam remaja...di sebalik kemanisanya,tersimpan cabaran
dan dugaan...Juga,telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang
wajib...ketika itu diperingatkan kepada kita untuk 'amal makruf nahi
mungkar' dengan sebenar-benarnya...
3.Jari hantu
Jari yang paling
panjang...Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah.. pada
peringkat ini-sekitar 30an ke atas-kehidupan telah stabil...Tetapi patut
diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya 'hantu-hantu'
yang cuba mengacau...hantu jasad,hantu ego,hantu tamak dan
sebagainya...Di sinilah keimanan banyak diuji-untuk
menghindarinya,banyakkan amal ibadat...
4.Jari telunjuk
Jari yang 'mengungkap'
satu dan keEsaan Allah swt ketia solat...Jari ini melambangkan ketokohan
sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada orang lain...Ingatan
kita supaya sentiasa tertunjuk ke arah yang benar tanpa berselindung di
sebalik maksiat...
5.Jari ibu
Jari yang besar dan
pendek...Lambang kematangan dan kehebatan...juga simbolik kepada orang
yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan pakar rujik...Peringatan
kepada kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing
masyarakat sekeliling kearah jalan yang benar...iaitu agama Allah swt
(islam)
*Sumber dari trexxo100.blogspot.com
No comments:
Post a Comment