Thursday, December 4, 2014

PENJELASAN SEBENAR TENTANG NIKAH GANTUNG



Percaya atau tidak, sudah ramai pasangan muda yang telahpun melangsungkan nikah gantung. Apa itu nikah gantung? Kenapa nikah gantung sangat digalakkan pada zaman yang serba canggih ini?
 
Sebab – Sebab Biasa NIKAH GANTUNG dilakukan
 
l ) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH, PAKAIAN dan sebagainya.
 
ll) Pasangan yang masih lagi Belajar dan Menuntut.
 
lll) Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga.
 
Setelah majlis Akad Nikah berlangsung, kedua-dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri. Pada kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing-masing.
 
Tujuan utama "Nikah Gantung" ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun sehingga melahirkan anak ia tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka melahirkan itu adalah “ SAH “hukumnya.
 
Antara Nikah Gantung dan Bertunang
Bertunang adalah amalan lazim masyarakat kita. Tapi pertunangan bolehlah dianggap sebagai perjanjian untuk berkahwin. Perkahwinan belum lagi berlangsung. Hubungan diantara pasangan belum lagi halal. Mereka belum boleh berdua-duaan. kalau berlaku hubungan sek diantara mereka, mereka berzina.
Nikah gantung pula adalah pernikahan yang sah disisi hukum syarak, cuma mereka belum tinggal serumah seperti pasangan suami-isteri yang lain. Namun begitu, pasangan yang telah nikah khitbah bebas untuk berdua-duaan. Kalau berlaku hubungan sek diantara mereka, mereka tidak berzina kerana mereka telah berkahwin dengan sah.
 
Dalam masyarakat yang membenarkan lelaki dan perempuan bergaul agak bebas seprti dalam masyarakat di Malaysia ini, adalah lebih baik jika pasangan disatukan dengan nikah gantung, bukan ditunangkan, sementara menunggu hari kenduri kahwin dan pasangan berkenaan hidup bersama serumah.
 
Walaupun mereka Nikah Gantung, mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
 
 

No comments: